Kuih Puli Ubi Kayu Dan Tok Aji Serban Manisan Warisan Berzaman

Kuih muih dan manisan tradisional tetap mempunyai tarikan tersendiri. Walau sudah pelbagai kuih muih moden yang ada, namun yang lama tetap memikat jiwa.

Jom cuba dua kuih tradisi ini iaitu Puli Ubi Kayu dan Tok Aji Serban (Pulut Sekaya). Menikmati kuih muih tradisi akan membuatkan kita mengimbau kembali zaman kecil dahulu.

KUIH PULI UBI KAYU

Kuih Puli Ubi Kayu Dan Tok Aji Serban Manisan Warisan Berzaman

Bahan-Bahan:

300 gram ubi kayu –  kisar dan perah airnya

150 gram sagu –  rendam selama 5 minit

Sedikit pewarna hijau

Bahan Untuk Air Gula:

200 gram gula merah

IKLAN

200 gram gula pasir

150ml air

 Bahan Salut:

½ biji kelapa parut

Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan ubi kayu, pewarna hijau dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
  2. Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ubi kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
  3. Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
  4. Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.

TOK AJI SERBAN

Kuih Puli Ubi Kayu Dan Tok Aji Serban Manisan Warisan Berzaman

IKLAN

Bahan-Bahan A (Bahagian Bawah):

2 cawan beras pulut – bersihkan dan tos

250ml santan cair

Sedikit garam

Bahan Bahagian B (Atas):

3 biji telur

IKLAN

500ml santan pekat

150 gram gula merah

150 gram gula pasir

 Bahan Lain:

Air untuk mengukus

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat bahagian pulut; masukkan bahan A iaitu beras pulut, bersama sedikit santan cair, dan secubit garam. Lebihkan santan anggaran ½ inci daripada paras pulut. Tanak menggunakan api perlahan hingga masak. Angkat.
  2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan-tekan supaya padat. Ketepikan.
  3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
  4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong. Sedia dihidangkan.

https://www.mingguanwanita.my/rahsia-kuih-goyang-tak-melekat-acuan-rendam-semalaman-biarkan-acuan-panas/

https://www.facebook.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI