Asam Gumpal Sagu Terengg, Lemak Dan Penuh Aroma

Asam Gumpal Sagu adalah satu lagi kuih tradisi rakyat negeri Terengganu. Ada yang panggil Asam Guppa. Rasanya yang lemak, manis, masin dan penuh dengan aroma membuatkan selera terbuka untuk menikmatinya.

Sesiapa yang beminat nak try, boleh ikuti resipi hasil air tangan Lainatul Aisyah https://www.facebook.com/lainatul.aisyah yang merupakan anak jati Terengganu. Jadi, gerenti rasanya asli!

ASAM GUMPAL SAGU TERENGGANU

BAHAN-BAHAN UNTUK (INTI):

1 cawan kacang hijau

1 keping gula Melaka

3/4 cawan gula

Air secukupnya

BAHAN-BAHAN UNTUK SAGU:

1 1/2 cawan biji sagu

1 cawan air panas

IKLAN

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH ASAM GUMPAL:

1 cawan Santan pekat

1 cawan air

1 sudu kecil halba

3 biji bawang merah kecik (mayang halus)

IKLAN

Sedikit garam

Sedikit gula

Sedikit halia (dipotong nipis memanjang)

CARA MEMASAK:

Asam Gumpal Sagu Terengganu, Rasa Lemak Manis Dan Penuh Aroma

IKLAN

Untuk membuat inti; masak bahan-bahan untuk inti sehingga empuk dan kering. Setelah itu, sejukkan dan bulat-bulatkan. Nak mudah, beli inti (inti untuk roti) yang dah siap kat kedai bakeri. Ketepikan.

Untuk membuat sagu; bersihkan sagu dan toskan hingga kering. Masukkan air panas ke dalam biji sagu, kacau sebati sehingga biji sagu agak kental dan boleh dikepal. Isi air sedikit demi sedikit ye. (Jangan letak banyak terus). Jangan letak terlampau banyak air takut nanti terlembik nanti susah nak kepal. Setelah itu, kepal kepalkan biji sagu dan masukkan inti dan tutup dengan rapat dan kemas.

Pastikan tangan disapu minyak untuk memudahkan sagu tidak melekat di tangan dan boleh dikepal dengan cantik.

Asam Gumpal Sagu Terengganu, Rasa Lemak Manis Dan Penuh Aroma

Kukus adunan sagu tadi selama 15-20 minit. Setelah sagu masak, angkat dan ketepikan.

Untuk membuat kuaah; masak bahan-bahan untuk kuah  hingga mendidih dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul. Tutup api Kemudian masukan asam gupal dalam kuah santan tadi. Ok Siap.. Sedia untuk dimakan!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI