Rangup dengan rasa masam, pedas dan masin, memang membuka selera! Kimchi adalah antara makanan ruji rakyat Korea yang turut menjadi kesukaan ramai terutama yang mengikuti perkembangan dunia hiburan di negara tersebut. Bila dah minat pelakon dan penyanyinya, ramai yang ‘jatuh cinta’ pula dengan makanannya termasuk kimchi.
Kimchi Ada Banyak Jenis
Kimchi adalah salah satu side dish popular di Korea, diperbuat daripada sayur-sayuran yang kemudian difermentasikan dengan cili, memiliki rasa masam, pedas dan masin yang boleh merangsang selera makan.
Selain Kimchi kubis yang paling popular, sayuran lain pun boleh dibuat kimchi termasuklah timun. Nak cuba, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Habibah Abdul Ghani. https://www.facebook.com/abiyy92
Menurut Habibah, dia tidak mempunyai sukatan tertentu untuk resipi ini. Terpulang kepada anda berapa sukatannya.
Resipinya mudah je. Tapi pesannya lagi, perlu menggunakan baby cucumber/timun Jepun. JANGAN GUNA TIMUN BIASA kerana timun itu jenis berair. Tak sesuai ye.
Setelah siap kimchi timun, boleh simpan di dalam bekas tupperware/ bekasplastik biasa, tak perlu bekas kaca.
Jom Cuba Buat Kimchi Timun Ini, Mudah Jer!
Kimchi Timun Yang Rangup
Bahan-bahan:
Timun Jepun – potong memanjang
Ads
Garam
Bahan Untuk pes kimchi:
Lobak merah – potong memanjang
Daun bawang – potong 1 inci
Buah pear/lai/epal merah – potong pnjang / sagat
**Bahan-bahan ini tiada sukatan, terpulang nak banyak mana.
Ads
1 sudu bawang putih
1 cawan serbuk cili atau ikut kepedasan yang dikehendaki
1 sudu gula (untuk seimbangkan rasa pedas)
Sos ikan – jika suka masin, boleh letak lebih.
Cara Membuat:
Ads
Mula-mula sediakan pes kimchi. Satukan semua bahan tadi dalam satu mangkuk besar, Gaul rata dan sesuaikan masam, pedas dan masinnya ikut selera sendiri. Siap. Ketepikan. Timun tadi dibersihkan dan digaul dengan garam. Biarkan seketika. Airnya akan keluar dan ia akan mengecut sedikit.
Untuk menyediakan kimchi, toskan air garam tadi. Kemudian masukkan timun ke dalam mangkuk berisi sos kimchi tadi. Gaul sebati.
Untuk rasa lebih masam, biarkan sehari dalam suhu bilik. Atau boleh juga terus masukkan ke dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Nak terus makan pun boleh sebab ia masih rangup dan segar. Ia sedap dimakan bersama nasi, mee segera atau pun daging BBQ. Fuhh! Terangkat!
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi mak-mak yang nak cuba buat sendiri Sos Pencicah sedap, rasa dan rupanya sebiji macam beli dekat kedai boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nu Ha ini.
Sos pencicah ni memang sesuai dinikmati dengan keropok ikan, keropok lekor, celup tepung, cucur udang, cekodok bilis dan sebagainya. Memang puas hati hasilnya dan lebih jimat bila buat sendiri.Malah terjamin kebersihan serta paling penting tanpa bahan pengawet.
Resepi Sos Pencicah
Bahan-Bahan:
3 sudu besar cili kering kisar
1cawan air
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula pasir
1 keping nise kerek
Garam
1/4 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil tepung jagung/ubi
*jika suka pencicah lebih gelap warnanya, gantikan gula pasir dengan 1sudu besar gula merah.
Cara Membuat:
1.Campurkan semua dalam periuk kecuali tepung jagung. Bancuh sebati.
2.Buka api sederhana. Kacau sampai mendidih.
3.Masukkan bancuhan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai likat. Tutup api.
Rupa sos dan rasanya sebijik macam beli yang dijual dah. Boleh cuba jual juga. Selamat mencuba ye.
Mingguan Wanita: Boleh cuba buat sendiri sos pencicah ni dekat rumah. Sesuai cicah dengan keropok, keropok lekor, celup tepung, cucur udang dan macam-macam lagi lah.
Petang-petang ni, kalau mak-mak nak buat minum petang boleh cuba resipi tauhu berlauk yang sedap ini.Tauhunya yang lembut, makan panas-panas, dicicah pula dengan cili kicap, memang tak cukup satu!
Jika selalu adunan tauhu diletak dalam loyang besar sebelum dikukus, sebenarnya boleh gunakan acuan kuih lompang je. Lebih senang tak perlu nak potong-potong bila dah siap kukus, malah bentuknya pun lebih cantik.
Boleh cuba resipi tauhu berlauk yang dikongsikan oleh Puan Shaiela Ehin ini sebagai rujukan.
“Petang ni free sis try buat tauhu berlauk. Alhamdulillah menjadi. Sedap pun sedap.Dekat gambo sis sertakan resepinya sekali ye. Siape nak buat boleh ler try..nak letak daging atau udang pun boleh.Selamat Mencuba”
Bahan-Bahan:
2pek tauhu telur
2 keping tauhu putih (tauhu nak buat tahu sumbat tu ye) saya guna tauhu saiz besar, kalau kecik guna 3 keping.
2 biji telur
½sudu makan garam
½ sudu makan lada hitam & lada putih
lobak merah
daun sup
daun bawang
1 keping dada ayam
Cara Membuat:
1.Blender semua bahan-bahan di atas kecuali lobak merah, daun bawang & daun sup.Masa blender tu tak yah letak air ye, sebab bahan-bahan semua tu lembut.
2.Blender sampai hancur. Dah hancur masuk daun sup, daun bawang & lobak merah yang kita hiris.
3. Gaul rata dan lepas tu kukus. Letak dalam bekas yang sesuai.Isi dalam bekas dan kukus 15 minit. Saya letak dalam acuan kuih lompang je, senang.
4.Dah masak keluarkan dari acuan je. Tak payah nak potong-potong dekat acuan. Tak perlu sapu minyak ye, isi terus adunan tadi. Ni rupa dah siap kukus, dah dikeluarkan dari acuan tadi. Saiz sama je.
5.Ni rupa dah goreng. Nak goreng tu celop dulu dengan telur dan lepas tu goreng sampai perang. Tak nak celop telur pun tak pe tapi tak cantik ler rupe tahu berlauk kite.
Siap..saya makan dengan cili kicap.
Info Ekstra!
Sayur dengan ayam tu nak hiris halus-halus pun boleh. Yang penting tauhu telur,tauhu & telur ayam tu blend sampai hancur dan sebati. Lepas tu boleh letak bahan yang kita hiris tu..gaul & kukus.
Makan dengan cili kicap. Nak buat cili kicap tu senang je..blend cili api, bawang putih & kicap manis. Blend sampai hancur cili dan bawang tu..siap! boleh ler makan dengan tauhu berlauk kite tadi.
MW: Sedapnya! kena cuba resipi tahu berlauk dan cara yang dikongsikan ini. Makan panas-panas memang tak toleh kiri kanan.
Jika suka makan kacang kuda, pastikan direndam semalaman dahulu sebelum direbus.Namun jika selalu direbus biasa sahaja, boleh juga ditumis dengan cili dan daun kari. Rasanya lebih sedap.Bolehlah dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak dan keluarga ketika tengok tv nanti.
Kacang kuda (Rendam Semalaman)
Garam
Daun Kari
Butter / minyak
Bawang putih
Bawang Rose
Serbuk kunyit
Cili Kisar
Cara Membuat:
1.Kacang kuda rendam semalaman sebelum tidur.
2.Bangun pagi rebus letak secubit garam.
3.Letak butter atau minyak.
4.Tumis bawang putih dan bawang rose kecil (Kalau suka biji sawi boleh letak sikit , kak tak letak).
5. Masukkan Daun kari dan Cili kering diblend. Tumis sehingga naik bau.
6. Cili tu masak elok, letak garam gula dan perasa (jika suka).
7. (Kak letak kunyit serbuk sikit) tak letak pun tak pa.
8. Buh kacang kuda yang direbus. Kacau-kacau dan angkat. Sangat sedap. Cuba la.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kudap-kudapan untuk anak-anak dan keluarga kat rumah tu, boleh cuba resipi kacang kuda yang dikongsikan ini. Gerenti sedap dan tak muak.
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...