Selalunya brownies mempunyai tekstur seperti kek dan dibakar didalam loyang yang besar. Rupanya mak-mak juga boleh buat brownies yang dijadikan biskut. Cara nak buat pun mudah, tak rumit malah tak perlukan bahan-bahan yang banyak pun. Boleh cuba resipi brownies cookies yang dikongsikan oleh Puan Noran Nordin ni, malah boleh jadikan salah satu koleksi untuk biskut raya nanti.

Berikut perkongsian tersebut;

“Tu dia,berkedut seribu!! Sementara tunggu anak balik dari kelas tuisen, saya siapkan dulu mengukis! Kembang semangkuk jadinya! pakai loyang sekut lidah kucing jer!”

Biskut Brownies Rangup Kedut Seribu, Nak Buat Mudah Bahan Pun Tak Banyak!

Bahan-Bahan:

350 gm dark chocolate
100 gm butter
3 biji telur
200 gm icing ( boleh kurangkan sikit)
Esen vanilla
200 gm tepung gandum + 2 sudu besar serbuk koko

IKLAN

Cara Membuat:

1. Cairkan coklat dan butter. Sementara tu gaulkan gula dan telur guna wisk je.Masukkan esen vanila dan gaul sebati hingga gula hancur.
2. Ayakkan tepung dan serbuk koko..masukkan adunan coklat ke dalam bekas telur tadi, gaul sebati.
3. Masukkan adunan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan coklat.

Biskut Brownies Rangup Kedut Seribu, Nak Buat Mudah Bahan Pun Tak Banyak!4. Sementara tu panaskan oven pada suhu 150 C.
5. Paipkan adunan pada makaron mat, letak kacang almond atau apa yang di sukai atasnya.

IKLAN

Biskut Brownies Rangup Kedut Seribu, Nak Buat Mudah Bahan Pun Tak Banyak!6. Bakar pada 140/150 selama 20-30 minit.(Ikut oven masing-masing ye).

Biskut Brownies Rangup Kedut Seribu, Nak Buat Mudah Bahan Pun Tak Banyak!

IKLAN

Siap, Selamat mencuba!

MW: Menariknya perkongsian resipi ini, jadikan brownies rangup seperti biskut. Cara nak buat pun mudah sangat dan tak perlukan bahan-bahan yang banyak. Mak-mak mesti cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Noran Nordin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI