Bagi yang suka makan kudapan seperti Kuih Sira Gunting Pedas, ada caranya agar kuih ini rangup, tak lemau, tahan lama dan elok cantik berkilat. Cara membuatnya nya pulak cukup mudah barulah kuihnya tak lembik mahupun terlalu keras.

Boleh ikut resipi dan tip yang dikongsikan oleh Bunga Lara ini;

Baru siap kuih gunting sira pedas. Tunggu sejuk sat gi masuk botol.Ada yang nak resepi daq? Ke akak-akak memang dah pro buat kuih nie.

KUIH GUNTING SIRA PEDAS

Bahan-Bahan:

2 Cawan Penuh Tepung Gandum (Cawan Kopi)
3 Sudu Minyak Masak (Panaskan dulu)
Air sejuk peti ais Ikut bancuhan (saya tak sukat main agak-agak doh tak lekat kat tangan tu kira ok dah)
Garam dibancuh dengan 2 sudu air (Agak-agak la ye)

Cara Membuat:

1.Panaskan 3 sudu besar minyak, kemudian tuang dalam tepung tadi,ramas hingga jadi serbuk roti.

2.Curahkan air garam tadi & Air sejuk uli sehingga menjadi doh. Adunan jangan terlalu lembik agak-agak tak lekat dekat tangan tu kira ok dah.

3.Kemudian, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canaikan nipis-nipis sambil taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat.

4. Dah siap bolehlah digoreng dengan api sederhana besar.

IKLAN

*Tips Ekstra!

  • Canai nipis-nipis tau,kalau tak nanti kuih kita keras takut gigi boleh patah.
  • Jangan lupa tabur tepung setiap kali mencanai!

SAMBAL SIRA

Bahan-Bahan:

2 ulas Bawang putih (tumbuk halus)
Cili kisar (ikut pedas yang kita nak)
15 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
2 Sudu kecil Cuka makan
1 sudu besar madu (optional tak nak pun tak pe)

Cara Membuat:

  1. Tumis bawang putih bersama minyak dalam 1 Senduk kecil.

2. Masukkan cili kisar ikut tahap pedas yang kita nak, kacau sehingga agak masak.

3. Masukkan cuka,gula,garam,madu tadi. Kacau sehingga ia benar-benar masak & pekat likat.
4. Guna api yang sederhana sahaja.Rasa sambal tadi apa yg kurang boleh tambah.

IKLAN

5. Agak-agak sambal dah mula memekat, buangkan lebihan minyak sambal tadi,kemudian kacau seketika,padamkan api.

6. Ambil kuih gunting yang dah siap digoreng tadi sira bagi gaul rata.Tunggu sejuk baru masuk dalam botol.

Tips:

  • Gula memang kena lebih supaya kuih kita tidak lemau dan tahan lama.
  • Masa menumis minyak kena lebih barulah cili masak sempurna.
  • Minyak lebihan kena buang kalau tak nanti kuih jadi lembik.

Ini Caranya KUIH GUNTING SIRA PEDAS, Rangup Tak Lemau Tahan Lama!

IKLAN

Selamat mencuba semua

Baca Lagi Di Sini:
Penjual Kongsi Tip Popia Sira Sambal Kekal Rangup Cantik Berkilat!
Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Bomboloni’ Gebu & Sedap, Hasil Jualan Yang Dibuat Niaga!

MW: Jadi kalau nak cuba buat sendiri Kuih Sira Gunting Pedas ini boleh ikut resipi dan tips yang dikongsikan. Barulah, ia rangup, tak lemau, tahan lama dan elok cantik berkilat.

Sumber: Bunga Lara

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI