Kalau selalu kita masak umbut batang pisang, tak sangka rupanya batang pisang juga boleh dimakan. Dijadikan ‘jajan’ atau kudapan seperti kerepek yang rangup. Rasanya pula boleh tahan, sedap sangat.

Nak tahu macam mana rasanya, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Deanna Chee ini sebagai rujukan;

“Saya nak share dekat awak semua sejenis jajan rare iaitu Batang Pisang Rangup yang sedap yakmat!

Rugi tak cuba.

Bahan, cara masak dan tip boleh tengok di gambar, okeh.

Bahan-Bahan:

Batang Pisang
Tepung Bistari
3 Sudu Makan Tepung Beras
Serbuk Cili

Cara Membuat:

1. Pergi potong kulit batang pisang. Ambil yang bahagian macam ini saja.

2. Buang kulit luar tu. Yang luar tu kelat dan pahit.

3. Kita perlukan yang bahagian yang tengah ni saja, okeh.

IKLAN

4. Bersihkan dalam air macam ini. Bilas bersih. Jangan letak sabun pula, kan. Naya karangggg.

5. Saya gunakan tepung Bestari. Tak ada sukatan , ikut suka kita pakai banyak mana.

6. Sedikit tepung beras anggaran 3 sudu makan.

7. Campurkan kedua-dua tepung.Saya masukkan dalam bekas macam ini.

8. Bubuh serbuk lada. Saya tak boleh kalau tak ada rasa pedas. Lepas itu saya goncang bagi sebati semua tepung tu.

IKLAN

9. Saya masukkan semua hirisan batang pisang tu ke dalam bekas ini dan goncangkan. Inilah yang baiknya buat dalam bekas. Senang nak ‘a go go’ goncang.

10. Haaa. Ini dah tepung menyaluti hirisan batang pisang. Bijak ‘kan saya?

11.Goreng dengan api sederhana panas. Deep fry.

12.Tadaaaa.

IKLAN

Dah siap. Awak boleh taburkan chili flakes dan serbuk cheese untuk lebih berinovasi.

Tip:

1. Pakai kulit batang pisang lapisan kedua.

2. Batang pisang apa pun boleh.

3. Deep fry dan jangan gunakan api kuat.

4. Goreng garing.

Baca Lagi DiSini:
Kerepek Labu Rangup Lemak Manis, Kena Jemur Sekejap Baru Goreng!

Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!

MW: Tak sangka batang pisang pun boleh dimakan dan dijadikan ‘jajan’ yang rangup. Boleh cuba nanti di rumah.

Sumber: Deanna Chee