Roti nan memang enak dimakan bersama ayam tandoori. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Selama ini ramai yang ingatkan susah nak buat roti nan sedap macam dekat kedai, rupanya mudah sahaja.
Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian Nor Aini Abd Rahman ini ya!
RESIPI ROTI NAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
Ads
Cara membuat:
1. Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
Ads
3. Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.
Memasak hidangan istimewa seperti nasi minyak, briyani, nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras basmathi. Hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.
Menanak nasi mungkin nampak mudah tetapi boleh juga menjadi rumit apabila nasi menjadi mentah. Kemahiran memasak yang pertama sering diajar ialah cara menanak nasi agar terhasil elok dan tidak mentah.
Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
1.Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2.Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3.Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4.Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Kuah kari tidaklah kiralah kari ayam, daging, ikan, sotong dan sebagainya memang sedap dinikmati bila kuanhnya likat, pekat dan merah warnanya. Selain dimakan bersama nasi, kari juga enak dinikmati bersama pulut kuning dan roti jala.
Hendak masak kari memang mudah. Sesiapa pun boleh menyediakannya. Bagaimanapun untuk mendapatkan kuah kari yang sedap, likat, pekat dan merah ada caranya. Kuah kari yang cantik tentulah yang warnanya merah.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat kari yang sedap dan dalam masa yang sama ‘cantik’ warnanya.
Mak-mak boleh cuba tip ini ya!
1.Pilih rempah
Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & makanan laut. Pemilihan rempah kari juga sangat penting, pastikan yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan.
2.Tumis hingga garing
Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan.
3.Santan
Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan agar menambah rasa lemak. Namun bagi kari jenis makanan laut seperti udang, ketam, sotong mahupun ikan, tidak perlu menambah santan untuk menjadikkan ia lebih sedap.
3.Lebihkan hirisan bawang putih dan halia
Hirisan bawang putih dan halia juga dapat membantu meningkatkan keenakan rasa dan aroma hidangan kari yang disediakan.
4.Asam jawa
Jangan pernah tinggal untuk menambah asam jawa ke dalam masakan. Ini akan dapat membantu memberi rasa masakan lebih enak dan bercita rasa.
5.Kentang
Perlu tahu kentang lebih enak ditambah didalam kari ayam atau daging, berbanding kacang bendi yang lebih sesuai dimasukkan dalam kari udang mahupun ikan. Hirisan kentang juga berperanan untuk memekatkan lagi kuah kari dan sekali gus menjadikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.
6.Hilangkan bau
Jika anda ingin menyediakan kari ikan, sebaiknya campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan untuk ‘memotong’ bau hanyir ikan tersebut.
7.Tambahkan rempah
Selain rempah kulit kayu manis dan bunga lawang, boleh juga dicampurkan dengan rempah lain seperti biji sawi, halba dan jintan putih. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
8.Garam
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik dan setelah masukkan santan perasakan sekali lagi dengan garam.
9.Tomato
Memberi rasa masam yang original, masukkan bersama hirisan tomato untuk rasa yang lebih sempurna.
10.Daun kari
Tumis daun kari bersama tangkainya sekali dengan bahan tumisan lain untuk memastikan aromanya mewangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masak lemak cili api antara menu lauk yang disukai ramai terutama bagi mereka yang gemarkan masakan pedas. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan sangat ringkas. Antara bahan asas sering yang digunakan ialah pucuk ubi kayu.
Selain pucuk ubi, tambah ‘kick’ kalau dimasukkan sekali dengan jantung pisang. Masak lemak cili api sedap dimakan bersama nasi panas apatahlagi jika digandingkan dengan ikan masin.
Cara hendak buatnya pun mudah sahaja. Berikut dikongsikan cara-cara membuat masak lemak cili api bersama jantung pisang.
Bahan-bahan:
Jantung pisang
Pucuk ubi kayu
Cili padi (ditumbuk)
Kunyit hidup (ditumbuk)
Ikan bilis
Asam keping
1 ½ biji kelapa parut (perah dan ambil pati santan sahaja)
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
2. Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
3. Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.
Resipi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng atau ikan masin. Untuk pemilihan jantung pisang, supaya lebih sedap, gunakan jantung daripada pisang nipah. Rasanya tidak pahit dan tidak kelat.
Seorang lelaki rebah ketika menunaikan solat, ini satu pemergian yang cukup menginsafkan. Dijemput Ilahi dalam keadaan paling mulia ketika umat Islam sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.