Ads

Inti Popia Guna Pisang, Nak Lebih Sedap Boleh Letak Pelbagai Topping

Inti popia biasanya menggunakan sayur-sayuran. Tapi apa kata kali ni cuba kelainan pula, gunakan pisang sebagai intinya. Rasanya tak kurang sedapnya. Ada rasa lemak manis. Bahkan tak susah sangat nak membuatnya. Sama macam popia biasa, hanya intinya berbeza.

Resipi ini telah dikongsi oleh Munierah Eyra (#dapurche‘eyra) secara step by step. Jadi yang nak cuba, boleh lihat cara-caranya.

Nak tambah menarik, boleh letak pelbagai topping di atasnya. Gerenti anak-anak suka sebab kita boleh letak pelbagai topping di atasnya seperti oreo, keju dan sebagainya. Memang best! Kalau mak ayah pula, tak nak topping, makan macam tu je pun sedap dah.

Ads

Popia Inti Pisang Ni Caranya Pun Tak Susah Mana….Korang Boleh Cuba!!

Bahan-Bahan Popia Inti Pisang:

Kulit popia segera
Pisang
Bancuhan tepung gandum (untuk lekatkan popia)

Minyak masak
Bahan Topping (Ikut Pilihan Masing-Masing):
Susu pekat (guna untuk topping cheese)
Jem coklat pilihan
Serbuk biskut Oreo
Cheedar cheese
Cornflakes
Nestum

Ads

Cara Membuat:

Buang kulit pisang, dan belah empat.

Ads

Popia Inti Pisang, Nak Lebih Sedap Boleh Letak Macam-Macam ToppingAmbil selebar kulit popia segera, letakkan sekeping pisang di tengahnya. Lipat seperti membuat popia biasa. Gunakan bancuhan tepung gandum sebagai pelekat. Ulangi langkah hingga selesai. Anda juga simpan sejuk beku popia ini. Keluarkan bila hendak goreng.

Popia Inti Pisang, Nak Lebih Sedap Boleh Letak Macam-Macam ToppingUntuk menggoreng, panaskan minyak di dalam kualiti dan bolehlah goreng popia pisang tadi. Jangan lupa balik-balikkan ia dari semasa ke semasa. Goreng hingga ia berwarna kuning keemasan. Angkat dan tos.
Popia Inti Pisang, Nak Lebih Sedap Boleh Letak Macam-Macam Topping
Boleh makan begitu saja. Atau hendak lagi menarik, boleh letak topping seperti oreo, keju, conflake dan Nestum di atasnya. Anak-anak pasti suka.
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Maryam Younarae

Maryam Younarae Yakin Peluk Islam, “Saya Syukur Dengan Nikmat Yang Allah...

Dilihat semakin bahagia, pempengaruh dan usahawan, Maryam Younarae menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya yang diajukan soalan mengenai Islam oleh rakannya dari Korea.