Jangan tak tahu, labu yang selalu mak-mak guna untuk masak lauk tu sedap, lemak manis bila dijadikan kerepek. Sebagaimana yang dikongsikan Nomie Harun penyediaan kerepek labu ini agak istimewa, sebab tak gunakan garam.
Ada cara betulnya macam mana nak bagi rasa kerepek labu tu lemak manis dan rangup. Kata Nomie lagi, “Saja hari ni saya buat kerepek labu. Sedap rupanya. Lemak-lemak manis rasanya walau tak buh garam.”
Bahan-bahan
Labu Minyak masak
Cara Buat Kerepek Labu Lemak Manis
Ads
Potong labu ikut ira lekok labu. Buang biji. Kupas kulit – agak-agak kulit tu jangan tebal, biar masih ada kaler hijau kat labu tu. Guna penyagat dan sagat nipis-nipis. Siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh gitu je.
Lapik tisu dapur kat atas talam. Pastu letak labu yang ditos tadi tu dalam talam dan jemur. Jemur agak-agak kering. Setengah jam ke sejam gitu. Bergantung cuaca.
Sebab jemur nak bagi kerepek ni rangup.
Ads
Siap jemur, goreng dengan api yang sederhana. Agak kekuningan boleh angkat dan sejukkan. Dah sejuk boh dalam balang… Siap.
Untuk pengetahuan, buah labu kuning ini kaya dengan antioksidan. Kerana ianya tinggi dengan karotenoid iaitu antioksidan seperti alfa-karotena, beta-karotena, lutein dan zeaxantin.
Ia juga bagus untuk kesihatan mata, samalah macam lobak merah. Vitamin A yang ada dalam labu juga berguna untuk mencegah rabun malam.
Kek cawan (cupcakes) memang antara kegemaran anak-anak kita. Tiap kali buat, mesti anak-anak berulang memakannya. Tentu sebagai mak, rasa seronok tengok anak kita suka makan apa yang kita buat. Tapi, kadangkala nak buat malas juga bila memikirkan bahan-bahan yang diperlukan.
Jangan bimbang! Kali ini, tentu mak-mak teruja nak mencuba resipi kek cawan yang hanya guna dua bahan saja. Biar betul! Dua bahan je? Wow!
Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Nadia ini.
Tepung bungkus merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan rasanya lemak manis.Kuih Tepung Bungkus juga dikenali sebagai Kuih Puteri Dua Sebilik. Ia merupakan kuih tradisional kegemaran ramai dan juga merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu.
Nak membuatnya tak susah mana, mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norfazleen Azliana sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
3 cawan santan pekat
sedikit garam
2 cawan tepung beras
Daun Pisang
(Inti)
Gula kerek (Gula Melaka) sekeping
2 cawan air
gula merah atas kita (warnakan inti)
3 sudu besar gula
1 biji kelapa Parut
Daun pandan
2 sudu tepung pulut
Cara Membuat:
(Inti)
Masak air gula, masukkan daun pandan, kelapa kacau sebati.Masukkan tepung dan tunggu sampai kering.
1.Kacau santan pekat dan garam sebati tanpa api.
2.Masukkan pula tepung beras dan kacau sampai sebati/larut, baru buka api.
3.Kacau dengan api sederhana sampai jadi begini.
4.Saya buat macam ni, buat lubang untuk letak inti.
5.Dah siap bungkus.Sedia untuk dikukus selama 20 minit.
Siap! Selamat mencuba!
Mak-mak boleh cuba buat tepung bungkus ni untuk minum petang. Buat sendiri lebih jimat, puas hati dan berbaloi.
Bila fikir nak masak menu apa untuk keesokan pagi, ibu-ibu mesti jadi pening. Sebenarnya senang saja janji kita kreatif dan pandai berjimat.
Lebihan Sambal Bilis Nasi Lemak yang dibuat sehari sebelum boleh disimpan di dalam peti dan kemudian dijadikan menu yang mudah dan sedap iaitu Pau Goreng Inti Sambal Bilis.
Sarapan ringkas namun enak.
Pau Goreng Inti Sambal Bilis Boleh Disejukbeku
Selain mudah, memang gerenti sedap. Jangan risau jika kuih yang dibuat banyak berlebihan sebabnya pau ini juga boleh disejukbeku. Jadi goreng saja mana yang hendak dibuat selebihnya simpanlah dalam peti sejuk ya.
Apatah lagi hari ini ramai ibu-ibu yang sudah keluar bekerja, jadi bolehlah kuih ini disejukbeku bila-bila rasa nak makan, keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Mudah kan!
Bantu Jana Pendapatan
Selain itu, jika ibu-ibu dirumah yang nak menolong suami menjana pendapatan boleh juga jadikan kuih ini sebagai bisnes. Kuih Frozen Pau Goreng Inti Sambal Bilis Ini tidak memerlukan modal yang besar. Semua barang masakan mesti ada di dapur anda!
“Tak Dapat Nasi Lemak Tak Apa, Asalkan Dapat Pau Goreng Inti Sambal Bilis”
Resipi Pau Goreng Inti Sambal Bilis yang dikongsi oleh Mama Shida kali ini cukup istimewa.. Mama Shida menerangkan sememangnya kuih ini menjadi kesukaan turun terumun sejak dia kecil lagi.
“Bila ada sikit kelapangan teringin pulak nak kongsi Pau Goreng Inti Sambal Bilis. Pau ni zaman sis sekolah, ia memang kuih paling laris dan popular di kantin. Lambat beratur kempunanlah jawabnya. Nasib sis dah kawtim dengan akak kantin, simpankan tiga biji setiap hari. Tak dapat nasi lemak pun takpa asal dapat pau goreng ni.
“Bila dah ada anak-anak sis cubalah buat pau macam akak kantin tu punya, sekali dua tak berapa menjadi tapi bila dah kerap buat, ubah sana sini, akhirnya menjadi dan anak-anak suka. Biasanya, alang-alang buat tu sis akan buat lebih dan diforzenkan, bila teringin terus goreng je.
“Kalau korang nak tau, rasanya lebih kurang je dengan Burger Malaysia, bezanya bau ini inti di dalam dan lebih mudah dimakan berbanding Burger Malaysia tu dibelah tengah, dimasukkan sambal dan hirisan timun.
“Rasanya kalau korang nak buat kuih frozen atau jual, sis yakin ia mesti laku. Nak cuba ini resipinya, sis share:
PAU GORENG INTI SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN: 1 paket yis kering 1 sudu pekat susu pekat manis 1 sudu makan gula 1 cawan air suam
BAHAN KERING: 4 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh garam 1/2 cawan minyak atau marjerin
BAHAN INTI SAMBAL BILIS: 1 cawan ikan bilis yang siap kopek | cuci bersih dan kisar kasar 1 biji bawang holland | potong dadu 2 ulas bawang putih | cincang halus 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam jawa 1 kiub pati ikan bilis Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis dan menggoreng pau.
CARA MEMASAK:
Campurkan yis, susu pekat manis, gula dan air suam dalam mangkuk adunan.
Kacau dan biarkan yis kembang lebih kurang 15 minit.
Sementara itu, semua bahan kering kekcuali minyak disatukan diayak dalam belas.
Masukkan minyak atau marjerin adun hingga menjadi seperti serbuk roti.
Setelah campuran yis kembang, masukkan ke dalam adunan bahan kering.
Uli sebati lebih kurang 7-10 minit atau hingga doh tidak melekat di tangan lagi.
Tutup dan biarkan mengembang lebih kurang 45 minit.
Sementara itu bolehlah buat inti sambal bilis.
Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga layu, kemudian masukkan bawang putih.
Apabila wangi, masukkan pes cili, kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan ikan bilis dan air asam jawa. Tambah sedikit, dan biarkan ia mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tumis hingga sambal bilis garing dan timbul minyak.
Angkat dan tapis minyaknya, Ketepikan dan sejukkan.
Doh pau yang sudah siap dibulat-bulatkan sebesar bola pingpong,
Leperkan kemudian masukkan inti dan bulatkan hingga menjadi kuih bom. Buat sampai habis.
Rehatkan lebih kurang 10 minit dan goreng atas api kecil hingga pau berwarna keperangan.
Pau sedia dihidangkan.
PETUA MAMA SHIDA:
Sambal boleh buat awal, selain sambal bilis, korang boleh juga guna sambal sardin, kentang atau rendang, terpulang pada cita rasa.
Sumber/Foto: Facebook @Shida Yasin dan Blog Dapur Shida
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...