Bagi mak-mak yang suka makan Mashed Potato, Kambing Perap dengan Sos Blackpepper boleh buat sendiri di rumah. Bukan apa, bila buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan. Nak buat pun senang je.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Farmiza Masur ini.

“Semalam kita dah share resepi mashed potato dengan sos blackpepper yang senang dan sedap.Hari ini jom kita try buat resepi kambing perap yang senang lagi mudah,jimat dan murah.”

Mashed Potato

3 Sudu besar butter (saya guna je butter spreads tu)
10 biji kentang
200ml susu (lagi sedap guna fresh milk, full krim tapi saya guna low fat milk sebab tu ja ada)
Garam
Serbuk ajishio blackpepper

Cara Membuat:

1. Rebus kentang hingga empuk, ambil kentang sahaja.Air rebusan lebihan dibuang.
2. Semasa kentang masih panas masukkan butter dan garam.Saya guna hand mixer untuk hancurkan kentang.
3. Masukkan susu mix lagi, lepas tu masukkan garam dan serbuk blackpepper secukup rasa.

Resipi Mashed Potato, Kambing Perap, Sos Blackpepper Serius SEDAP, Jimat & Senang!

Info Ekstra!

  • Sebab kentang kan lain-lain saiz, kalau tak cukup lembut bila masukkan susu kat mashed potato tu, boleh la tambah lagi ya. Tujuan susu tu nak gebu kan potato tu.

Resipi Mashed Potato, Kambing Perap, Sos Blackpepper Serius SEDAP, Jimat & Senang!

Baca Lagi Di Sini:
Perapan Daging Bakar Tahan SETAHUN, Simpan Guna Teknik Rendam Air Panas

IKLAN

Kambing Perap

2 kg kambing
1 peket Sos kimball blackpepper
1 labu Bawang putih (1/2 dadu, 1/2 blender dengan sos kimball tu)

Resipi Mashed Potato, Kambing Perap, Sos Blackpepper Serius SEDAP, Jimat & Senang!

Cara Membuat:

1.Basuh kambing, sejat kambing untuk buang air tu. Bawang putih separuh kita dadu dan separuh lagi kita blender dengan sos kimball tu.

2.Selepas tu kita amik kambing tu celup-celup la dalam sos tu. Dah siapp..senang kan!

IKLAN

Info Ekstra!

  • Saya selalu perap 2 hari sebelum masak supaya bahan-bahan tu betul-betul masuk dalam kambing tu, baru daging tu akan lembut.

Resipi Mashed Potato, Kambing Perap, Sos Blackpepper Serius SEDAP, Jimat & Senang!

Bawah ni resepi sos yang saya share semalam. Sos ni sedap di makan dengan mashed potato dan kambing perap.

Resepi Sos Blackpepper Sedap

1 tin sos carbonara berkrim
2 biji Kentang rebus (hancurkan)
Susu full cream/fresh milk/low fat (sukat bagi penuh 1 tin sos carbonara
tu)
3/4 sudu besar blackpepper (blender kering)
3 biji bawang putih (di dadu)
2 sudu besar butter
Kicap manis
Garam

IKLAN

Resipi Mashed Potato, Kambing Perap, Sos Blackpepper Serius SEDAP, Jimat & Senang!

Cara Membuat:

1. Butter dipanaskan hingga cair, masuk bawang putih. Dah naik bau masukkan sos carbonara.
2. Masukkan susu dan kentang yang dilenyek tadi, kacau sentiasa sebab takut hangus.
3. Masukkan blackpepper dan kicap agak-agak dapat warna yang di kehendaki dan garam secukup rasa.Ok siap!

Info Ekstra!

  • Sos blackpepper ni boleh dimakan dengan lamb chop, chicken chop dan mashed potato ya. Serius sedap. Kalau dah buat sos serbaguna ni senang tak perlu lagi buat gravy mashed potato yang selalu kita makan kat KFC tu, guna sos ni pun dah best..
  • Sos blackpepper kalau rasa macam pekat nak cair boleh la tambah air atau susu..(ikut yang dikehendaki).

Selamat Mencuba!

MW: Wah menariknya. Kena cuba resipi Kambing Perap, Sos blackpepper dan Mashed potato. Lebih jimat, mudah nak buat dan gerenti sedap.

Sumber: Farmiza Masur

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI