Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!

Kek coklat adalah di antara kek yang menjadi pujaan ramai lebih-lebih lagi anak-anak. Aduh, boleh terbayang akan rasanya yang sedap. Ada yang suka kek Coklat Moist?

Ha..ini kami nak kongsikan satu resipi bagaimana cara  membuat kek coklat moist, tanpa gunakan oven dan mixer. Wah! Sangat menarik dan mudah kan? Tunggu apa lagi, sila cuba!

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist

Bahan kek:

1 cawan / 12gram serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan / 225gram gula kastor
2 biji telur (saiz A/B)
1/3 cawan / 83ml susu full cream (atau susu cair/low fat/segar)
1/2 sudu teh garam halus
1/4 cawan / 59ml minyak masak
1 sudu teh Nescafe
1/3 cawan / 83ml air panas
1 sudu makan cuka makan/jus lemon

Kek Coklat Super Moist Ini Sangat Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!

Kek coklat adalah di antara kek yang menjadi pujaan ramai lebih-lebih lagi anak-anak. Aduh, boleh terbayang akan rasanya yang sedap. Ada yang suka kek Coklat Moist?

Ha..ini kami nak kongsikan satu resipi bagaimana cara  membuat kek coklat moist, tanpa gunakan oven dan mixer. Wah! Sangat menarik dan mudah kan? Tunggu apa lagi, sila cuba!

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist

Bahan kek:

1 cawan / 12 gram serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan / 225g ram gula kastor
2 biji telur (saiz A/B)
1/3 cawan / 83ml susu full cream (atau susu cair/low fat/segar)
1/2 sudu teh garam halus
1/4 cawan / 59ml minyak masak
1 sudu teh Nescafe
1/3 cawan / 83ml air panas
1 sudu makan cuka makan/jus lemon

Bahan Coklat Ganache:

1 cawan / 250ml susu full cream (atau susu cair/low fat/segar)
2 sudu makan gula kastor
5 sudu makan susu pekat manis
1/3 cawan / 33 gram serbuk koko
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan mentega/marjerin

Cara Memasak:

Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!Ayak satu cawan tepung gandum, 1/2 sudu teh baking powder, ½ sudu teh soda bikarbonat dan 1/2 cawan serbuk koko ke dalam mangkuk.

IKLAN

Masukkan satu cawan gula kastor dan ½ sudu teh garam halus. Kacau rata. Dalam masa yang sama, jangan lupa sediakan kukusan dan tuang air untuk kukus kek nanti.

Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!Masukkan ¼ cawan minyak masak, 1/3 cawan susu full krim dan dua biji telur – gaul sebati.

Bancuhkan satu sudu teh nescafe dengan 1/3 cawan ar panas. Masukkan dan gaul sebati.

Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!Masukkan satu sudu makan cuka atau jus lemon. Kacau sebati. Alas Loyang bersaiz 8 inci dengan baking paper atau sapukan sedikit mentega di bahagian dalamnya dan masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang.

Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!Bila air kukusan mendidih, masukkan Loyang dan ukus selama 40 – 50 mini atau sehingga kek masak. Nak tahu kek masak, boleh guna lidi dan cucuk di bahagian tengahnya. Kalau tak melekat, makna kek dah masak.

IKLAN

Dalam masa yang sama, boleh buat coklat ganache. Masukkan 1 cawan susu full cream, dua sudu makan gula kastor, lima sudu makan susu pekat manis, 1/2 cawan serbuk koko dan dua sudu makan tepung gandum ke dalam bekas.

Kacau semua bahan biar sebati. Tapiskan dan masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil, dan sentiasa kacau selama 3 minit. Selepas 3 minit, tutup api dan masukkan dua sudu makan mentega/marjerin, kacau sehingga mentega larut. Biarkan coklat ganache sejuk pada suhu bilik sebelum disapu di atas kek.

Resipi Kek Coklat Moist Ini Super Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!

  1. Setelah kek masak, keluarkan dan terbalikkan kek atas redai, buang baking paper dan biar kek sejuk di atas relai pada suhu bilik.
  2. Bila kek sejuk, bolehlah potong menjadi dua bahagian. Langkah ini adalah atas pilihan. Boleh skip jika tak nak buat ye. Kalau tak nak potong, boleh tuang terus coklat ganache di atasnya, siap.
  3. Jika nak potong, tuang dan sapu sedikit coklat ganache ke bahagian tengah kek yang dipotong. Lapiskan dengan satu bahagian lain dan tuang coklat ganache selebihnya di atas kek. Siap! Memang mantap!!

Ada lagi resipi kek di sini:

Resipi Kek Oren Sempoi, Nostalgia Dulu-Dulu. Sedap & Tak Muak Pun!

IKLAN

KEK MARBLE Bakar Atas Dapur, Guna Api Kecil Periuk Tak Hangit

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

TIP UNTUK ELAKKAN KEK COKLAT MEREKAH PADA BAHAGIAN PERMUKAAN:

  1. Jangan gunakan loyang yang kecil, loyang yang kecil akan menyebabkan kek mudah merekah.
  2. Masukkan satu sudu makan cuka makan/jus lemon untuk memastikan kek naik dengan sekata.
  3. Gunakan api yang sederhana dan sedikit kecil semasa mengukus menggunakan saiz loyang: 8 inci. Selamat mencuba!

INFO EKSTRA!

Tambahan satu sudu teh Nescafe ke dalam kek coklat akan mengharumkan dan meningkatkan lagi rasa coklat dalam kek. Jangan risau kek tidak akan rasa kopi pun dengan tambahan sedikit Nescafe ke dalam adunan.

Penggunaan jus lemon atau cuka makan adalah untuk memastikan kek naik dengan sekata dan cantik. Cuka atau jus lemon bersifat asid, bertindak balas dengan bahan-bahan bersifat alkali dalam kek untuk membebaskan gas karbon dioksida dan menjadikan kek naik cantik.

Sumber: Mai Siti https://www.facebook.com/profile.php?id=100047596081251

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI