Fuh, tengok gambar pun boleh tahu sambal bawang ini sedap! Nak-nak pula makan dengan sayur ulam hijau-hijau, tetapi yang luar biasanya sambal ini digoreng.
Haaa… jom godek resepi yang dikongsi Cik Pooja ini sekejap. Apa yang penting sediakan bahan-bahan dan ikut pantang larangnya.
Ini bahan-bahan:
Sukatan ikut suka
Tapi ini sukatan cikpooja
3 labu bawang besar (kalau yang kecil letak lah dalam 5 labu dipotong-potong kasar)
5 biji cili besar @2 biji tomato (Potong-potong)
Segenggam cili kampung (yang hijau tu)
1/2 genggam cabai Vietnam (yang merah nyala tu, aroma dia sedap cabai ni)
Belacan seketui (besar duit 5 kupang)
Syarat Buat Sambal Bawang
Semua bahan dibasuh bersih dan digoreng
Goreng dengan 1 cawan minyak masak (minyak lebih pun tak apa)
Goreng smpai bahan-bahan tadi lebam
Belacan bakar atas api
Dah siap goreng, masukkan semua dalam blander termasuk minyak gorengan tadi.
+ 1sb garam
+ 1sk ajinomoto (kalau tak suka boleh gantikan dengan gula)
Perhatian, nak kisar pun ada caranya.
Blande *Zrek zrekkk zrekkk 2,3 kali je.
Kira kita blande dia tak jadi haluih sangat.
Selepas dikisar, tuang dalam kuali. Masak sekejap kacau-kacau dalam 3-4 minit (tak payah tambah apa dah)
InsyaAllah, seminggu tak simpan dalam peti ais pun tak basi.
Tapi kalau nak elok, simpan dalam peti ais la. Nak makan nanti keluarkan, biarkan sekejap dalam suhu bilik. Lepas tu dah boleh cedok makan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guna Kelapa Parut Disangai Keperangan RAHSIA Biskut Kelapa Jadi Wangi!
Selain biskut raya moden, biskut tradisional resipi orang-orang lama, antara yang mendapat tempat setiap kali tibanya hari raya. Payah nak jumpa biskut-biskut lama seperti biskut kelapa yang sedap dan betul-betul menetapi citarasa.
Menurut puan Sheila Nazri, biskut kelapa ini merupakan resipi daripada arwah maknya. Ia cukup mudah dibuat dan sangat sedap sehingga beliau mengambil tempahan setiap kali tibanya raya.Istimewanya, adunan resipi ini menggunakan kelapa parut yang disangai hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.
Berikut perkongsian yang dikongsikan;
“Saya nak share resepi biskut kelapa legend.Resepi ni arwah emak saya yang ajar.Resepi orang dulu-dulu, raya tahun lepas adalah raya terakhir arwah emak, kebiasaannya saya ambil tempahan raya tapi tahun ni saya tak ambil. Biskut kelapa yang sangat sedap & mudah.Mohon sedekah al fatihah buat arwah emak saya Zainun Binti Ali..semoga Pahala ini terus mengalir kepada arwah emak saya.”
Bahan-Bahan:
2 cawan kelapa parut yang di sangai hingga keperangan
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula (blend)
Butter seelok uli
1 sudu besar Esen vanilla
1 biji Telur
pewarna kuning telur untuk biskut nampak cantik. Kalau tak nak letak pun tak pe.
Cara Membuat:
1. Sangai kelapa parut hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.
2. Adun semua bahan-bahan, guna tangan je. Tak perlu guna mixer.
3. Bakar ikut la suhu oven masing-masing.
Siap!
Info Ekstra!
- Yang putih tu kelapa kering (beli je di kedai) tak nak letak pun tak pe.
- Untuk glossy bahagian atas, sapu kuning telur ditambah pewarna dan tabur kelapa kering yang beli di kedai.
Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat & Selamat mencuba!
MW: Buat mak-mak yang suka biskut-biskut lama dan tradisional macam biskut kelapa ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan. Cukup mudah dan sangat sedap.
Sumber: Sheila Nazri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Buat Kek Sarang Semut Berongga, Guna Baking Soda Yang Aktif
Nak buat kek sarang semut berongga ini ada caranya. Masak dengan kaedah kukus atau bakar tetap cantik kejadian bersarang kek nya.
Bak perkongsian Noorlaili Sahalan ini, cara nak dapatkan kek sarang semut confirm bersarang dan cantik berongga perlu gunakan soda, baik baking soda atau soda bikarbonat yang masih aktif.
Nama lain kek sarang semut ini, dipanggil juga kek gula hangus.
Cara Buat Kek Sarang Semut Berongga
Kongsinya, “Finally! Dapat yang lubang-lubang tu.
- Tip dia rupanya ada pada Baking Soda/Soda Bikarbonat. Saya dah try guna kedua ini. Boleh je mana-mana. Guna salah satu .
- Guna soda yang masih aktif kerana soda yang akan membuatkan kek cantik berongga.
- Semasa membancuh tepung, soda yg aktif akan membentuk banyak buih-buih di lautan. Ehh… Buih kecil di dalam adunan.
- Gula hangus yang masih panas akan mengaktifkan lagi soda untuk ‘bekerja’. Nak kerja pun tunggu panas pulak. Parah!
- Sebab tu adunan kek tidak perlu diperap lagi. Yeah! Lega makcik. Penantian itu satu penyiksaan kan?
- Potong kek secara melintang pun salah satu cara agar dapat potongan kek yang berongga.
Ooo..itulah rahsianya.
Begitulah.
Baca juga : Mudah sangat buat kek sarang semut, kacau guna whisk, kukus cantik kejadiannya.
Semua resipi sama saja. Cuma cara kita buat itu yang akan membezakan kejadiannya.
Resipi Kek Sarang Semut Saranghae
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sk soda bikarbonat/baking soda
- 1 sk baking powder
- 4 biji telur (gred b)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanila
- Satukan bahan semua bahan di atas. Dan gaul-gaul manja je diorang ni.
- Masa ni, korang dah boleh nampak adunan membentuk banyak buih-buih di lautan. Ehh..
- Buih-buih kecil. Itu tandanya soda tgh ‘bekerja’ dan akan dpt kek yg berongga nanti.
Bahan untuk gula hangus.
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 2 sb butter/marjerin
1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali leper/pan. Masak sehingga keperangan. Guna api kecil. Agar tidak hangit. Nanti kek akan pahit.
2 . Masukkan air panas. Sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata. Tutup api.
3. Masukkan butter/marjerin. Gaul sehingga butter/marjerin cair sepenuhnya
4. Tuang gula hangus yg masih panas TERUS ke dalam adunan kek tadi. Kacau hingga sebati.
5. Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yg telah disapu marjerin.
Kaedah Memasak
Korang boleh masak dia samada guna kaedah:
1. kukus
2. Bakar dalam oven, atau
3. Bakar dalam periuk guna dapur gas.
- Kalau kukus, kukus selama 1 jam guna api sederhana besar.
- Bakar dalam periuk guna dapur gas pula, korang masukkan loyang adunan ke dalam periuk dan lapikkan dengan tungku besi loyang adunan tadi. Masak dalam 40 minit.
- Saya belum pernah masak kek ni guna oven sebab oven saya hilang dari radar.
Sumber/Foto : Noorlaili Sahalan
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya INTI KACANG MERAH Guna Biji Kecil, Lebih Manis & Mudah Empuk!
Rupanya bila nak buat inti kacang merah kena guna biji-biji yang kecil berbanding yang jenis besar dan lonjong. Ia lebih manis dan mudah empuk. Jadi inti kacang merah ni lebih sedap dan jimat masa memasak. Inti kacang merah ni selalu kita digunakan sebagai inti pau, jadikan aiskrim dan sapu pada roti. Bila buat inti sendiri lebih puas hati, yakin tahap kebersihan dan status halalnya.
Nak tahu macam mana buat inti kacang merah yang sedap dan cara yang betul, fahamkan perkongsian resipi daripada Puan Marlia Lia ini;
Nak beli inti kacang merah ready made di kedai, susah betul jumpa. Sold Out saja. Musim PKPB ni ramai yang pakat borong agaknya. Anak-anak nak makan Pau Kacang Merah. Diorang tak berapa gemar inti kelapa. Maka, mak pun ke kedai la membeli biji kacang merah. Ini pun masuk kedai ke-4 baru jumpa.
Alhamdulillah, menjadi macam kat kedai bakery tu. Cuma yang ini, mak tak nak buat terlalu manis macam inti ready made. Anak-anak riang gembira tengok stok inti berbotol-botol dapat. Siap suruh jual pulak.Sedap ni sapu kat roti kan.
Di bawah ni saya Sertakan resepinya ya.
INTI KACANG MERAH
Bahan-Bahan:
400g kacang merah. (dibasuh bersih, di rendam semalaman)
Air secukupnya untuk merebus
2 sudu besar marjerin/ butter (untuk bagi rasa lemak. Nak gantikan dengan minyak pun boleh. Seeloknya guna minyak jagung. Takda minyak jagung, boleh ganti dengan minyak masak)
4 sudu besar shortening (lemak sayur). Ini pula untuk jadikan inti kelihatan berkilat cantik
1 keping gula nisang
Gula pasir (ikut manis masing-masing. saya guna 1 cawan lebih sikit)
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
Cara Membuat:
1.Basuh & bilas kacang yang dah di rendam semalaman.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus didalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat
6.Sejukkan sebelum disimpan.
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
- Guna kacang merah biji kecil bukan yang besar-besar lonjong tu.
- Saya pernah buat resepi ni menggunakan kacang merah saiz besar (yang letak dalam abc/cendol). Tapi hasilnya, kurang memuaskan, tak manis dan ambil masa lebih lama untuk direbus hingga empuk.
- Saya guna gula nisang yang ini. Sesetengah orang panggil gula kerek. Saya suka yg ni sebab kurang manis berbanding gula kabung berbentuk buluh tu. Dan gula ni rapuh je, lebih senang larut dari gula pasir.
- Saya simpan dalam peti ais, Nak guna baru keluarkan.
- Bila ke suhu bilik, dia akan jadi berkilat macam ni. cantik kan.
Ini pula resepi buat Pau ni confirm gebu lembut kalau betul cara membuatnya:
Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 pkt mauripan
Inti ikut suka
Cara Membuat:
1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dalam air suam. Tunggu yis berbuih
2. Campurkan semua bahan-bahan lain. Tepung, gula, baking powder dan shortening, gaul rata.
3. Masukkan campuran yis & tambah sedikit air sambil uli.
4. Uli sampai doh lembut.
5. Rehatkan doh dalam 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
6. Lepas 30min, tumbuk doh untuk buangkan angin. Uli lagi dalam 5 minit
7. Bulat-bulatkan, besar ikut suka, masukkan inti.
8. Kukus selama 7 minit dalam air yang dah mendidih , api kukusan besar
9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Panas-Panas Ni Layan Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Sedap Juga!
Wanita Ini Kongsi Resipi Kuah Kacang Arwah Mak, Yang Kawan Puji Sedap Siap Pujuk Jual!
MW: Kalau nak mudah memang beli je inti kacang merah ni. Tapi bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihan dan status halalnya. Terima kasih berkongsi tip dan resipi ini.
Sumber: Marlia Lia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI