
Sesekali tukar selera anak, buat cuba buat sarapan atau minum petang dengan Dorayaki menarik juga. Resipinya mudah sahaja dan gerenti jadi. Malah boleh tahan sehingga 3 hari jika di simpan di dalam bekas bertutup atau wrap dalam plastik.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Mimi Wahida ini sebagai panduan;
“Dorayaki lagi. Si bujang kecik request. Ummi buat syarat bila takda roti kat rumah baru ummi buat Dorayaki ni. 3 hari pun tahan tapi simpan dalam bekas bertutup atau wrap dalam plastik.
Senang je buat dia, confirm jadi. Ni resepinya;
Bahan-Bahan:
4 bji telur (grad A)
1 cawan gula
6 sudu susu pekat manis@madu
6 sudu minyak masak
10 sudu makan air
3 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Esen vanila@paste halzenut (lagi sedap)
Inti (peanut butter atau coklat).
Cara Membuat:
1.Mix je semua guna mixer .
2.Kemudian panaskan pan nonstik guna api paling kecik.
3.Ambil sesenduk adunan dan masukkan dalam pan tesebut.
4.Nak cantik kejadiannya, tutup pan dengan penutup ketika masak.
5.Bila atasnya dah masak, bolehla diangkat.
6.Jaga api ye. Kalau api besar nanti dia hangus dan tak cantik .
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Letak Majerin Dalam Adunan, LEMPENG KELAPA Elok Tak Melekat Di Kuali
Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
MW: Menariknya resipi Dorayaki ni, paling penting senang nak buat dan confirm jadi. Boleh cuba nanti.
Resepi roti puri tak menang tangan, laku keras dibuat niaga.
Sumber: Mimi Wahida
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cara Mudah Buat ‘Garlic Spread’ Lebih Sedap Guna Air Fryer!

Mudah je sebenarnya jika mak-mak nak buat sendiri garlic spread atau sapuan bawang putih ni di rumah.Iyalah bila buat sendiri sendiri secara homemade ia lebih wangi, jimat dan bebas bahan pengawet. Berbanding cara biasa, bila bakar bawang putih guna Air fryer, tak perlu kupas setiap ulas bawang putihnya, hanya tinggal picit lembut selepas dibakar nanti.
Bakar roti panas-panas, tak kiralah roti putih ke roti perancis ke, sapukan dengan garlic spread ni dan dicicah pula dengan sup cendawan yang berkrim. Memang sedap tak terhingga!
Beli Air Fryer Murah Pilihan ramai di Shopee : https://invol.co/cl5qmg6
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Afzan Abd Kadir ini.
Ada ternampak video omputeh buat garlic butter macam ni haritu so pagi tadi saya cuba.Sebelum ni guna raw garlic tumbuk kat lesung tapi macam tak berapa rajin, lagipun ada rasa pedas garlic tu kan.
Bahan-Bahan Diperlukan :
2 labu bawang putih
Minyak Zaitun
separuh atau 125gram butter
Garam
Mixed Herbs
Cara Membuat:
1. Bawang putih tu basuh dulu dan tuang sikit minyak di atasnya. Masuk dalam AF, saya guna suhu dalam 160 untuk ~15minit (hujung-hujung tu naikkan suhu sikit).
Ni dah siap bakar. Buang siap-siap mana-mana ulas yang buruk baru bakar ya. Untuk 2 labu ni saya guna kurang sikit dari separuh butter tu, ikut kesesuaian memasing.
2. Patutnya potong belah atas sikit dulu biar senang nak picit keluar nanti, saya ingat-ingat lupa so masa nak picit baru potong. Picitkan kuat-kuat dan dia akan keluar.
Potong sikit belah atas macam ni sebelum tuang minyak dan masuk AF.
3. Selepas tu gaul jelah dengan bahan-bahan lain, saya letak butter, olive oil, garam, mixed herbs. Dapatlah satu bekas kecik tu. Alhamdulillah.
Hasil dalam 2 labu bawang putih.Bekas sambal geprek kak iparku. Mujur bau garlic lagi kuat so bau sambal tenggelam.
Siap roti garlic bakar dihidang bersama homemade mushroom soup guna santan. Ya itu bukan bubur kacang.
Siap!
Info Ekstra!
- Boleh tahan lama dalam sebulan juga, masuk peti dalam sejuk.
- Boleh buat garlic bread atau sapu je kat toast bread, sedap.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat BAWANG PUTIH Goreng Rangup, Tak Pahit Elok Lerai Satu-Satu!
Antibiotik Semulajadi, Amalkan Masak Nasi Letak BAWANG PUTIH Cukup 2-3 Ulas Sehari
Ambil Perahan Lemon Dan Hirisan Bawang Putih Sebelum Tidur, Segala Toksin Dalam Badan Hilang
Cara Nak Buat Sendiri Garlic Spread Yang Sedap Guna 4 Bahan Je, Mudah Lagi Jimat!
Mingguan Wanita : Menarik juga cara buat garlic spread yang dikongsikan ini. Bakar bawang putih dalam air fryer je, jadi tak perlu nak kupas setiap ulas, malah lebih memudahkan.
Sumber : Afzan Abd Kadir
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT WANITA : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”

Biasanya nasi lebihan makan malam kita buang sahaja lebih-lebih lagi sekiranya sudah basi. Menurut Puan Ida Hamzah, nasi tersebut seeloknya di jemur hingga kering atau dijadikan sebahagian bahan baja kompos.
Manakala suaminya memberi cadangan apa yang boleh dibuat dengan lebihan nasi tersebut yang telah dikeringkan. Nasi yang telah dijemur kering boleh menjadi kudapan petang yang selalu dimakan sewaktu kecil dahulu.
Sekali pandang seperti bepang, mungkin lebih kurang tetapi cengkaruk ini ditambah gula melaka dan kelapa. Sudah tentu rasanya lebih sedap apabila dijadikan kudapan petang.
Puan Ida akan berkongsi resepi yang boleh dibuat dengan mudah oleh ibu-ibu terutama waktu PKP ini, anak-anak juga memang menggemari makanan ini. Jom kita lihat gambar cara-cara membuatnya.
BAHAN-BAHAN:
- Nasi lebihan lebih kurang 3 cawan
- Gula melaka setengah ketul atau 5 sudu gula perang
- Kelapa muda parut
- Secubit garam
Cara Membuat:
- Nasi dijemur sehingga kering. Jika sedikit nasi lebihan yang ada selepas kering boleh disimpan supaya dapat nasi kering sekurang-kuragnya secawan untuk satu hidangan’


*jika cuaca panas seharian dijemur nasi boleh kering.
- Nasi kering tersebut disangai (tanpa minyak) dengan api yang kecil hingga kekuningan atau coklat, jangan sampai hangit pula ya. Nasi kering mesti sentiasa dikacau rata.

.
*jika ada ketulan besar nasi kering sebelum digoreng elok di tumbuk agar terlerai supaya semasa digoreng rata garingnya.
3. Setelah siap digoreng, masukkan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Jika suka boleh juga sedikit kasar supaya semasa makan terasa nasi kering apabila dikunyah.
4. Sediakan bahan untuk campuran cengkaruk iaitu kelapa muda yang diparut.
*jika tiada kelapa muda, pastikan kelapa yang diparut bahagian putih sahaja supaya kejadiannya cantik. Setengah ketul gula melaka diracik nipis atau halus.
* Gula perang atau gula pasir juga boleh digunakan ik ut kemanisan yang disukai.
5. Gaulkan kelapa parut bersama gula melaka atau gula perang bersama gorengan nasi kering yang telah dikisar. Masuk secubit garam untuk rasa lemak.
Baca Di Sini:
Mudah, Sedap, Kacang Goreng Pedas Buat Kudapan Sambil Tonton TV, Anak-Anak Pasti Suka
3 Langkah Mudah Buat Popia Wonder Cheese Viral, Kudapan Krukk Krukk Paling Senang & Sedap!
Info Menarik:
- Cengkaruk sedap dihidang bersama kopi panas sebagai kudapan petang bersama family terutama musim hujan.
- Secara tidak langsung amalan pembaziran dapat dielakkan selain dari mengembalikan semula resepi berzaman yang kian dilupakan.
- Selain itu nasi kering ini boleh digoreng dengan minyak jadi kembang dan boleh dibuat makanan yang dipanggil rengginang apabila disira dengan gula dan masuk kedalam acuan. Jika suka yang pedas, boleh disira dengan sambal seperti buat kerepek ubi. Selamat mencuba resepi murah dan mudah ini!
MW: Tak baik membazir, oleh itu kalau ada lebihan nasi di dapur buatlah cengkaruk ini. Penyediaannya pun mudah. Lebih mudah jika anda menggunakan gajet dapur yang bersesuaian. Beli sahaja di sini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
ROTI CANAI Homemade Nipis, Tak Pandai Tebar Tarik-Tarik Je Atas Belakang Dulang!

Roti Canai Homemade Nipis, Tak Pandai Tebar Tarik-tarik Je Atas Belakang Dulang! Memang seronok bila dapat buat sendiri roti canai yang nipis dan garing sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya malah puas hati bila buat sendiri.
Buat mak-mak yang tak reti nak tebar doh roti canai tu, boleh cuba kaedah tebar tarik-tarik je adunan atas belakang dulang. Memang mudah, cara mak-mak kita dahulu.
Sedapnya roti canai cicah dengan kuah kari, asam pedas atau kuah dhal.
Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Rahmah Rosmin ini sebagai panduan;
Sarapan pagi ini Roti Canai Homemade. Tak pandai nak tebar kita tarik-tarik je atas belakang dulang macam mak-mak dulu buat. Yang penting jadi nipis, ada resepi disertakan.
Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cawan air -ni anggaran..tuang sedikit-sedikit sambil uli hingga menjadi doh.
Cara Membuat:
1. Satukan susu,telur,garam dan air, kacau sampai larut.
2. Masukkan tepung dan minyak dalam bekas. Kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut.
3. Buat bulat-bulat anggaran 75g-80g setiap bola.
4. Sapu setiap bola dengan marjerin dan letak dalam bekas.Tuang sedikit minyak masak.Perap adunan 6-7 jam @ semalaman. Bagi yang tak sabar macam sis perap 4 jam pun dah boleh tebar.
5. Tebar/ tarik-tarik atas belakang dulang, Goreng dan siap.
Resepi Puann Zaidah Ibrahim
Airtangan & foto rahmah rosmin.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Baca Lagi Di Sini:Resipi ‘Roti Kerca’ Stail Siti Nurhaliza, Menu Kesukaan Dalam Family!
Artikel Menarik:Roti Canai Tebar Guna Kaedah Dulang, Sebelum Itu Kena Rendam Tepung Dalam Minyak Masak Dulu
Mingguan Wanita: Boleh cuba buat roti canai yang dikongsikan ini. Puas hati malah terjamin kebersihannya.
Sumber: Rahmah Rosmin
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!