Buah belimbing buluh selalunya digunakan dalam masakan. Baik di buat sambal hitam, masak lemak cili padi, halwa, dicampur dalam sambal belacan dan sebagainya. Jika tiba musimnya pula boleh tahan banyak lebatnya berbuah di pokok. Sampai habis tak termakan dan tak tahu nak buat apa.

Mak-mak yang ada pokok belimbing buluh di rumah dan berbuah banyak, boleh cuba buat Air Belimbing Buluh pula. Rasanya masam manis dan bertambah sedap apabila dicampur dengan serbuk kulit limau kering.

Resipnya ada dikongsikan oleh Puan Noraziah Othman sebagai rujukan;

Resipi Air Belimbing Buluh

Bahan-Bahan Diperlukan:

Belimbing buluh
Kulit Limau kering
Gula/ stevia
Air Masak secukupnya
Ais
Pewarna Hijau

IKLAN

Cara Membuat:

1. Kisar belimbing buluh sampai halus. Kemudian tapis dan ambil air sahaja. Hampasnya dibuang.

2. Kisar kulit limau kering sampai halus.

IKLAN

3. Campurkan pula dengan air masak ikut citarasa masing-masing. Kalau nak rasa masam kurangkan air.
4. Campurkan dengan sedikit gula. Ikut kemanisan yang suka.Akak guna gula stevia.
5. Tambahkan kiub ais.
6. Masukkan sedikit pewarna hijau.

*Sukatan sebenarnya terpulang masing-masing nak buat banyak mana.

*Siapa yang ada pokok belimbing tu, jangan membazir buah belimbing. Boleh buat jus. Nak tahan lama masuk dalam frezzer.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Halwa Belimbing Masam Manis, Makan Begitu Saja Atau Masukkan Dalam Masakan

Resepi Sambal Hitam Yang Betul Betul Original, Sebenarnya Cuma Guna 4 Bahan Ini Saja

MW:Jika selalu belimbing buluh dibuat sambal hitam, dicampur dalam masak lemak cili padi atau dibuat halwa, rupanya boleh dibuat air juga. Pasti segar rasanya, masam-masam manis penyejuk tekak minum waktu panas-panas.

Sumber: Noraziah Othman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI