Kek coklat adalah di antara kek yang menjadi pujaan ramai lebih-lebih lagi anak-anak. Aduh, boleh terbayang akan rasanya yang sedap. Ada yang suka kek Coklat Moist?
Ha..ini kami nak kongsikan satu resipi bagaimana cara membuat kek coklat moist, tanpa gunakan oven dan mixer. Wah! Sangat menarik dan mudah kan? Tunggu apa lagi, sila cuba!
Bahan-Bahan Kek Coklat Moist
Bahan kek:
1 cawan / 12gram serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan / 225gram gula kastor
2 biji telur (saiz A/B)
1/3 cawan / 83ml susu full cream (atau susu cair/low fat/segar)
1/2 sudu teh garam halus
1/4 cawan / 59ml minyak masak
1 sudu teh Nescafe
1/3 cawan / 83ml air panas
1 sudu makan cuka makan/jus lemon
Kek Coklat Super Moist Ini Sangat Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!
Kek coklat adalah di antara kek yang menjadi pujaan ramai lebih-lebih lagi anak-anak. Aduh, boleh terbayang akan rasanya yang sedap. Ada yang suka kek Coklat Moist?
Ha..ini kami nak kongsikan satu resipi bagaimana cara membuat kek coklat moist, tanpa gunakan oven dan mixer. Wah! Sangat menarik dan mudah kan? Tunggu apa lagi, sila cuba!
Bahan-Bahan Kek Coklat Moist
Bahan kek:
1 cawan / 12 gram serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan / 225g ram gula kastor
2 biji telur (saiz A/B)
1/3 cawan / 83ml susu full cream (atau susu cair/low fat/segar)
1/2 sudu teh garam halus
1/4 cawan / 59ml minyak masak
1 sudu teh Nescafe
1/3 cawan / 83ml air panas
1 sudu makan cuka makan/jus lemon
Ayak satu cawan tepung gandum, 1/2 sudu teh baking powder, ½ sudu teh soda bikarbonat dan 1/2 cawan serbuk koko ke dalam mangkuk.
Ads
Masukkan satu cawan gula kastor dan ½ sudu teh garam halus. Kacau rata. Dalam masa yang sama, jangan lupa sediakan kukusan dan tuang air untuk kukus kek nanti.
Masukkan ¼ cawan minyak masak, 1/3 cawan susu full krim dan dua biji telur – gaul sebati.
Bancuhkan satu sudu teh nescafe dengan 1/3 cawan ar panas. Masukkan dan gaul sebati.
Masukkan satu sudu makan cuka atau jus lemon. Kacau sebati. Alas Loyang bersaiz 8 inci dengan baking paper atau sapukan sedikit mentega di bahagian dalamnya dan masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang.
Bila air kukusan mendidih, masukkan Loyang dan ukus selama 40 – 50 mini atau sehingga kek masak. Nak tahu kek masak, boleh guna lidi dan cucuk di bahagian tengahnya. Kalau tak melekat, makna kek dah masak.
Ads
Dalam masa yang sama, boleh buat coklat ganache. Masukkan 1 cawan susu full cream, dua sudu makan gula kastor, lima sudu makan susu pekat manis, 1/2 cawan serbuk koko dan dua sudu makan tepung gandum ke dalam bekas.
Kacau semua bahan biar sebati. Tapiskan dan masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil, dan sentiasa kacau selama 3 minit. Selepas 3 minit, tutup api dan masukkan dua sudu makan mentega/marjerin, kacau sehingga mentega larut. Biarkan coklat ganache sejuk pada suhu bilik sebelum disapu di atas kek.
Setelah kek masak, keluarkan dan terbalikkan kek atas redai, buang baking paper dan biar kek sejuk di atas relai pada suhu bilik.
Bila kek sejuk, bolehlah potong menjadi dua bahagian. Langkah ini adalah atas pilihan. Boleh skip jika tak nak buat ye. Kalau tak nak potong, boleh tuang terus coklat ganache di atasnya, siap.
Jika nak potong, tuang dan sapu sedikit coklat ganache ke bahagian tengah kek yang dipotong. Lapiskan dengan satu bahagian lain dan tuang coklat ganache selebihnya di atas kek. Siap! Memang mantap!!
TIP UNTUK ELAKKAN KEK COKLAT MEREKAH PADA BAHAGIAN PERMUKAAN:
Jangan gunakan loyang yang kecil, loyang yang kecil akan menyebabkan kek mudah merekah.
Masukkan satu sudu makan cuka makan/jus lemon untuk memastikan kek naik dengan sekata.
Gunakan api yang sederhana dan sedikit kecil semasa mengukus menggunakan saiz loyang: 8 inci. Selamat mencuba!
INFO EKSTRA!
Tambahan satu sudu teh Nescafe ke dalam kek coklat akan mengharumkan dan meningkatkan lagi rasa coklat dalam kek. Jangan risau kek tidak akan rasa kopi pun dengan tambahan sedikit Nescafe ke dalam adunan.
Penggunaan jus lemon atau cuka makan adalah untuk memastikan kek naik dengan sekata dan cantik. Cuka atau jus lemon bersifat asid, bertindak balas dengan bahan-bahan bersifat alkali dalam kek untuk membebaskan gas karbon dioksida dan menjadikan kek naik cantik.
Hari Raya Aidiladha ni, pastinya ramai mak-mak yang mendapat daging korban dan kuantitinya juga agak banyak.Jika salah cara penyimpanannya, boleh mengakibatkan daging mudah busuk, tidak segar dan kualiti daging baru tersebut juga terjejas.
Sebenarnya ada tips tertentu yang boleh dicuba untuk mengekalkan kesegaran daging baru tersebut, dalam pada masa yang sama mampu bertahan sehingga lebih setahun! Kaedah ini dikongsikan oleh chef sendiri sebagai panduan kita.
KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL
1.JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban (jangan dicuci). Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK KE DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku,jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali lembut, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan dan daging sedia untuk dimasak.
5.TIPS TAMBAHAN
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!!!
Baarakallah
Semoga memberi manfaat.
Chef Mawi
Art Of Butchery Inovasi Evolusi
BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY
Butchery Gear and Proper Equipments
Jadi buat mak-mak yang banyak daging korban tu, bolehlah ikut perkongsian tips yang dikongsikan ni.Semoga daging-daging tersebut kekal segar dan mampu bertahan lama.Malah selain daging korban, apa juga daging segar yang dibeli dipasar juga boleh disimpan dengan kaedah ini.
Memang nikmat apabila dapat menikmati Teh Masala yang kaw sedap lemak manis berkrim. Apatah lagi dihirup ketika masih suam.
Masala Chai atau Teh Masala cukup popular bagi kaum India. Ia merupakan teh susu dengan campuran rempah ratus terpilih. Istimewanya, teh ini banyak khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan. Antaranya seperti membantu buang angin, masalah peredaran darah dan pernafasan.
Mudah je nak buat sendiri Teh Masala ini di rumah boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini sebagai panduan;
Teh Masala Kaw Lemak manis berkrim + savuri. Nikmat hirup perlahan-lahan ketika panas-panas suam. Dia punya kaw melekat disegenap rongga mulut, yg tak suka rasa “Rempah” tak perlu letak bahan rempah tapi hasilnya teh kaw je lah tidak lagi teh MASALA.
Bahan-bahan:
3 liter air
7 uncang Teh
5 biji Bunga cengkih kecil
3 biji Buah pelaga
Secubit Jintan manis
1 batang kulit Kayu manis
2 inci halia diketuk
5 sudu besar Susu pekat atau ikut manis disukai
1 cawan Susu kotak
2 sudu besar Susu tepung
Cara Membuat:
1.Panaskan air di dalam periuk.
2.Masukkan Uncang Teh setelah mendidih masukkan semua bahan rempah dan halia.
3.Dalam 1 bekas masukkan susu kotak,susu pekat dan susu tepung lalu kacau hingga semua larut.
4.Tuang susu dibancuh tadi kedalam periuk teh.
5.Kacau sebati siap dan sedia dihidang.Jika suka warna pekat boleh lebihkan teh dan susu pekat.
Cara buat Telur separuh Masak:
Didihkan air dan matikan api. Masukkan telur dan biarkan sehingga 6-7minit tanpa tutup periuk. Cukup tempoh terus buang air panas tadi dan rendam dalam air sejuk.Siap.
Mingguan Wanita: Sedapnya aroma dan rasa teh masala yang kaw ini. Cukup berlemak, manis dan berempah secukup rasa. Dinikmati pula ketika suam. Memang terasa nikmatnya!
Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan berempah macam ni. Mak-mak yang nak cuba kelainan masak untuk keluarga boleh cuba resipi Udang goreng kari yang dikongsikan oleh Puan Wan Nor Zuriati ini.
Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Paling penting memang mampu membuka selera, buat makan bertambah-tambah!
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Udang goreng kari favourite seisi keluarga, dapat resepi dari FB juga tapi Ayam Goreng Kari, pastu kita try udang pulak sedap juga. Makan dengan nasi panas-panas bertambah-tambah”
Bahan-Bahan:
Udang Segar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
halia
cili hijau (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
Serbuk kari ayam daging adabi
bawang Holand
Serai
Daun kari
Kunyit
Garam
Kentang
Cara Membuat:
1.Blender bawang besar, bawang putih,halia, cili hijau.
2.Hiris bawang holand, bawang putih, serai dititik dan daun kari.
3.Udang letak garam dan kunyit.
4.Goreng udang separa masak.
5.Kentang digoreng.
6.Tumiskan bahan yang diblender guna minyak lebihan goreng udang tadi dan kalau perlu tambah minyak lagi. Takpe minyak lebih nanti dah masak boleh kaup sebab nak bagi cantik pecah minyak.
7.Bila dah garing masukkan bahan hirisan bersama daun kari.
8.Letakkan serbuk kari ayam daging.
9.Goreng sampai pecah minyak, masukkan sedikit garam, maggie cukup rasa dan sedikit gula perang.
10.Akhir sekali masukkan udang dan kentang yang digoreng tadi.
MW: Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering, berempah, tak berkuah tapi sedap, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...