Limau kasturi bukan saja untuk penyedap makanan terutamanya kalau buat sambal belacan, mee kari dan sebagainya. Tapi, ia boleh digunakan untuk kesihatan dalaman.
Kadang-kadang, nak guna hanya sedikit tapi perlu beli dalam jumlah kuantiti yang diberikan. Nak tak nak, lebihan tu tak tahu nak guna bila. Untungnya kalau ada pokok limau kasturi mesti ada pelbagai idea untuk gunakan.
Mesti ada yang suka makan dan dicicah dengan asam boi. Memang berkelip-kelip mata menahan masam. Tak kurang juga yang mengatakan kulit limau kasturi ini ada rasa pahit bila dikunyah atau dijadikan jus. Betul kah?
Nur Amalyna Zubaidi turut berkongsi resipi jus limau kasturi yang di blend bersama kulit. Jangan ridau tak ada rasa pahit pun kalu kena caranya.
Wajib cuba buat air limau kasturi ini. Rasa segar otak minum air ini.
Ini bukan style perah asam limau tapi diblend terus dengan kulit. Awalnya, air limau kasturi akan jadi pahit sebab dikisar sekali bersama kulit. Tapi tidak. Rasa sedap lagi.
Cara nak buat pun senang sangat. Selamat mencuba!
1. Masam manis sejuk, memang rasa fresh sangat!
2. Ini buah yang baru dikait.
Ads
3. Tengok saja dah kecuir air liur.
4. Belah dua dan buang biji.
5. Masukkan dalam blender. Letakkan air dan gula siap-siap.
6. Bila dah hancur dan sebati, tapis. Boleh guna penapis apa pun.
7. Inilah hasil tapisan tadi.
Ads
8. Ini hasil air yang keluar selepas tapisan tadi.
9. Bila dah siap tapis, sedikan gelas dan air. Kalau ada asam boi lagi sedap.
10. Siap. Minum sejuk-sejuk memang sedap.
Mingguan Wanita : Boleh kecur air liur tengok jus air limau kasturi ini. Boleh buat dan rasa nanti.
Kuah kacang salah satu menu kegemaran ramai dan sedap dimakan dengan nasi impit atau ketupat.Nak buat kuah kacang yang sedap ada cara dan resipinya yang tersendiri.Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini, kuah kacang ini merupakan resipi daripada arwah emaknya.Malah menurut beliau, kesedapan kuah kacang ini juga diakui kawan-kawan, sehingga ada yang memujuk agar kuah kacang ini dijual!Punyalah hebat penangan kuah kacang ini.
Berikut merupakan perkongsian resipi beliau yang mak-mak boleh cuba sendiri nanti.
“Kawan kata kuah kacang saya sedap, siap pujuk saya jual kuah kacang, ni resepi kuah kacang saya.”
Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah (goreng dan kisar dengan air)
800 gm gula
2 setengah sudu garam
3 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
Segenggam asam jawa (bancuh pekat)
4 batang serai(diketuk)
Seinci lengkuas
Minyak masak
Air
Udang kering ditumbuk kasar(ikut selera)
Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tambah cili)
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, kacang tanah, serai, lengkuas, cili kisar, udang kering dan air asam jawa.Kemudian tambah sedikit air.
3.Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
4.Kecilkan api, renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tip Ekstra!
Kacang yang dah digoreng, dikisar dengan air. Ia bagi memudahkan sewaktu memasak kuah kacang dan hanya perlu tambah hanya sedikit air sahaja nanti.
Siap!
# saya izinkan sesiapa yang nak kongsi resepi ni. Tak perlu minta izin
# resepi arwah mak saya doakan untuk mak saya ye.
Menariknya bila boleh buat minuman yogurt sendiri. Berbanding yang dijual dipasaran pastinya mempunyai bahan pengawet, pewarna dan kandungan gula yang tinggi. Ia sangatlah membahayakan kesihatan. Menurut perkongsian Sumaiyah Abdullah kali ni mak-mak boleh buat minuman yogurt sendiri je. Jika ada tanam pokok buah mulberry dirumah, bolehlah cuba buat yogurt perisa ini.Rasa masam manisnya sempurna betul-betul rasa macam minuman yogurt yang ada dipasaran.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut;
“Dah viral minuman yogurt atau berkultur bahaya sebab kandungan gulanya tinggi, kita boleh bikin sendiri je kat rumah. Paling penting tanpa pengawet. Tak susah pun. Semudah abc, macam-macam buah kita boleh pilih. Kali ni saya nak kongsi yogurt mulberry.Betul-Betul rasa macam minuman yogurt. Masam manis tu sempurna.
Buah mulberry yang dah masak ranum. Yang ni dah manis. Korang nak pilih buah lain pun boleh, macam nenas, mangga, strawberi, epal, apa-apa je lah, asalkan buah itu tak terlalu masam.
Bahan-Bahan:
Natural yogurt
Gula organik
Buah Mulberry
Cara Membuat:
1.Lenyekkan mulberry dalam pan atau periuk.
2.Masukkan air dan panaskan sekejap. Jangan sampai menggelegak.
3.Tapis dan sejukkan.
4.Masukkan yogurt asli dan gula organik. Sukatan suka hati. Nak pekat, tambah lebih. Yang penting gula jangan lebih-lebih.
5.Shake atau blend je.
6.Jadilah minuman yogurt tanpa pewarna dan pengawet. Sejukkan dalam peti, anak balik sekolah terus minum.
Musim raya, daging antara rencah yang paling selalu digunakan dalam masakan.Macam-macam menu boleh dibuat dengan daging seperti rendang, kari, stew,daging bakar dan sebagainya. Namun begitu, jika salah cara cucian dan potongan daging tersebut, ia boleh menyebabkan daging kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk.Sekaligus boleh mempengaruhi rasa masakan.
Sebenarnya, ada cara mudah untuk mak-mak mencuci daging sekaligus mengilangkan bau hamis pada daging tersebut iaitu hanya dengan menggunakan tepung gandum.Ikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh Chef Khairul Hakimin Muhammad ini.
Bahan-Bahan:
Tepung Gandum
Asam Keping
Penapis
Besen
Cara Membuat:
1.Dah siap potong daging,letakkan dalam besen dan letakkan tepung gandum. Biasanya anggaran dalam 2kg daging bersamaan 1 senduk tepung.
2.Kemudian,masukkan air sampai penuh dan gaul-gaulkan ia. Kemudian, masukkan asam keping dalam 3-5 keping. Biarkan dalam 15-20 minit.
3.Sesudah itu, tuang semuanya dalam penapis. Bilas lagi dalam 2-3 kali.
4.Akhir sekali, dah siap bilas, toskan. Siap!
Info Ekstra!
1.Selain daging, cuci ayam pun boleh menggunakan cara ini, bagi mengelakkan bau hanyir dan mudah menghilangkan lendir-lendir yang melekat pada ayam.
2. Potong daging dengan cara berlawanan dengan urat. Bukannya potong ikut urat. Silap potong akan bawa padah, memang liat ya ampun.
3. Basuh daging dengan bersih. Eloknya guna tepung gandum, asam limau atau asam keping. Bilas dengan betul-betul bersih. Mana yang tak basuh dengan betul biasanya daging juga susah nak empuk.
4. Apabila memasak daging, elakkan letak bahan asam atau masin terlalu awal, ia akan melambatkan daging empuk. Jadi lewatkan masuk asam jawa dan garam.
5. Petua nak lembutkan daging dengan cepat, pertamanya guna periuk tekanan. Haha. Kedua, perap dengan nanas atau betik yang dikisar selama lebih kurang 30 minit. Atau ketiga, rebus sampai pengsan.
6. Enjoylah memasak. Kalau semua nak cepat, susah. Kalau benar nak masak terus empuk, eloklah kau rebus banyak-banyak, kemudian kau frozenkan. Apabila dah nak masak, baru kau keluarkan.
Begitulah. Aku tak ada petua nak letak sudu, sudip, semua. Kami geng orang kampung dan enjoy selalu lama-lama di dapur. Yang penting makanan kami masak dengan baik, sedap dan disukai ramai.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...