Sambal Telur Hancur Cili Kering ini sangat simple kan? Tapi, masakan ringkas macam nilah yang boleh buat kita makan nasi berpinggan-pinggan. Kalau dah tak tahu nak masak apa lagi dan nak masak sesuatu yang ringkas tapi sedap, ha..sambal ni memang pilihan paling tepat. Nak lebih bangkit selera, buat lagi pedas.

Bagi mak-mak yang dah mula kerja dan terkejar-kejar nak masak apa bila balik kerja, boleh cuba resipi ni. Memang sedap dan tak ambil masa lama nak masak. Makan pula dengan nasi putih panas-panas..pehh!! Berpeluh dahi!

Sambal ini juga sesuai kalau masak untuk sahur. Bulan Syawal ni tentu ramai yang ambil peluang untuk puasa ganti dan puasa sunat Syawal.  Boleh makan juga dengan bubur nasi.

Jom Cuba Resipi Sambal Telur Hancur Cili Kering Ini!

Sambal Telur Hancur Cili Kering klasik ini dikongsikan oleh Zuhira Mohd https://www.facebook.com/zuezuhira.eyra. Jangan lupa cuba tau. Gerenti tak nyesal.

Bahan-bahan:

Sambal Telur Hancur Cili Kering Simple, Tapi Boleh Buat Makan Berpinggan!

3 biji telur

Sedikit cili kering – potong dan rebus sekejap
Sedikit ikan bilis
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

IKLAN

Garam dan gula

Serbuk perasa (pilihan)

Minyak masak

Cara memasak:

Sambal Telur Hancur Cili Kering Simple, Tapi Boleh Buat Makan Berpinggan!

IKLAN

Mula-mula, goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.Kemudian goreng bawang besar dan bawang putih. Angkat dan toskan. Setelah itu, goreng cili kering hingga separuh garing. Angkat dan toskan.

Sambal Telur Hancur Cili Kering Simple, Tapi Boleh Buat Makan Berpinggan!

Tumbuk semua bahan yang dah digoreng tadi iaitu bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Kemudian tumbuk cili kering yang dah digoreng (Nak lumat atau tak terpulang pada selera masing-masing).

IKLAN

Sambal Telur Hancur Cili Kering Simple, Tapi Boleh Buat Makan Berpinggan!

Gunakan lebihan minyak menggoreng bahan-bahan tadi, masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis. Goreng hingga terbit bau, cili dan bawang masak sepenuhnya. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.

Masukkan telur ke dalam tumisan tadi dan biarkan hingga telur masak. Jika suka telur kuning gedik, jangan hancurkan telur kuning itu. Yerpulang pada selera anda.

Sambal Telur Hancur Cili Kering Simple, Tapi Boleh Buat Makan Berpinggan!

Akhir sekali, siap untuk dihidangkan bersama nasi panas. Mesti curahkan kicap lemak manis untuk lebih uuummpphhh! Selamat mencuba…

https://www.mingguanwanita.my/sambal-cili-padi-jering-tua-bilis-pedas-berdesing-tak-perlu-bawang/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI