BISKUT KELAPA Legend Rangup, Sedap Guna Kelapa ‘Fresh’ Disangai! Memang
payah nak jumpa biskut-biskut lama seperti biskut kelapa yang sedap dan betul-betul menetapi citarasa.Rupanya antara tip nak buat biskut kelapa legend yang sedap dan wangi, kena gunakan kelapa parut putih yang ‘fresh’ disangai. Berbanding beli yang dah siap di kedai ‘bakery’.

Ikut resipi mudah biskut kelapa legend yang dikongsikan oleh Puan Alieya Abdullah ini sebagai panduan;

Hari ni kita try biskut kelapa legend. Tak tahu la legend ke tak. Hihi. Mungkin orang-orang lama je yang lagi pakar dalam biskut kelapa ni. Resipi sis, sis punya kelapa tu kelapa fresh dan disangai. Guna marjerin dan tepung pun disangai.

Jom tengok resepi sis. INSYAALLAH BISKUT NI RANGUP. Tapi masa panas memang tak rangup. Dah sejuk baru rangup.

Bahan-Bahan:

1 Cawan marjerin pelangi
1 Cawan gula aising
1 cawan tepung gandum disangai
2 1/2 cawan tepung jagung disangai. Kalau lembik tambah lagi.
2 cawan kelapa parut putih je disangai.
1 biji kuning telur gred B
Esen vanilla sikit. Letak la dalam 1 tutup tu.

Cara Membuat:

1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang.

2. Lepas tu letak telur dan esen vanila.
3. Letak kelapa parut dan gaul sebati.

BISKUT KELAPA Legend Rangup, Sedap Guna Kelapa Parut Putih ‘Fresh’ Disangai!
4. Letak tepung gandum dan uli guna tangan.
5. Letak tepung jagung dan gaul sampai jadi doh.

IKLAN

BISKUT KELAPA Legend Rangup, Sedap Guna Kelapa Parut Putih ‘Fresh’ Disangai!

 

BISKUT KELAPA Legend Rangup, Sedap Guna Kelapa Parut Putih ‘Fresh’ Disangai!

*pastikan tepung dan gula diayak ye.

IKLAN

Guna acuan yang sesuai.
Boleh dibakar ikut oven masing-masing sampai la masak.

BISKUT KELAPA Legend Rangup, Sedap Guna Kelapa Parut Putih ‘Fresh’ Disangai!

 

IKLAN

BISKUT KELAPA Legend Rangup, Sedap Guna Kelapa Parut Putih ‘Fresh’ Disangai!

SELAMAT MENCUBA!! ALHAMDULILLAH

Mesti Baca:Guna Kelapa Parut Disangai Keperangan RAHSIA Biskut Kelapa Jadi Wangi!
Baca Lagi Di Sini:BISKUT SAMPAN Buat Jualan Atau Makan Sendiri, Agak Renyah Tapi Berbaloi Sedap!
Mesti Baca:TIP PENTING Simpan Kelapa Parut Frozen, Barulah Tahan Lama, Tak Rosak Berbau!

Mingguan Wanita:Buat mak-mak yang suka biskut-biskut lama dan tradisional macam biskut kelapa ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan. Cukup mudah dan sangat sedap.Pastikan guna kelapa ‘fresh’ dan sangai terlebih dahulu, barulah rasanya lebih sedap dan wangi.

Sumber:Alieya Abdullah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI