Resipi Lempeng Kampung Sedap & Gebu Bila Adunannya Cantik, Tak Melekat Pada Senduk

Share

Resipi lempeng kampung. Antara hidangan arapan yang mak-mak buat. Sedapnya kalau dicicah dengan kari, sambal ikan bilis. Nak mudah, ada juga yang biasa cicah dengan gula pun.

Nak buat pun, bahan tak adalah susah sangat pun. Cuma, ada kalanya tak akan sama dengan mak-mak buat. Sesetengahnya ada tak menjadi, bila masak agak keras dan ada yang tak kena.

Sebenarnya, resipi lempeng kampung ini paling mudah dan senang. Kalau dah bosan dengan hidangan yang biasa, boleh buat. Gandingkan dengan kari atau sambal ikan bilis. Confirm, satu keping tak cukup.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Istimewanya Roti Bakar Ala Kampung..” Air Tangan Ibu Paling Lazat! Kenyang Sampai Petang

Belajar Buat LEMPENG Legend Lembut Gebu, Cantik Guna Pan Saiz 18!

Resipi Lempeng Kampung, Sedap & Gebu

Tak ada isitmewanya lempeng kampung ini. Tapi kalau buat dan cicah dengan gulai ayam mesti sedap sangat. Makan panas-panas pada waktu petang

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan tepung kentang
Sedikit garam
Serbuk perasa (pilihan)
1 biji telur gred paling kecil – Kalau gred besar kurangkan telur putih.

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan.

2. Tuang air mengikut sukatan 4 cawan. Kita boleh agak-agak, nak tahu adunan itu tak pekat atau tak cair bila ia tak melekat pada senduk.

3. Kacau dan tapis (bergantung pada kerajinan)

4. Kemudian, panaskan kuali nonstick.

5. Sapukan minyak pada kuali dan tuang sesenduk adunan.

6. Buat bulatan O guna belakang senduk.

7. Kecilkan api dan apabila sebelah masak, terbalikkan.

8. Siap. Boleh cicah dengan sambal atau gulai ayam.


.

Mingguan Wanita : Terliur pula min tengok. Nanti bolehlah buat kat rumah untuk sarapan atau minum petang.

Sumber: Azlina Ina Fans

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN