Ads

BISKUT SAMPAN Buat Jualan Atau Makan Sendiri, Agak Renyah Tapi Berbaloi Sedap!

Biskut Sampan antara kuih ‘lejen’ dulu-dulu yang selalu disediakan waktu Hari Raya.Memang agak renyah untuk sediakan tapi berbaloi sedap.Kuihnya rangup, manis warna warni dan berbentuk seperti sampan. Mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk jualan atau makan sendiri untuk keluarga di rumah boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Iesya Sofea ini.

Berikut perkongsian tersebut;

Saya pernah post pasal biskut sampan nie. Ramai yang tanya resepi, ni saya ada bagi resepi.Saya halalkan untuk sahabat-sahabat yang nak buat jualan atau makan sendiri. Alhamdulillah setakat nie feedback customer saya tak pernah mengecewakan.

Bahan-Bahan:

Base(bawah) :

250g butter sejuk
2oz susu tepung fernleaf fullcream
16oz biscuit mix

#Kacau semua bahan nie sampai jadi doh

Inti:
3oz conflakes nestle
3oz almond nib
3oz mix fruit
3oz ceri hijau&merah(dadukan)
1.1oz kelapa kering
5sudu besar susu pekat f&n

Cara Membuat:

1. Mix semua bahan untuk base sampai jadi doh.

BISKUT SAMPAN Buat Jualan Atau Makan Sendiri, Agak Renyah Tapi Berbaloi Sedap!

2. Mix semua bahan inti sampai sekata.Rasa ikut kemanisan yang kita nak.

BISKUT SAMPAN Buat Jualan Atau Makan Sendiri, Agak Renyah Tapi Berbaloi Sedap!

Ads

2. Ambil doh letak dalam acuan. Picit kat tengah bagi jadi lekuk bentuk sampan. Kemudian ratakan dengan pisau buang lebihan doh pada acuan.

BISKUT SAMPAN Buat Jualan Atau Makan Sendiri, Agak Renyah Tapi Berbaloi Sedap!

3. Selepas itu letak inti banyak mana yang nak.

BISKUT SAMPAN Buat Jualan Atau Makan Sendiri, Agak Renyah Tapi Berbaloi Sedap!

4. Bakar suhu 170′ api atas bawah off kipas. Kalau nak lebih crunchy, bakar 10-20mnt api bawah sahaja. Nanti base bawah akan agak garing.

Ads

BISKUT SAMPAN Buat Jualan Atau Makan Sendiri, Agak Renyah Tapi Berbaloi Sedap!

Agak renyah tapi berbaloi sedap. Selamat Mencuba!

BISKUT SAMPAN Buat Jualan Atau Makan Sendiri, Agak Renyah Tapi Berbaloi Sedap!

Info Ekstra!

  • 1 oz bersamaan 28.3 gram

Baca Lagi Di Sini:
Guna Kelapa Parut Disangai Keperangan RAHSIA Biskut Kelapa Jadi Wangi!

Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Biskut Almond London Rasa Betul-Betul SEDAP,Resepi MUDAH Belajar Dari Kelas Berbayar

Mingguan Wanita: Teringat makan Biskut Sampan waktu Hari Raya. Biskut ni memang agak renyah nak buat tapi memang berbaloi sedap. Boleh lah kalau nak buat jualan atau makan sendiri di rumah.

Sumber: Iesya Sofea

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

suami Jaslinda

15 Hari Hilang Di Hutan, Ini Luahan Suami Jaslinda Saludin Selepas...

Jelas tergambar di wajah suami Jaslinda, luahnya, “Orang rumah saya… dia kuat.” Itu kata-kata suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejurus dipertemukan semula dengan isterinya di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah.