Tentu ramai yang mengidam untuk makan ayam goreng ala korea. Maklumlah, nak ke Korea tak tahu bila kan. Jadi, bila rasa teringin nak makan ayam goreng korea, boleh la buat sendiri.

Nak buat ayam goreng ala korea ini tak adalah susah sangat. Asal ada bahan yang dibperlukan, terus jadi. Apa yang penting, kena ranggup barulah sedap di makan.

Kali ini, resipi ayam goreng ala korea dikongsikan oleh Mohamad Arymin dengan bahan yang mudah nak dapat. Salah satu tip yang dikongsikan untuk bagi ayam kekal ranggup adalah dengan 2 kali goreng.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Ayam Goreng Crispy Ala-Ala KFC, Salut Dengan Tepung Protein Tinggi!

Resipi Ayam Peri-Peri Ala Nando’s, Buat Sendiri Di Rumah, Baru Puas Hati!

Info Lebih Menarik DI SINI

Ayam Goreng Ala Korea Kekal Crispy

Ramai ke peminat Ayam Goreng Korea?

Nak buat ayam goreng pedas ala Korea mudah je sebenarnya. Lama dah jugak mengidam ni, kebetulan semua bahan ada, terus buat la ceritanya.

Kalau korang nak tahu ayam ni, saya goreng 2 kali untuk kekalkan tesktur crispy nya. Teknik ni dipanggil double frying, orang korea selalu buat.

Jom tengok resepi Ayam Goreng Korea by Abam Jambang Korea ni.

Bahan:
Perapan Goreng

12 ketul kepak ayam, potong 2
1 biji telur
1 sudu kecil Serbuk Blackpepper
Sedikit garam dan perasa
Tepung goreng Bestari secukupnya BELI DI SINI
Minyak secukupnya
*Boleh tambah sedikit tepung jagung bagi ayam lebih crispy

Sos Pedas
7 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar cili kisar
3/4 botol sos cili dan cendawan BELI DI SINI
2 sudu sos cili
2 sudu madu
2 sudu biji bijan
Garam, gula dan Secukup Rasa
*Boleh tambah serbuk cili/chilli flake ikut level kepedasan masing masing. Macam resepi ni taklah terlalu pedas, anak-anak pun boleh makan.

Cara membuat:
1. Ini kalau balut dengan keju mozarella cair lagi sedap kan.

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

2. Potong ayam kepada 2, perap dengan sebiji telur, serbuk blackpepper dan sedikit perasa. Perap dalam 30 minit.

IKLAN

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

3. Bedak-bedakkan ayam dengan tepung bestari. Biar salut semuanya.

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

4. Gorengan pertama ni guna api sederhana je, sampai ayam nampak kuning keemasan dan isi dalamnya masak. Angkat dan rehatkan dalam 15-20 minit.

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

5. Ini rahsianya ayam kekal rangup, iaitu dua kali goreng. Goreng kali kedua ni guna api yang besar dan suhu minyak yang lagi tinggi. Bagi goreng dalam 2-3 minit saja dan warnanya keperangan.

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

6. Ini bahan untuk sos pedas. Boleh adjust sukatan ikut level kepedasan korang.

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

7. Bawang putih ni masukkan dalam chopper je.

IKLAN

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

8. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih tadi.

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

9. Lepas itu masukkan cili boh, kacau sampai agak garing.

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

10. Masukkan sos cili

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

11. Ini sos cili dan cendawan

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

12. Masukkan madu dan bahan perasa secukupnya

IKLAN

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

13. Akhir sekali masukkan ayam dan biji bijan. Gaul rata semuanya.

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

14. Beginilah hasilnya, sedia dinikmati seisi keluarga.

Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’

Selamat mencuba!

Mingguan Wanita : Boleh cuba nanti. Tak perlu nak ke Korea pun semata-mata nak makan ayam pedas korea, kat dapur rumah kita pun boleh!

Sumber: Mohamad Arymin

Baca Artikel Menarik Lagi DI SINI: Resipi Ayam Goreng Crispy Ala-Ala KFC, Salut Dengan Tepung Protein Tinggi!

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI