Kacang goreng ini sejenis kudap-kudap yang laku keras kalau makan depan TV. Kalau beli dapat tak banyak sangat, jadi kalau buat guna resepi yang dikongsikan Puan Hajar Mael ini, in shaa Allah puas hati.
Lagi berbaloi buat sendiri sebab dapat minyak kacang tu sekali! Nah, jemput godek bahan-bahan yang diperlukan…
Kacang Goreng
Kawan-kawan sibuk dengan berbagai biskut, saya pula duk sibuk mengoreng kacang. Ramai tak peminat kacang putih goreng ni. Salah satu menu wajib bila nak raya di rumah saya, nak buat pun senang.
Ini saya kongsikan macam mana nak buat. Apa yang best, kacang goreng dapat dan dapat minyak bawang putih pun dapat.
Bawang putih, garam, kacang putih kopek (beli yang dah siap dikopek) dan air panas didih.
Cara Nak Buat:
1. Basuh kacang dan masukkan dalam besen.
2. Bawang putih ditumbuk bagi pecah-pecah.
Ads
3. Letak garam secukup rasa (tak masin pun tak apa sebab nak goreng nanti kita letak lagi).
4. Letakkan air panas yang mendidih sampai tenggelam kacangnya.
5. Rendam sampai kacang kembang lebih kurang sejam lebih.
6. Toskan kacang dan asingkan bawang putih tadi (jangan buang sayang, kita simpan buat minyak bawang putih)
Ads
7. Masukkan kacang + air garam yang dah di campurkan dengan kiub ayam ke dalam minyak panas.
8. Pakai api kecik ya masa menggoreng.
9. Jangan api besar risau kacang tak masak kat dalam.
10. Toskan minyak.
Ads
11. Bawang putih yang diasingkan tadi jangan dibuang.
‘Anak Dara Jangan Baik Hati Sangat Keluar Duit Sendiri Bagi Dekat Teman Lelaki Atau Tunang’ itu antara petikan kata-kata nasihat yang diberikan oleh Adam Corrie didalam akaun twitternya. Sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa Adam Corrie menyampaikan pesanan khas begini buat anak dara atau wanita yang belum berkahwin.
Siapa yang tidak kenal Adam Corrie Lee Abdullah,55 pelakon berketurunan Cina mualaf yang sering membawakan pelbagai lakonan aksi, lagak ngeri mahupun watak antagonis di kaca tv. Beliau juga merupakan seorang pereka tari profesional (koreografer) dan telah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun. Adam Corrie aktif dengan kegiatan dakwah serta rajin berkongsi nasihat berguna di media sosial seperti laman Twitter dan Instagram.
Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan,2017 ini, ada berkongsi ‘tweet’ nasihat serta pesanan buat anak dara dalam menjaga perhubungan dengan teman lelaki atau tunang terutamanya dari segi kewangan.Pesanan ini mendapat lebih 21,000 perkongsian retweet di laman tweeter.
Wahai anak dara yang ada teman lelaki atau tunang. Jangan baik hati keluar duit sendiri bagi dekat teman lelaki atau tunang untuk duit hantaran atu duit sara seharian. Nanti dah kahwin, mereka dah biasa perempuan bagi duit. Duit nafkah rumahtangga nanti diorang tak bagi.Tak larat dah nak bagi nasihat.
Jangan bagi ikan, bagilah kail supaya mereka boleh mencari rezeki sendiri dan menjana pendapatan kelak.
Tolong jangan mengadu dengan saya, teman lelaki atau tunang asyik minta duit dari anda. Anda yang rela bagi duit sebab kesian dan cinta..sanggup bagi semua duit, body dan segalanya.. tanya diri sendiri.
Tak salah kongsi duit, tapi jangan ambil kesempatan dan lepas tanggungnjawab. Sebab ramai yang lepas tanggungjawab bila tahu pasangannya boleh tanggung semua. Bukan mudah jadi suami kalau tak ada rasa tanggungjawab pada keluarga.
Kalau rasa duit hantaran mahal, boleh bincang dengan keluarga pihak wanita. Tunjukkan yang anda sebagai lelaki mampu sara hidup dan jaga anak perempuan mereka kelak. Kalau belum kahwin, duit rokok pun hari-hari minta dengan teman wanita . Macam mana tu. Doa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan.
Ada benarnya juga nasihat Adam Corrie ni, iyalah jika sebelum berkahwin lelaki dah terbiasa minta duit dekat perempuan, apatah lagi bila dah berkahwin nanti. Mahu lepas semua tanggungjawab pada isteri nanti.
Jadi buat anak-anak dara dan kaum wanita, mohon take note dan renung-renungkanlah nasihat ini. Buatlah keputusan yang bijak sebelum memilih lelaki untuk dijadikan suami.
Tak sangka lelaki yang berkahwin dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun, yang menjadi viral semalam rupanya telah mempunyai dua orang isteri.Perkahwinan dengan budak perempuan tersebut, sekaligus merupakan isterinya yang ketiga!
Perkara ini telah didedahkan oleh Aktivis Sosial Syed Azmi Abhabshi,41 menerusi perkongsiannya didalam status facebook beliau yang terkini.Rata-rata ramai yang marah atas tindakan lelaki ini yang dianggap tidak wajar kerana berkahwin dengan budak yang masih bawah umur.
Semalam kita semua telah digemparkan dengan viral posting seorang isteri mengucapkan tahniah pada suaminya yang telah berkahwin dengan seorang budak berusia 11 tahun. Dalam viral tersebut terselit gambar di bawah. Gambar adalah kawan-kawan si suami dan wanita itu pula ialah ibu kepada anak perempuannya yang di kahwinkan.
Gambar satu lagi merupakan status whatsapp budak 11 tahun tersebut yang ditujukan kepada kedua-dua isteri pertama dan kedua . (Tetapi saya ada sedikit keraguan, sama ada budak perempuan ini boleh menulis dan membaca atau ada orang lain yang menulis dan menipu status ini).
Satu laporan telah dibuat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang dan 3 orang pegawai dalam perjalanan untuk melakukan penyiasatan. Pegawai Strategi Senior kepada Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah juga ada menelifon dan saya telah memberikan segala informasi yang berkaitan.Terima kasih.
“Pagi ini sekitar 2 pagi, saya berjaya menghubungi dengan individu yang berkaitan dengan suami budak perempuan ini. Saya tak boleh dedahkan sumber yang menceritakannya, dan posting ini adalah untuk kita belajar dan meningkatkan perlindungan terhadap kanak-kanak. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.
“Suami seorang imam satu surau di kampung di hormati ramai. Dia juga seorang pembeli getah di kampung tersebut. Berumur 40, warganegara Malaysia. Anak sulung dalam keluarga. Ibu bapanya masih hidup. Kita panggil dia SUAMI A ok?”
“Mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama mempunyai anak yang sudah 16 tahun ke atas dan isteri kedua mempunyai anak-anak bawah 12 tahun. Semua anak-anaknya di hantar ke sekolah. Kedua-dua isteri bekerja keras sebagai peniaga untuk menyara hidup. Tiada yang bercerai malah hubungan kedua dua isteri adalah baik.”
Budak yang berkahwin. Umurnya 11 tahun. Anak bongsu. Ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah. Keluarga ini bukan warganegara Malaysia dan menjual getah pada SUAMI A. Jadi sekarang boss mereka menjadi menantu mereka sendiri. Semua adik beradik budak ni tidak bersekolah.
Perkahwinan budak 11 tahun dengan SUAMI A berlaku di Siam tanpa pengetahuan kedua-dua isteri pada bulan 6. Yang ke Siam merupakan keluarga perempuan dan kawan-kawan SUAMI A. Belum berdaftar di Malaysia lagi.
Telah diketahui bahawa SUAMI A bercinta dengan budak 11 tahun pada bulan 3. Kedua-dua isteri berjumpa dengan SUAMI A (suami mereka) untuk mendapatkan penjelasan tapi SUAMI A cakap dia tak bodoh nak kahwin budak. Jadi mereka percaya dan tinggalkan begitu sahaja.
Isteri pertama menerima gambar perkahwinan SUAMI A dengan budak 11 3 hari lepas. Dan berkongsi dengan isteri kedua. Kedua-duanya berjumpa dengan SUAMI A. SUAMI A keluarkan bahawa “Nabi dan Siti Aishah boleh berkahwin dan dia ingin mengikut sunnah”. Tapi lepas nampak ada bukti bergambar, dia terus melarikan diri ke rumah maknya. Whatsapp dan FB ke kedua-dua isterinya di block. This is why the second wife wrote everything, to reach to the husband sebab lepas dia lari ke rumah mak dia, takde communication. Anak-anak ada yang nangis rindukan ayah mereka. Mereka tahu ayah mereka kahwin lain.
Yang sedihnya, budak 11 tahun ni merupakan kawan kepada anak SUAMI A itu sendiri yang sebaya. Anaknya malu. Really malu.
Kedua-dua isteri tidak kisah untuk bermadu tetapi untuk ambil budak 11 tahun sebagai isteri adalah tidak masuk akal. Tetapi tak mahu diceraikan. Terdapat beberapa pendapat yang tidak molek mengenai ibu bapa budak 11 tahun ini tapi takpelah. Kita biarkan.
Budak 11 tahun, isteri isteri, anak-anak SUAMI A semua adalah mangsa dan kesemua mereka perlu di beri penjelasan dan dilindungi. Tapi nak dilindungi oleh siapa? Polis, JKM, Majlis Agama.
Isteri kedua telah buat laporan kesemua tersebut tetapi tidak mendapat perhatian. Alasan: Kahwin dekat Siam.
Bukan warganegara Malaysia. Tapi saya tidak tahu adakah mereka warganegara Thailand atau tidak dan di mana budak 11 tahun itu di lahirkan. Ini masalah geography.
Masalah utamanya ialah budak tersebut baru 11 tahun.
Siapa sebenarnya nak lindungi hak dia?
Dalam banyak-banyak benda nak protect, budak perempuan 11 tahun ni up pulak status yang mempertahankan pilihannya dan mencabar kedua-dua madunya.Attitude macam ni bagaimana pula, lagi-lagi dengan sokongan ibu bapa kedua-dua pihak.
Memanglah perkahwinan ini tidak mendapat persetujuan atau izin atau even pemberitahuan kata nak kahwin pun, tapi kalau nak kata salah, mereka tak kahwin kat Malaysia. Jadi ni tak kira.Tapi kita tak boleh salahkan dia. Dia tidak dapat pendidikan dan itu salah kita. Dia vulnerable dan di eksploitasi.
Saya memohon sangat Majlis Agama melihat isu ini bukan sahaja dari segi agama tetapi dari segi hak kanak-kanak tersebut.Kalau kita tak bagi kahwin atau tak daftarkan perkahwinan itu lagi teruk dan dalam islam tak perlu pun. Tapi hak kanak-kanak itu serta bakal anak-anak nya nanti perlu di lindungi juga. Kalau cerai macam mana nanti.
Faktor di kahwinkan kerana bercinta. Kalau betul tak salah, kenapa tak kahwin je kat Malaysia. Bukan tak boleh. Undang-undang kita ada dan bagus.
Fact is SUAMI A seorang yang dihormati sebab ustaz dan imam surau di kampung perlu check balik please.Akan bersambung lagi. Saya tidur jam 4pagi untuk lihat semua segi.
Saya cuba panjangkan bantuan pada both isteri pertama kalau boleh tetapi mereka cuma mahu suami mereka kembali. Itu sahaja. Bab yang ni saya tak faham tapi saya hormati.
Kes macam ni bukanlah baru tapi kita hanya sering sensasikan tanpa penambahbaikan. Dari segi agama, sila jangan cuma lepaskan sahaja tetapi lihatlah dari segi keadaan sahsiah keluarga semua.
Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi perempuan adalah 16 tahun. Sekiranya mereka di bawah umur (lelaki bawah 18 dan perempuan bawah 16, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka (lihat seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008) yang di jalankan di Mahkamah Syariah Malaysia.
Menurut Syed Azmi, kes ini masih dalam siasatan. Apa-apa pun, Mingguan Wanita menyokong usaha murni Syed Azmi ini, yang sentiasa memperjuangkan hak kanak-kanak mahupun isu-isu sosial yang lain.
Soal anak, jodoh, berat badan adalah antara perkara sensitif untuk dijadikan bahan gurauan mahupun topik bersembang. Dalam meraikan Aidilfitri ketika ditebak dengan soalan-soalan ini oleh makcik-makcik bawang, memang boleh hilangkan mood untuk terus beraya.
Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad ada meluahkan perasaan berang dan terkilan didalam ig story dan twitternya dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya ketika sedang sibuk meraikan Aidilfitri. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, menyifatkan soalan-soalan yang diajukan tersebut sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaan orang lain.
“Kepada makcik-makcik bawang, yang kepochi (kepoh) masa beraya, ini aku nak cakap sikit bagi lekat dekat kepala. Soalan di hari raya, bila nak ada anak? Bila nak buat anak? Tak ikhtiar ke? Cara tak betul ke?
“Mari sini aku nak cakap aku ni manusia biasa, jadi tiada jawapan untuk semua itu,” tulisnya di Twitter dan Instagram miliknya pada Selasa.
Elizad telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015. Lebih jengkel lagi kata Elizad, pertanyaan tersebut diikuti dengan tindakan memegang dan mengusap perutnya. Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, pertanyaan tersebut juga menjejaskan emosinya untuk beraya.
“Sekarang aku faham macam mana budak-budak bujang yang belum ada jodoh, kau sibuk tanya bila nak kahwin? Aku yang sudah kahwin belum ada anak orang sibuk tanya bila nak ada anak?
“Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa seronok ke melawak tentang benda tu semua?” ujarnya.
Elizad mengingatkan agar orang ramai tidak lagi bertanya tentang itu kerana ia bukanlah satu gurauan. Tambahnya, sebagai seorang manusia biasa, dia sendiri tidak mengetahui rezeki dan jalan hidup yang sudah disusun untuknya.Malah, dia juga mempunyai harapan untuk dikurniakan cahaya mata seperti mana pasangan suami isteri lain.
“Berhenti bertanya soalan begitu. Kalau tiada soalan nak tanya atau tidak reti bergurau lebih baik diam.
“Belajarlah menghormati perasaan orang sebab itu aku ni jenis tidak lama beraya dekat rumah orang,” katanya.
Ada benarnya apa yang diluahkan oleh Siti Elizad ni. Tak perlulah bergurau atau tanya isu-isu sensitif musim-musim raya ni. Daripada elok nak merapatkan hubungan silahturahim jadi sebaliknya pula, bermasam muka dan berkecil hati.Doakan je yang baik-baik. Semoga Siti Elizad banyakkan bersabar dan dimurahkan rezeki dengan anak satu hari nanti.
Tular kisah seorang lelaki rebah di rukun Yamani ketika tawaf wada, tulis anaknya: "Abah saya, Hamdan Ahmad meninggal hari ini di depan Kaabah di Mekah. Masa tengah buat tawaf Wada’. Allahu akbar. Speechless."