Jika selalu mak-mak buat bergedil biasa, cuba kapitkan dengan biskut keping pula dan celup dalam bancuhan telur. Rasanya memang lebih sedap dan rangup. Sesuai sangat buat untuk minum petang atau menu sarapan pagi untuk anak-anak. Makan satu pun dah kenyang.Paling penting resipi bergedil biskut ni sedap makan macam tu saja. Tak payah cicah dengan cili kicap atau sos cili.

Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nuraisyah Abdullah ini;

Bergedil biskut. Siapa pernah makan ni? Mak saya belajar dengan arwah kakak iparnya masa muda-muda dulu.Favourite kami dari kecik. Inti bergedil kentang kapitkan dengan biskut Hup Seng celup telur dan goreng.

Sedap makan macam tu je, tak payah cicah-cicah pun boleh. Siapa berminat cubalah. Insya Allah rasa tak menghampakan.

Bahan-Bahan:

6, 7 biji Kentang (Direbus dan dilenyek)
Garam, lada sulah, cukup rasa
Bawang besar potong dadu
2 ulas Bawang putih (dicincang halus)
Daun sup dan bawang hiris halus
sebiji Telur
Biskut hupseng secukupnya
Telur untuk celup bergedil sebelum goreng

Cara Membuat:

1. Caranya sama macam buat bergedil biasa tu, cuma dikapitkan dengan biskut hup seng celup telur dan goreng seperti biasa.

Resipi BERGEDIL BISKUT Sedap Makan Macam Tu Je, Tak Payah Cicah-Cicah

2. Boleh jugak guna resepi mana-mana bergedil.Cuma saya dah biasa buat dengan bergedil kentang je. Tak pernah lagi try dengan ayam atau daging.
3. Yang saya buat ni tak ada daun sup sebab tak ada stok kat rumah, kalau letak mesti lagi sedap.

Resipi BERGEDIL BISKUT Sedap Makan Macam Tu Je, Tak Payah Cicah-Cicah

Baca Lagi Di Sini:
Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!

Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!

MW: Jika mahukan kelainan boleh cuba buat bergedil biskut ni. Bahan-bahannya tak banyak, nak buat pun cukup mudah.

Sumber: Nuraisyah Abdullah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI