Sekarang ini, viral betul dengan buah-buahan kering yang dijadikan air rendaman. Macam-macam buah yang digunakan termasuklah lemon kering. Kalau yang biasa, kita guna hirisan lemon biasa sahaja.
Malah, bagi yang tdiak tahu, tertanya-tanya harga lemon kering yang dijual. Bukan saja buah itu, tapi ada pelbagai campuran mengikut situasi. Ada campuran untuk hilangkan stres. Bagi kelegaan dan tak kurang juga untuk kesegaran.
Boleh dikatakan setiap campuran buah-buah itu, turut diselitkan dengan lemon kering. Rupa-rupanya, cukup mudah pun untuk buat sendiri kat rumah. Mak-mak yang biasa beli lemon banyak-banyak boleh jadikan lemon kering.
Kena dengan cara, bila nak minum, rendam sahaja. Jimat pun jimat. Inilah perkongsian yang sangat senang dilakukan oleh Siti Norhafiza Abdul Razak dalam menyediakannya.
Cara Membuat:
1. Basuh lemon dgn air garam.
2. Potong lemon nipis-nipis. Susun atas redai.
3. Jemur lemon bawah matahari seharian.
4. Bila habis matahari, simpan lemon dalam peti ais.
5. Esoknya jemur lagi( ulang proses sehingga betul-betul kering)
6. Atau boleh masukkan ke dalam oven suhu 50-70 darjah 5-6 jam (sehingga betul-betul kering)
Ads
#driedlemon
#lemonkering
Banyak Khasiat
Sebenarnya, banyak khasiat yang boleh diperolehi. Antaranya:
Ads
a) Dengan meminum air ini, ia membantu sistem penghadaman Sebagai contoh, orang yang sudah berusia akan mempunyai kandungan asid perut yang lebih lemah daripada biasa. Minum air lemon mungkin dapat membantu tubuh untuk memecahkan makanan dengan lebih sempurna.
b) Amalan minum air lemon ketika berdiet dapat mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. Ini merupakan salah satu cara untuk menambah perisa pada air tanpa perlu ambil lebih banyak kalori.
Selain itu, amalan ini juga membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Oleh itu, anda akan kurang makan dan akhirnya anda akan mengalami penurunan berat badan.
MW: Ada banyak lagi khasiat minum air lemon ini. Nanti bolehlah cuba sendiri di rumah.
Ramai suka menu asam pedas. Banyak juga resipi dan cara yang dikongsi di media sosial. Apa kata kali ini kita buat resipi asam pedas ayam berempah.
Bagi kalian yang masih belajar buat asam pedas, bolehlah ikut perkongsian Rosni Musa ini kerana dia menyediakan satu persatu cara membuatnya. Lengkap dan senang nak masak!
Boleh Cuba Resipi Asam Pedas Ayam Berempah Perkongsian Rosni Musa.
“Siap dah asam pedas ayam berempah. Menu kegemaran anak-anak nih. Makan dengan nasi panas panas, ada sambal belacan + ulam. Tuang sikit kicap, walahhhhhh. Berkeroncong perut dibuatnya.
“Merah menyala plak tu asam pedas ibu hari nih. Tapi jangan bimbang tak pedas sangat pon sebab ibu campur cili kering yang tak pedas. Korang dah masak ke?
“Meh kita tengok resipi step by step.”
Resipi Asam Pedas Ayam Berempah
Bahan-Bahan
Ayam setengah ekor.
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Seketul kecil belacan*
1 sudu teh lada hitam*
1 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh kerisik
4-5 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit (tiada dalam gambar)
2 batang serai dititik
Air asam jawa secukupnya
Daun kesum
Daun limau purut
Bendi
Tomato (tiada dalam gambar) Nota:Bahan bertanda (*) dikisar halus
1-Panaskan minyak. Tumis seketika halba. Masukkan bahan yang telah dikisar dan juga serai. Tumis hingga naik bau.
2-Masukkan cili kisar. Ikut kepedasan yang dikehendaki. Tumis lagi. Untuk part ini kena tumis lama sehingga pecah minyak. Sampai bahan-bahan jadi pekat.
3-Bila bahan tumis dah pekat masukkan ayam. Kacau rata. Tuangkan air ikutlah nak banyak mana. Rasa nak kuah cair isi banyak. Nak kuah pekat isi air sikit jer.
4-Masukkan air asam jawa. Agak-agak jer tau jangan terlebih tuang, nanti ada yang termasam sangat. Perasakan dengan garam.
5-Diikuti maggie cukup rasa. Gula untuk seimbangkan rasa. Kacau rata dan ikut rasa masing-masing yer. Kerisik dilupa jangan. Kacau sebati. Renehkan sehingga ayam masak.
6-Bila ayam dah masak masukkan daun kesum & daun limau purut. Kacau sebentar.Last but not least masukkan bendi & tomato.
7-Kacau-kacau. Asam pedas ayam berempah is done! Lauk kegemaran anak-anak. Asam pedas seminggu mesti 2 kali masak
MW: Lengkap cara membuatnya satu-persatu. Selamat mencuba!
Memang ‘sakit mata’ bila lihat kuali berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Malah ada pelbagai tip dan petua untuk bersihkan bahagian belakang kuali ni.
Rupanya guna cuka dan baking powder pun boleh, tanggalkan kerak hitam pada belakang kuali ni. Hasilnya memang bersih dan berkilat. Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Sue Yusoff ini sebagai rujukan.
“Bukan nak share resepi masakan kee apa. Dengan bahan nih boleh dapat kuali berkilat.”
Yang tengah tu tak dan perabis dah nak tonyoh, anak melalak lapaiq dahh..
Dalam 15 minit jaa tonyoh.
Bahan-Bahan:
Cuka
Baking powder
Caranya:
Bancuh baking powder pekat sikit
Lumur dekat kuali, curah cuka biaq sat 5 min
Boleh laaa mula tonyoh.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba petua dan cara berkesan yang dikongsikan ini.
Ada pelbagai khasiat bawang putih ni tau, antaranya:
1. Selain berfungsi sebagai anti bakteria, ia juga membantu dalam sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
2. Bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
3. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.
4. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.
5. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia.
6. Bawang putih ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
Dapat SPM 8A tapi tak dapat tawaran masuk u, cikgu kongsi kesilapan pelajar drop subjek pakej.
Belajar bertahun-tahun untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Tapi...