Bila dah pakai lama rod langsir, lama-lama penyangkuk langsir boleh reput juga, tambah-tambah kalau anak main tarikk-tarik. Terus mak-mak mula fikir, inilah masa nak gantikan yang baru.
Tapi bagi mak-mak yang berkira-kira, sebab mungkin rod langsir itu masih baru, cuma penyangkuk langsir saja yang patah. Sayang pula nak tukar. Nanti buka saja rod yang tukar, dengan langsir-langsir baru dibelinya.
Jadi, bagi mak-mak nak jimat dan fikir tak perlulah ganti yang baru, hanya penyangkuk langsir saja yang rosak, apa kata cuba idea yang diberikan oleh Mushaszlina Sanip, mungkin boleh membantu.
“Masa cuti begini, bolehlah belek-belek langsir. Mungkin ada yang dah reput dan ini yang saya guna untuk baiki langsir. Idea daripada suami, dapatlah jimat duit untuk tukar langsir baru.
1. Sakit mata tengok langsir “tergantung” macam ini.
Ads
2. Lubang penyangkuk yang dah reput dan patah.
3. Tak bolehlah nak diselamatkan lagi.
4. Hanya perlukan dua barang sahaja. Gunting dan cable tie. Tangga jangan lupa.
Ads
5. Ikatkan cable tie pada “ring” itu untuk menggantikan lubang penyangkuk yang patah tadi.
6. Kemudian gantungkan langsir macam biasa. Dah siap. Tak perlu nak tukar langsir baru atau tukar rod langsir.
Ads
Moga bermanfaat.
MW: Nanti mak-mak bolehlah periksa langsir kat rumah, cuba buat macam ini. Memang menjadilah. Jimat duit.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bunga Kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Jimat banyak kalau ada tanam pokok bunga kantan sendiri ni di rumah. Sebab harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal juga harganya.
Pokok kantan atau biasanya lebih dikenali bunga kantan oleh masyarakat Malaysia dan bunga kecombrang dari Indonesia, yang sering digunakan dalam masakan juadah Malaysia seperti Assam laksa, Assam pedas, Kerabu dan sebagainya.
Bunganya yang cantik berwarna kemerah jambuan ini adalah satu satunya kategori bunga yang boleh dimakan selain dari bunga kobis kerana aroma dan rasanya sangat menyelerakan dan melengkapkan lagi resepi masakan. Harganya boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan.Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.Kalau banyak sangat anak pokok, kena buang sikit untuk pengudaraan.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.
Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap.
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
jumlah rumpun pokok(R) x jumlah kuntum (K) x harga semasa (RM) x jumlah tuaian sebulan (T)
contoh.
100R x 3K x 1RM x 7T = Rm2100
500R x 3k x 0.5RM x 7T = Rm5250
800R x 3k x 0.8RM x 7T = Rm13’440
Apapun, kita merancang tapi sebaik baiknya perancangan Allah Lebih baik. Untuk tempoh 4 tahun ini saya mengadaptasikan hidup ini kearah pertanian pokok kantan. Sememangnya satu tempoh yang lama untuk menunggu. Apa yang penting adalah APA YANG KITA MULAKAN. Pasti akan ada hasil untuk orang yang berusaha. Saya Saqdam Zaim Arffain. Peladang pokok kantan.
MW: Memang berbaloi tanam pokok bungan kantan ni di rumah. Selain guna untuk diri sendiri, boleh juga dijual dijadikan pendapatan sampingan. Ikut panduan yang dikongsikan ini.
Jus kunyit ini sememangnya kaya dengan khasiat. Tapi, macam mana nak pastikan kunyit yang diolah menjadi air rebusan itu kekal khasiatnya.
Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal berkongsi teknik sebenar menyediakan jus kunyit (tumeric) atau biasa mak-mak sebut air rebusan kunyit. Beliau juga memberikan panduan cara betul meminum jus kunyit. Dan apakah cara terbaik untuk anda minum jus kunyit ketika sedang mengambil ubat-ubatan moden.
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara
Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit.
1. Kajian ke atas 121 individu menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari kurangkan risiko serangan jantung sehingga 65%. 2. Kajian lain menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama 30 hari kepada 44 lelaki mengurangkan risiko kanser usus sehingga 40% 3. Kajian menunjukkan kunyit bertindak sebagai anti-radang yang kuat dan dapat membantu mengatasi arthritis. 4. Kajian TERKINI yang dilakukan Saintis pada tahun 2020 di University of Houston, USA mendapati kunyit boleh bantu MEMPERBAIKI penyakit buah pinggang pada kedua-dua model tikus nefritis akiut atau kronik (dengan menurunkan ‘proteinuria’, ‘blood urea nitrogen’, ‘glomerulonephritis’, ‘crescent formation’ ‘tubule-interstitial disease’ dan renal infiltration by lymphocytes.
1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis. 2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing. 3. Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda
Mohon jasa baik anda agar tidak iklankan produk kunyit anda di sini.
Kuali yang diguna setiap hari memang mudah berkerak hitam dan payah nak cuci. Walaupun guna macam-macam cara, sampai luka-luka tangan menyentalnya. Rupanya guna kapur makan boleh tanggalkan bontot kuali berkerak hitam ni dengan mudah.
Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan. Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang.Saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia
Hangpa cuma perlu kapoq makan.Kapoq yang makan dengan sirih tu, berus dawai dan pisau. Tak berapa bekilat lagi tu tengah sental suami panggil tadi. Nak mudah lagi, lama rebus lagi mudahh tanggal.
Kapur Makan
Kuali Besar
Pisau
1.Tudiaa dah pernah sental tapi putus asa.
2.Sapu punggung kuali dengan kapur.Ratakan kerak hitam tu.
3.Letak dalam kuali besar.
4.Didihkan sekejap je. Baru naik buih-buih ja saya tutup api kalau lagi lama lagi bagus.
5.Nampak ada lekang-lekang dah.
6.Tuu kepingan hitam yang tanggal.
7.Kikis kerak tebal masa kuali masih panas dengan pisau. Lembut je kerak tu.
MW: Wah mudahnya, tak payah susah payah nak sental kuali kerak berhitam, sapu kapur makan rebus je dalam air panas mendidih. Kerak jadi lembut, mudah dikikis berkilat macam kuali baru.
Suami imamkan sendiri jenazah Nadiah Kasumawati, urusan mandi dilakukan anak perempuan arwah. Tanda akhir kasih seorang suami buat isteri tercinta dengan menjadi imam kepada jenazah isterinya.