Rasa bersalah perlu ada bila buat salah, tapi terlalu menyalahkan diri sendiri adalah masalah jika tidak dikawal dengan betul.
Sikap terlalu menyalahkan diri sendiri tentu saja akan melemahkan keyakinan diri sendiri dan juga menjadi bebanan dalam fikiran jika dibiarkan lama-lama.
Kongsi Dr Saidatul Husna, tidak dinafikan memang penting untuk bertanggungjawab bila kita buat salah.
Rasa Bersalah Perlu ADA Bila Buat Salah
Rasa bersalah perlu ada jika ada buat salah. Namun terlalu menyalahkan diri adalah satu masalah.
Pernah tak berhadapan dengan isu di bawah ni, kita jadi mudah serius :
– Bila ada yang sindir, kita terus terasa hati seolah ayat tu terus tuju ke kita.
– Ada pula orang pesan dekat kita minta maaf itu biar berpada pada.
– Bila ada benda tak kena, kita rasa kita yang paling bersalah.
– Malah, bila kumpulan sendiri kalah, kita rasa kita punca penyebab.
– Bila ada benda buruk, kita akan flashback semua benda.
Ads
– Lepas itu fikir balik kan bagusnya kalau peristiwa lepas tu tak pernah berlaku.
– Bila orang sekeliling berdukalara, kita rasa kita bertanggungjawab terhadap perasaan mereka.
Pernah kan jadi begini? Ini petanda anda berada dalam zon self blame (kitaran salahkan diri sendiri).
TAPI Terlalu Menyalahkan Diri Sendiri
Berusaha tangani isu yang tak dapat diselesaikan akan membazirkan masa kita.
Seolah kita meletakkan usaha kita ke tempat yang salah.
Seorang wanita yang self blaming akibat didera orang akan menggunakan tenaganya menjadi orang yang lebih tunduk dengan harapan dia dapat menamatkan penderaan itu.
Bila usahanya gagal, kitaran self blaming ini akan berterusan dan akhirnya dia yang burnt out.
Atau seorang wanita yang self blaming kerana rasa gagal menjadi ibu yang baik akhirnya membazirkan tenaga secara lisan dengan asyik marahkan diri sendiri.
Akibatnya, dia yang penat dalam mengurus anak-anak. Menyalahkan diri sendiri menghalang kita upgrade keadaan yang baik.
Ia membuatkan kita asyik fokus betulkan diri, walaupun tiada apa-apa pun yang perlu di baiki.
Budaya ini tidak sihat. Namun sekurangnya kita ada kesedaran yang self blaming ni tidak membawa kita ke mana pun kawan.
Ads
Ubah kitaran self blaming.
Insyallah dapat ubah kitaran overthinking.
– Saidatul Husna-
P/s : Jemput ke channel telegram saya untuk belajar lebih banyak ilmu berkaitan sayang diri. Join sini t.me/ContentSaidatulHusna
Mingguan Wanita : Apa pun sikap manusia, bersederhana dalam setiap perbuatan kita. Jangan terlalu negatif dan sedarlah kita manusia sememangnya tak sempurna.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Azmi Saat dikurniakan baby girl, penantian 10 tahun menanti anak berakhir gembira. Dua tahun lalu, penyanyi Caliph Buskers ini pernah diuji dengan kehilangan anak sulung mereka yang hanya sempat bertahan tiga hari selepas dilahirkan.
Anak syurganya, Khairul Afnan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak. Namun semalam, Allah menghadirkan malaikat kecil pengganti arwah iaitu Khalisa Insyirah menamatkan penantian 10 tahun pasangan ini suara si kecil.
Azmi Saat Dikurniakan Baby Girl
Dalam perkongsian di fbnya, Azmi Saat memaklumkan, semalam isterinya, Nazira Mohammad selamat melahirkan bayi perempuan jam 3.28. Diberi nama Khalisa Insyrah Khairul Azmi.
Alhamdulillah. Pukul 3:28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami. Baby dan Ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.
Penyanyi ini turut berkongsi yang baby kecilnya, sihat dan turut mendoakan si anak menjadi anak yang solehah.
Penantian 10 Tahun Menanti Anak Berakhir Gembira
“Baby gebu. Beratnya 3.62 KG. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah,” tulisnya.
Bahkan dirinya turut berterima kasih pada peminat yang tidak putus mendoakan mereka.
“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami.
DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelbagai usaha dilakukan baik oleh kerajaan mahupun pihak berwajib untuk menggalakkan rakyat memakai pelitup muka dan mematuhi SOP demi mengekang penularan covid-19. Termasuklah memberi peringatan dengan cara yang cukup kreatif namun berkesan.
Kebiasaannya ‘hand phone’ merupakan barangan peribadi dan hak privasi yang jarang sekali dikongsi. Ada pasangan suami isteri yang cukup berahsia untuk berkongsi hal berkaitan handphone ni.Sebab ada macam-macam rahsia yang tersembunyi.
Mungkin atas sebab ini, penduduk Jati Melati di Bekasi, Indonesia memasang sepanduk amaran unik lagi ‘istimewa’ bagi mengingatkan warganya untuk berhati-hati dengan penularan Covid-19, lapor Suara.com, semalam.
Amaran Unik
Sepanduk yang dipasang di tengah-tengah bandar itu menulis amaran berbunyi ‘Jika anda positif Covid-19 dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), ingat bahawa telefon bimbit anda akan dipegang oleh isteri selama 14 hari’.
Ketua Tetangga Jati Melati, Wiratna berkata amaran unik itu bertujuan agar penduduk tempatan tidak leka memakai pelitup muka dalam usaha mengekang penularan wabak maut itu.
“Ini antara usaha kami untuk menekankan kepentingan memakai pelitup muka dalam kalangan penduduk di sini.
“Jika dipesan biasa-biasa, mereka tidak mahu dengar. Bila ditulis ‘ugutan’ begini, baru mereka berfikir panjang,” ujarnya.
Tambah Wiratna, sepanduk itu berjaya menarik perhatian penduduk dan menjadi tular di media sosial.
“Amarannya kelihatan lucu tapi maksudnya mengena. Maklum sahajalah, telefon bimbit biasanya mengandungi banyak rahsia peribadi,” ujarnya.
Mingguan Wanita : Macam-macam hal. Namun amaran ni, semoga dapat menggalakkan penduduk mematuhi SOP demi mengekang penularan wabak covid-19 dengan memakai pelitup muka.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )\
Memeluk agama Islam adalah satu nikmat yang terhingga. Bukan sekadar dengan lafaz sahaja tetapi kita perlu jalani hidup sebagai muslim yang istiqamah dan belajar menjadi hamba yang kekal beriman. Itulah cabaran yang dilalui oleh Tham Mei Shan atau nama Islamnya Ilannur Afia Tham Mei Shan, 30 tahun selepas memeluk agama Islam lapan tahun yang lalu.
Tertarik Dengan Pergerakan Solat
Wanita yang berketurunan Baba Nyonya ini mengkagumi satu sikap budaya Melayu Islam iaitu mereka ini banyak beradab dan layanan seperti keluarga dan saudara sendiri. Kadang-kadang, semasa duduk bersama dengan kawan-kawan, dia selalu bertanya tentang Islam
“Pernah saya tanya soalan berkaitan pahala. Bagi saya darah berbangsa Cina ini fikirannya nak “untung” je. Saya tak tahu kenapa saya terikat dengan perkataan “pahala” itu macam dapat ganjaran besar pula, padahal tak nampak apa pun,” kata anak sulung daripada tiga orang adik beradik.
Semasa menuntut di UUM, Ilannur menerima private message bertanyakan tentang dirinya seorang Muslim atau tidak? Dari situlah, dia banyak berkongsi dengan pelajar senior ini tentang Islam.
“Kak Mira inilah yang banyak mengajar saya tentang Islam, menunjuk buku agama di Pusat Islam UUM dan menghadiahkan buku tafsir Quran pada saya. Pernah dia beritahu, dengan berzikir sambil berjalan pun dapat banyak pahala, sekecil-kecil perkara kebaikan kita lakukan pun dikira pahala. Saya tertarik lagi berkenaan ‘pahala’,” kata Ilannur yang menguatkan lagi untuk dia dalami Islam.
Hilang Rasa‘Bebanan’
Akhirnya, tanggal 11 Mac 2012, Ilannur mengucapkan syahadah di Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah dalam usia 22 tahun. Saat itu, terasa apa yang terbeban di kepala, di fikiran dan di hatinya terus hilang.
“Sebelum lafaz, perasaan takut dan segala bagai bermain di fikiran terutamanya penerimaan keluarga. Namun, selepas syahadah, semua perasaan itu terus hilang perasaan itu,” katanya yang menyambut syahadah tanpa ragu-ragu dan paksaan.
Pada masa yang sama, Ilannur merasakan terlalu banyak yang perlu dia pelajari dan masih berusaha untuk menimba ilmu.
“Saya lebih kepada kunjungan kelas mengaji Quran, ke kelas ilmiah dan kuliah, ceramah agama, bacaan dari buku-buku dan jika ada masa saya pergi melibatkan diri aktiviti NGO. Kawan-kawan juga banyak membantu dalam proses pembelajaran ini,” katanya lagi.
Bersama dengan kawan-kawan usrah.
Bertudung Balik Kampung
Sebaik memeluk Islam, Ilannur kuatkan diri untuk menghubungi ibunya dan memberitahu hal sebenar. Ibunya tidak cepat melantang atau marah, sebaliknya banyak mendiamkan diri. Cuma ibu Ilannur tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kepada ayahnya yang sukar untuk terima kenyataan.
“Semasa cuti semester, saya pulang ke kampung dengan mengenakan tudung. Saya memohon maaf pada orang tua. Alhamdulillah, lama-kelamaan, mereka bleh menerima dan saya yakinkan kepada mereka, walaupun beragama Islam, saya tetap anak mereka dan tanggungjawab tetap sama,” katanya yang memberitahu, ayah sanggup membuat pair air bagi memudahkan Ilannur mengambil wuduk.
Hubungan dengan keluarga tidak pernah putus.
Dikurniakan Hidayah
Selepas lapan tahun lebih menjalani hidup sebagai seorang muslim, Ilannur merasakan banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupannya. Dia bersyukur atas kurniaan hidayah untuknya. Pada masa yang sama, suaminya, Ulil Amri Salim, 30 tahun, banyak mengajar dan memberi sokongan motivasi tentang hal-hal agama.
“Suamilah yang sentiasa memberi kata-kata semangat, apabila timbul rasa putus asa dan saya banyak belajar sikap dan tingkah laku positif ini daripada suami saya,” katanya yang berkahwin pada Disember 2015.
Apa yang diharapkan oleh Ilannur agar ibu dan adik bongsunya dikurniakan hidayah dan terbuka hati untuk merasai nikmat Islam. Malah, adik lelakinya turut kembali kepada agama fitrah pada Mac 2019.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.