Puding karamel, salah satu pencuci mulut yang paling mudah dan senang untuk buat. Resipinya berasaskan telur dan susu cair. Tak adalah susah sangat untuk membuatnya.
Tapi, ada juga yang buat puding karamel tak menjadi, karamelnya terlebih masak hingga rasa pahit sangat. Belum lagi bau telur pada puding tersebut. Mahunya terbantut untuk makan.
Jadi, ada cara nak tukar puding karamel tanpa menggunakan telur. Boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Jalilah JJ Homemade ini.
Kuih mahupun biskut raya bagaikan satu kemestian untu disediakan setiap kali tibanya rasa. Jika nak cari kuih raya yang mudah-mudah, tak perlu dibakar menggunakan oven, boleh cuba resipi Choco Rich Ball yang sangat sedap ni. Menariknya resipi ni memang mudah dan lebih menjimatkan bila buat sendiri. Satu adunan boleh dapat 60 biji!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini.
Resepi yang sangat sangat sedap. Kaya dengan rasa dark chocolate. Kejap ja hampa habis ni kalau buat untuk anak anak. Resepi ni takde inspired by. Memang hasil cipta dari saya sendiri. JOM BUAT!
Satu adunan dapat lebih kurang 60 pcs cookies MINI paper cup. Depends pada saiz yang dibentuk.
RESEPI TANPA BAKAR BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL by Mr.Ali
Bahan-Bahan:
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
250 gram Butter
325 gram Chocolate compound (Dark Chocolate)
120 gram Serbuk koko
100 gram Susu Pekat
300 gram Biskut Marie
Mini cookies paper cup macam dalam gambar
BAHAGIAN TOPPING
500 gram Chocolate compund (Dark chocolate)
4 sudu kecil minyak masak
Cara Membuat:
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
1. Cairkan 250 gram butter dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai double boil atau microwave.Kalau double boil. Masukan sekali butter dan chocolate tu. Api slow. Dah cair tutup api, terus masukan bahan-bahan susu pekat dan serbuk koko. Panas-panas tu kacau sampai sebati.Microwave pun sama. Dah cair butter dan chocolate tu..masukan bahan lain tadi kacau sebati.
2. Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi.
4. Masukkan biskut yang dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
5. Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Jangan gentel sebab dia akam crack. Mampatkan dan buat bentuk kecil-kecil dan masukan dalam mini paper cup tadi.
6. Buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah. Pakai lidi sate pun boleh. Janji yg belum digunakan.
8. Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.
9. Setkan ke dalam peti selama 10 minit.
BAHAGIAN TOPPING
1. Cairkan 500 gram dark chocolate dan masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.
2. Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
3. Hias ikut kreativiti anda.
4. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh di dah tak melekit. (Tak perlu letak dalam peti ais).
5. Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Memamg sedap..Serius tak tipu.
MW: Menariknya resipi biskut raya Choco Rich Ball ni, satu adunan boleh dapat 60 biji!.Paling penting, cukup mudah dan tak perlu dibakar, malah sangat sedap rasanya!
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Kuih Lompat Tikam cukup terkenal di negeri sebelah Pantai Timur tanah air kita. Selalunya ada dijual di pasar pagi. Boleh dibuat untuk sarapan dan minum petang. Kuih Lompat Tikam Kelantan asli selalunya mempunyai 4 bahagian utama iaitu tepung hijau, kepala santan putih, pulut merah dan air gula melaka.
Nak buat sendiri kuih Lompat Tikam tak lah susah mana. Namun hasilnya memang berbaloi sedap, puas hati makan malah lebih jimat. Boleh cuba resipi Kuih Lompat Tikam yang dikongsikan oleh Puan Izamani Ismail ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk, lemak manis secukup rasa!
Kuih Lompat Tikam
Bahan-Bahan(Tepung Hijau):
1 cawan tepung beras
3 cawan air (2 cawaan air + 1 cawaan air daun pandan)
Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur
*Masukkan bahan-bahan dalam kuali, kacau sebati baru buka api sederhana. Kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat. Dah siap masukkan dalam loyang atau bekas.
*Kacau sebati dan buka api sederhana, kacau sehingga mendidih kemudian tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.
Bahan-Bahan (Pulut Merah):
1 cawan beras pulut
sedikit pewarna merah
santan cair
*Basuh beras pulut bersih-bersih, kemudian rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit.
*Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam acuan.
* Masukkan pula santan cair paras tenggelam beras pulut je dan sedikit garam, kukus sehingga masak.
Bahan-Bahan (Air nise):
2 keping nise/ gula Melaka
1 cawan air
sehelai daun pandan
*Masak semua bahan sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Mingguan Wanita: Nak cuba kuih tradisional popular di Pantai Timur, boleh buat dan rasa sendiri Kuih Lompat Tikam yang manis berlemak ni. Memang sedap dijadikan sebagai pencuci mulut apatah lagi dinikmati ketika sejuk-sejuk.Kena cuba!
Kalau dekat rumah ada nasi yang tak habis jangan dibuang, boleh dibuat Apam Tapai Nasi ni. Cantik sungguh kejadiannya elok kembang gebu dan lembut. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, dan cukup mudah dihasilkan.
Boleh cuba resipi Apam Tapai Nasi yang dikongsikan oleh Puan Ainon Sidi ini;
Seperti yang dijanjikan semalam hari ni mak cik buat lagi Apam Tapai Nasi. Ini resepi yang selalu mak cik gunakan.
Bahan-Bahan:
1 cawan tapai nasi
(buat awal 1 hari, campurkan 2 cawan nasi sejuk dan 1/2 ragi)
1 cawan Gula
3 cawan tepung beras cap gajah 3
2 cawan Air
Cara Membuat:
1.Mak cik masukkan bahan di atas dan blender semua.
2.Masukkan dalam bekas dan tutup rapat-rapat, perap dan simpan. Mak cik peram dalam 5 jam.
3.Masa nak kukus masukkan ENO biru 1 peket kacau rata.
Campurkan 2 cawan Nasi sejuk dan separuh Ragi.
(Ragi tu hancurkan atas Nasi tadi. Saya guna penapis teh)
Perap 24 jam dalam bekas bertutup, bila dah lembik dan berair manis sedap macam pulut tapai tu.
2 cawan nasi ni untuk dapatkan 1 cawan tapai nasi.
MW: Gebunya apam tapai nasi ni. Kalau ada nasi tak habis dekat rumah tu boleh buat apam ni. Tak membazir. Senang nak buat dan boleh cuba untuk minum petang dengan anak-anak. Nak buat jual pun boleh sangat.
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.