Raya Tanpa Arwah Ayah, Nabil Rindu Momen Bersama “Ibu Lebih Sedih”. Setiap tahun hari raya disambut bersama keluarga tercinta. Tahun ini amat berbeza buat Nabil sekeluarga beraya tanpa ayah di sisi.

“Aidilfitri yang berbeza” itulah antara yang diluahkan oleh pengacara, pelawak dan pelakon Nabil Ahmad ketika ditemubual tentang sambutan Aidilfitrinya pertama kali tanpa bapa tercinta, Ahmad Ismail yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.

Raya Tanpa Arwah Ayah

Walaupun masih merasai kehilangan insan tersayang namun Nabil menyatakan dia meraikan Aidilfitri bersama ibu, isteri dan anak-anak yang sentiasa memberikan kegembiraan buatnya.

“Setiap tahun kami adik-beradik akan beraya bersama dengan ibu dan ayah.

“Jadi bila pertama kali beraya tanpa ayah, tentulah sedih dan rindu dengan momen ketika arwah masih ada.

“Namun kami masih boleh bertahan dan mengawal perasaan itu, tetapi sebaliknya dengan ibu yang mungkin lebih sedih sebagai isteri yang telah lama hidup bersama arwah.

“Bagaimanapun, insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja selepas ini. Ibu ada anak-anak dan cucu yang ramai di sisi” kongsi Nabil.

 

IKLAN

Arwah Ayah Penyayang & Rajin Melayan Cucu

Mengimbas kembali kenangan bersama arwah bapanya, Nabil menerangkan arwah ayahnya seorang yang cukup penyayang dan suka melayan karenah cucu terutamanya ketika pulang beraya.

“Banyak sangat kenangan dengan arwah dan sukar untuk disebut satu-satu. Apa yang pasti arwah ayah seorang yang cukup penyayang dan suka melayan cucu-cucunya.

“Mungkin sebab anak-anak semua sudah besar, jadi perhatiannya beralih kepada cucu,” luah Nabil yang turut memberitahu kini menumpang kasih dengan bapa mertuanya.

Raya Tanpa Arwah Ayah, Nabil Rindu Momen Bersama “Ibu Lebih Sedih”
Nabil dan adik beradik membahagiakan ibu tersayang.

Rancang Jadual

Kali ini Nabil turut menjelaskan sambutan hari raya sedikit berbeza dek kerana dirinya tidak dapat bercuti raya lama berikutan terikat dengan tugasannya sebagai penyampai radio untuk slot 3 Pagi Era bersama Radin dan Azad Jazmin sejak Julai tahun lalu.

“Sebelum ini boleh cuti raya lama, tetapi sejak jadi penyampai radio di slot pagi, kena rancang dan atur jadual betul-betul.

IKLAN

“Balik kerja, kena tidur dulu sekejap dan selepas itu barulah boleh bawa isteri dan anak-anak pergi beraya.

“Apa-apa pun, alhamdulillah sejak anak-anak dah besar semua urusan jadi lebih mudah sedikit berbanding sebelum ini,” ungkapnya sewaktu ditemubual di Hotel Meridien, PJ.

Raya Tanpa Arwah Ayah, Nabil Rindu Momen Bersama “Ibu Lebih Sedih”

IKLAN

Baca Disini : “Pernah Diganggu Penyondol Tapi Tak Layan…” Nabil Bersyukur Isteri Banyak Bersabar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Mingguan Wanita: Apapun seronok tengok gelagat Nabil, isteri dan anak-anak yang ceria berhari raya.

Sumber: Instagram Nabil Zira

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI