Puding Biskut Cream Crackers

Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Namun kalau selalu makan begitu sahaja, jemu juga sebenarnya. Rupanya, biskut ini juga boleh dibuat puding.

Jadi kalau ada biskut lemak dekat rumah tu, tak habis-habis makan, mak-mak boleh cuba resipi puding yang dikongsikan oleh Puan Dhia Azlinda ini. Cukup mudah nak buatnya hanya guna 3 bahan. Rasanya pula sangat sedap, lembut dan lemak manis. Orang tua dan anak-anak pun sesuai sangat makan.

Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;

“Puding 3 bahan je..dalam rumah nih biskut cracker tak laku..dulu-dulu biskut nih yang laku kalau hujan cicah kopi mesti licin. Budak-budak sekarang tak nak makan.Bila balik rumah mak tok, Bukan main depa makan.Nak bagi habis cepat ibu depa wat puding crackers.”

Puding Biskut Cream Crackers Sedap 3 Bahan, Lembut & Lemak Manis!

Ini resepinya:

IKLAN

Puding Biskut Cream Crackers

Bahan-Bahan:

20-24 keping biskut cream cracker (tak kesah guna brand apa)
4 biji telur gred A atau B
1/2 Cawan susu pekat ( Nak manis lebihkan sikit)

* Loyang saiz 6

IKLAN

Puding Biskut Cream Crackers Sedap 3 Bahan, Lembut & Lemak Manis!

Cara Membuat:

1.Panaskan pengukus dahulu.
2.Rendamkan biskut ke dalam air tapis sehingga kembang. Selepas itu tos kan.
3.Blendkan telor, susu pekat dan biskut sampai halus.
4.Bahagikan adunan kepada 2 letakkan warna. Macam linda 1 bahagian letak serbuk koko.
5.Kukus selapis demi selapis sehingga habis.Lapis pertama 5 minit yang akhir sekali 10 minit.

IKLAN

Puding Biskut Cream Crackers Sedap 3 Bahan, Lembut & Lemak Manis!

Siap! Selamat Mencuba.

MW:Menariknya resipi puding biskut cream crackers ni. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, lembut lagi sedap makan waktu sejuk-sejuk.

Sumber:Dhia Azlinda

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI