Setiap pagi buntu juga nak fikirkan menu sarapan yang sesuai untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi jika anak jenis ‘memilih’ nak makan apa. Jika tiada idea nak buat ‘wraps’ apa, boleh cuba idea ‘Breakfast Dip’ ini, iaitu buat wraps chips dan cicah pulak dengan telur hancur! Anak-anak mesti suka.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zatil Arip ini. Memang menarik.
Hari tu saya beli gardenia wraps walaupun masa tu tak ada idea nak masak apa lagi.Tapi anak-anak tak berapa minat makan wrap. Isi je dema kutip nanti.Saya dok pikir apalah nak dibuat dengan gardenia wrap ni?
Maka tercetuslah idea resepi sarapan mudah ni pagi tadi: Breakfast Dip
Bahan-Bahan: Telur Hancur (scramble eggs)
4 biji telur
Setengah cawan susu segar
Garam
Lada hitam
Tomato-dadu
Bawang-dadu
Daun ketumbar-hiris
Sehiris lemon
Cara Membuat:
Masukkan telur, susu segar, garam dan lada hitam dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Cairkan mentega dan masukkan adunan telur tadi. Guna api perlahan je sambil kacau-kacau.
3. Beginilah hasilnya. Soft & curdy scramble eggs
Ads
4.Kemudian masukkan dalam mangkuk dan perah dengan sedikit lemon.
5. Taburlah apa yang kita suka nak cicah sekali. Kalau masuk timun potong dadu pun sedap ni.
Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips:
Ads
1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.
2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.
3. Pindahkan dalam loyang/tray, tabur garam dan lada hitam jika suka.
Ads
4. Bakar suhu 180°C selama 7-8 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.
Siap chips utk dicicah dengan telur hancur dadih.
“Umi esok buat macam ni lagi tau!”
Haa..berjaya ler tu.
MW: Menarik resipi yang dikongsikan ni. Sesuai sangat disediakan untuk menu sarapan pagi anak. Kalau takde idea nak buat wraps apa, boleh cuba resipi breakfast dip yang dikongsikan ini. Mudah dan sedap!
Cucur Badak merupakan salah satu kuih tradisional melayu yang tak ramai boleh buat dengan sedap!. Kadangkala, kuih-kuih tradisonal begini memang mampu mengimbau memori dan mempunyai kenangan tersendiri. Lebih-lebih lagi jika ia dibuat oleh insan yang tersayang, seperti mak dan ayah kita.
Sungguh, air tangan mereka memang teristimewa, bila mereka telah tiada, ia tinggal kenangan dan tak dapat lagi dibeli dimana-mana. Hanya peninggalan resipi yang diperturunkan mampu mengubat rindu di dada.
Perkongsian resipi Cucur Badak oleh Zyanne Indulgence, merupakan kenangan beliau bersama arwah abahnya yang juga pakar dalam membuat kuih ini.Lebih istimewa, menurut beliau hasil jualan kuih muih inilah yang membesarkan mereka 4 beradik.
Berikut antara perkongsiannya;
Cucur Badak Abah, Kenangan Mengusik Jiwa
Projek minggu lepas.
Bila tengok cucur badak mesti teringat arwah abah. Arwah abah memang terer. Itulah kepakaran abah. Mak & abah membesarkan kami 4 beradik dengan menjual kuih. Kami 3 beradik dah ada bahagian masing-masing.Subuh-subuh sepi abang kena golek kuih bom/onde-onde pulut dengan lenga/bijan (sebelum abang dapat kerja di PJ). Aku pulak kena gentel inti tepung bungkus, layor daun pisang. Kadang-kadang kena kupas ubi keledek. Adik pulak memang kontrak buat badan karipap & tempa karipap.
Mula-mula mak start berniaga seronoklah nak tolong. Tapi lama kelamaan mulalah rasa bosan. Orang utara kata dah cemuih. Dok tengok muka kuih tiap-tiap hari. Tapi apakan daya kenalah teruskan jugak sebab dengan duit kuih tulah mak & abah membesarkn kami adik -beradik.
Ada le jugak sekali-sekala mulut yang x de insurans ni mengomel “kenapalah kena buat semua ni. Apsallah aku x dilahirkan kaya. Macam-macam rasa tak puas hati. Kawan-kawan senang je nak apa-apa mintak je kat mak bapak diorang. Tapi aku tiap-tiap hari menghadap kuih”.
Masa tu mana reti nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tapi bila tengok mak & abah bersusah-payah carik duit, tido tak menentu kesian pulak tengok. Maka dengan itu aku pun teruskanlah rutin tu tanpa perlu mempersoalkn why why why…. Kita sambung nanti kisah aku anak penjual kuih ni ye.
Jom kita sambung buat cucur badak.
Petua Rebus Ubi Keledek
Petua abah kalau nak rebus ubi keledek tu, air jangan banyak. Sukatannya setengah daripada level ubi tu. Nak sedap campurkan ubi oren & kuning/putih. Kacaulah dari semasa ke semasa supaya ubi yang atas turun ke bawah. Jangan lupa masukkan garam. Nanti tawar lah badan cucur badak kome. X de rasa.
Bila air dah kering, baru masukkan gula. Yang aku buat ni ubinya lebih kurang 5 kg aku masukkan dalam 6 senduk kecik. Apa lagi lecoklah ubi tu sampai hancur.
Dah hancur baru masukkan tepung gandum. Pastikan ubi yang direbus tu tak lembik. Kalau lembik tepung kena bubuh banyak dah jadi keras kejung cucur kome. Abah kata kalau ubi yang digaul dengan tepung dah tak lekat kat tangan maknanya doh cucur kome tu dah cantiklah.
Silalah tempa cucur kome tu. Sukatilah nak buat beso mana. Kalo rajin buat comey-comey. Kalau maleh nak cepat siap tempa jelah sebeso badak. Sebiji makan dah kenyang.
Bila dah siap takkan le kome nak ngap terus. Goreng le dulu. Tips abah minyak jangan terlalu panas.
Rupanya antara tip nak buat sotong goreng tepung yang rangup dan elok melekat, kena guna telur itik berbanding telur ayam.
Bukan apa, sebelum ni jika buat sotong goreng tepung mesti tepung salutannya tak melekat, lembik tak rangup, malah meletup-letup pula bila digoreng dalam kuali. Memang jimat berganda dan lebih puas hati bila buat sendiri berbanding beli.
Ikut tip buat Sotong Goreng Tepung yang dikongsikan oleh Yatiekitchenini.
Tak dapat pegi Pok Nong Ganu, kita Nong Nong sendiri kat rumah.
Sotong Goreng Tepung cicah dengan Sweet Sos Thai !
Mou resipi ka? Tepung ni kita bancuh sendiri
Resipi Sotong Goreng Tepung Versi Yatiekitchen
Tip :
1. Lap Sotong tu kering-kering dengan Tissues.
2. Pakai Telur Itik bukan Telor Ayam ( kalau Telor Ayam dia lama-lama jadi Soggy ).
3. Tepung Beras campur dengan Tepung Gandum
4. Letak Air Kapur Sikit
5. Pastikan minyak betul-betul panas supaya sotong yang goreng tu tak meletup-letup. Kalau minyak tak panas tu yang meletup-letup, sotong kalau berair sangat pon dia meletup-letup sebab tu lap kering-kering.
6. Nak bagi supaya bila goreng tepung melekat pada sotong, celup sotong pada telur itik, pastu celup pada tepung bancuhan dengan air pastu baru salut dengan tepung kering and deep fried .
Yang lain tu sama macam dalam video! Pandai-pandai la agak-agak, kita campak-campak je tak de sukatan.Tepung Beras kita beli yang India punya, best gila , rangup !
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat sotong celup tepung yang rangup elok melekat. Kena guna telur itik dan ikut tip yang dikongsikan ini, barulah tak meletup-letup dan sotong pun elok cantik kejadiannya.
Rupanya senang sangat nak buat resipi Scones guna 3 bahan je. Malah bila buat sendiri kos pun jimat tak sampai RM10 pun.
Scone ni antara menu klasik cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang di Eropah. Jika pernah ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scone ni. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu makan.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Mell Abdul Rahman ini sebagai rujukan.
SCONE 3 BAHAN. Tak payah pi Cameron Highlands dah.Orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih..Hebat tak sangga la makan scone oii.Kalau beli seketoi RM4. Buat sendiri bahan tak sampai RM10.
Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat-sangat senang dan mudah.Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan Strawberry Jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
OPTIONAL:
Boleh pakai sedikit esen vanila, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai).
Bahan-Bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (Jangan naik tinggi sangat nanti gayat)
1 cawan susu segar sesegar haruman kasturi
130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter
*Jangan tiru jenama tu ye mak..sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing Tesco nanti.
Cara Membuat:
1.TEKNIK BERDUA LEBIH BAIK.
Saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter. Gaul-gaulkan berdua tu biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utagha.
2.TEKNIK BILA BERDUA PASTI ADA YANG KETIGA
Bila dah berdua mesti kena tangkap basah.So kita basahkan dengan secawan susu segar. Gaul chill-chill je tak payah uli ye. Sebab depa ni tak bergaduh.
(Masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)
3.TEKNIK MERAPATKAN SILATURRAHIM
So kita dah sebatikan bersama penyek-penyek sikit supaya lebih akrab persahabatan. Tiber.
4.TEKNIK BERTENANG DAN BERMUHASABAH
Beri sedikit ruang kepada mereka untuk muhasabah diri masing-masing dalam 10 minit untuk mengenali hati budi.
5.TEKNIK SIAP SEDIA
Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya mereka tadi tidak melekat dan berebut kawasan. Kita ingin mencegah mereka dari berselisih faham ya.
(kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit)
6.TEKNIK MENYIAPKAN DIRI
Kita leperkan mereka (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat.Saya pakai acuan kecil konon-konon nak nampak comel.
7.TEKNIK PERHIMPUNAN SEKOLAH
Susun atas dulang pembakar macam beratur dalam perhimpunan di sekolah. Yang tinggi di depan, yang rendah di belakang. Yang lebar dok tengah-tengah. Cover gittew. Macam mak-mak la ambil gambar dok belakang anak.
8.TEKNIK BERDANDAN
Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu.Kacau sebati jangan sampai berbuih-buih cinta pulak. bukan nak buat teloq sarang burung.
9. TEKNIK MEMANJAKAN DIRI
Lulurkan dengan lemah gemalai permukaan scone dengan berus.Biar sekata seperti mak pakai face masker dengan baju kelawaq tu.
10. TEKNIK WEFIE
Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake. sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap).
11. TEKNIK SPA
Depend pada oven mak-mak ya. Kalau saya panas spa tu 250degrees dan 15minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa)
Agak panas tapi cepat masak.
12. TEKNIK SEJUKKAN BADAN
Kita bagi depa ni chill-chill sat dulu. Lepas spa katanya. Mulus gittewwhhh.
14. TEKNIK OOTD
Beginilah hasilnya.Sapu dengan strawberry jam boleh, dengan whipped cream boleh. Kalau nak letak tuna pun why not. Sebab ini scones versi plain.
Tapi next time saya tak nak buat kecil-kecil la. Nak buat besar sikit. Tak comel pun kecik-kecik tu. Memang dah sah #GEMOKisAWESOME
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat scone ni rupanya. Guna 3 bahan pun boleh jadi, kos pula tak sampai RM10. Sedap makan dengan whipped cream dan jem strawberi, tapi nak makan begitu saja pun boleh sangat.
Kieda Crepe akui terlampau ikut emosi, "sudah biasa terima kecaman. Tindakan menunjukkan wajah pelanggan yang mengeji makanan crepe dijualnya serta memulangkan semula wang pelanggan...