Bila musim panas dapat makan dadih sejuk yang lembut dan cair dalam mulut memang nikmat! Kalau beli dadih ni memang agak mahal dan tak puas makan. Elok mak-mak buat sendiri di rumah lebih menjimatkan!

Berikut perkongsian resipi dadih yang dibuat oleh Puan Afieyza Isahak sebagai rujukan;

“Dah lama viral, baru nak cuba.Sungguh, sangat-sangat sedap!Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!”

Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️

Bahan-Bahan:

1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g (Guna 1/3 saja)
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar

Dadih Susu Viral, Tekstur Lembut Cair Dalam Mulut, Sungguh Sangat Sedap!

Cara Membuat:

1.Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2.Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.

Dadih Susu Viral, Tekstur Lembut Cair Dalam Mulut, Sungguh Sangat Sedap!3.Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

Dadih Susu Viral, Tekstur Lembut Cair Dalam Mulut, Sungguh Sangat Sedap!4.Siap untuk ditelan!!

Dadih Susu Viral, Tekstur Lembut Cair Dalam Mulut, Sungguh Sangat Sedap!

Dadih Susu Viral, Tekstur Lembut Cair Dalam Mulut, Sungguh Sangat Sedap!

MW: Mudah je nak buat dadih susu ni, bahan-bahan pun tak banyak. Teksturnya lembut, makan sejuk-sejuk memang sedap! Kena cuba pencuci mulut ni.

Kredit Resipi Asal:Niswah Hasina

Sumber: Afieyza Isahak

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI