
Rambutan Asam Boi, Begini Cara Nak Buat, Penggemar Asam Mesti Suka
Rambutan asam boi sememangnya menjadi kesukaan penggemar asam. Sekarang sedang musim buah rambutan, elok sangatlah buat rambutan asam boi ini. Makan sejuk-sejuk memang ‘terpaling’ asyik.
Sebenarnya tak susah pun nak buat rambutan asam boi. Bahan pun tak banyak dan yang paling penting cara nak buat pun alahai senang sangat. Buat banyak-banyak boleh makan berulang-ulang. Nah ini resipi asam boi seperti yang dikongsikan oleh Ani Zam
RAMBUTAN ASAM BOI
Bahan-bahan:
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cili padi
Garam dan gula
CARA MEMBUAT:
1. Kupas, basuh bersih dan toskan buah rambutan.
2. Masukkan isi rambutan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan pula asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sebati.
4. Potong dan buang biji limau kasturi kemudian perahkan jusnya dalam mangkuk berisi buah rambutan.

5. Gaul sebati, dan masukkan ke dalam peti sejuk dalam 1-2 jam.
6. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Sumber: Ani Zam
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ada Anak Usia 8 Bulan, Sila Cuba 5 Resepi Cream Cheese Sedap Ini

Isi Kandungan
ToggleKhusus untuk mak-mak yang ada anak usia 8 bulan ke atas, dan selalu stuck nak sediakan menu sedap untuk anak. Boleh cuba 5 resepi berasaskan cream cheese yang sedap ini.
Perkongsian daripada Ekin Tumiran ini akan mudahkan kerja mak-mak. Sebab setiap resepi untuk bayi anda ini mudah sungguh nak sediakan. Tidaklah mak cuma sediakan bubur kosong untuk anak yang dah melepasi usia 6 bulan.
Setiap menu yang dikongsikan ini disediakan untuk anak kecilnya, Baby Qaila. Kata Ekin. “Kena pelbagaikan menu. Kalau tak nanti dia jemu pula.”
Resepi 1 : Butter Cheese Pancake
“Untuk anak yang susah nak makan tu, boleh try menu ini. Sedap sangat. Baby Qaila makan habis. Let’s cekidout resepi ini.”
Bahan-bahan
- Unbleached Flour 6 Sudu Makan (kalau xde blh guna tepung faiza@cap ros)
- Unsalted Butter
- Cream Cheese Tatura
- Sedikit Air
Cara Memasak
- Satukan ke semua bahan dalam mangkuk.
- Masukkan air dan gaul sebati. Kepekatan tu agak-agak je. Jangan pekat sangat. Jangan cair sangat.
- Masak dalam pan macam biasa. Bau dia memang sedap.
- Sedia dihidang
“Kalau baby belum tumbuh gigi, boleh suap sikit-sikit.”
Resepi 2 : Potato Stick
Bahan-bahan
- Kentang sebiji
- Tepung unbleached 3 sudu besar
- Tepung jagung sesudu
- Cream cheese tatura – diparut
- EVOO sesudu kecil
- Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak
- Stimkan kentang sampai lembut. Kemudian lenyek.
- Masukkan tepung gandum 3 sudu besar, tepung jagung sesudu dan sedikit cheese tatura. Masukkan evoo.
- Uli sampai jadi doh. Bentukkan ikut citarasa masing-masing.
- Goreng dalam minyak panas. Siap.
Resepi 3 : Mashed Potato
Bahan-bahan
- Kentang sebiji
- Puri Kurma (agak-agak je nak banyak)
- Cream Cheese Tatura (2 sudu)
Cara Memasak
- Stimkan kentang dan cheese sampai kentang lembut.
- Lenyek kentang dan cheese tadi. Bentukkan ikut citarasa masing-masing. Letak kat pinggan.
- Kemudian siram puri kurma yang dah ditambah air panas tadi. Siap..sedia untuk dihidang.
Resepi 4 : PORRIDGE WITH CREAMY CHEESE CAULIFLOWER
Bahan-bahan
- Beras 3 Sudu
- Cauliflower
- Cream Cheese Tatura
- Kuning Telur Sebiji
- Kurma Sebiji
- EVOO
Cara Memasak
- Masak bubur macam biasa
- Bila bubur dah 90% kembang, masukkan cauliflower dan kurma
- Kemudian masukkan telur. Masukkan juga cheese. Gaul sebati.
- Matikan api. Masukkan EVOO sesudu.
“Untuk baby yang belum ada gigi dan masih makan yang blend, bolehlah blend ye.”

Resepi 5 : Spinach Butter Cheese Pancake
Bahan-bahan
- Tepung (Unbleached)
- Puri Bayam
- Unsalted Butter
- Cream Cheese Tatura
Cara Memasak
- Satukan semua bahan dalam mangkuk dan bancuh dengan air masak,
- Gaul sebati semua bahan. Jangan terlalu pekat sangat. Agak-agak je.
- Panaskan pan dan masak macam biasa.
- Sedia dihidang.
Cream Cheese, Tepung Unbleched, Unsalted Butter Yang Ekin Guna



Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Ekin Tumiran
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pes Masakan Mudahkan Kerja Mak-mak, Nak Masak Banyak Jenis Lauk Setiap Hari Pun Mampu!

Isi Kandungan
ToggleBekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa… inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je!
Petua ini dikongsikan oleh Puan Sapina Shahabudin, kalau ini gayanya, nak masak macam-macam setiap hari pun sempat. Jom semak apa bahan yang diperlukan…
Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Hari terlebih rajin… Dari pukul 2.00 tadi sampai pukul 5 baru selesai masak. Lega… Alhamdulillah.
PES IKAN BAKAR
1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
PES SAMBAL TUMIS
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
PES GULAI IKAN
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya
KUAH BLACK PEPPER
1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain-lain)

PES NASI GORENG IKAN BILIS
1.Blend ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.
PES ASAM PEDAS TUMIS
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dalam minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
SELAMAT MENCUBA.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Goreng BUDU Sedap, Aroma Lada Hitam & Isi Ikan Sangat Wangi!

Isi Kandungan
ToggleBagi orang Pantai Timur budu memang tak asing dalam menu harian.Sedapnya dicicah dengan ikan goreng boleh memang boleh makan bertambah nasi. Rupanya selain dimakan begitu sahaja dengan nasi putih, budu juga boleh dijadikan bahan perasa dalam nasi goreng. Ditambah pula dengan isi ikan dan lada hitam yang ditumbuk, memang aromanya sangat wangi dan sedap!
Nak tau macam mana buat Nasi Goreng Budu, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hajar Mohd ini.
Malam ni masak nasi goreng saja.Resipi ni selalunya mak kakak yang masak. Memandangkan banyak jalan tersekat tak boleh balik kampung. Kakak masaklah sendiri sebagai tanda lepaskan rindu.
” Mak, kakak rindu Nasi Goreng Budu mak…”
Yang benar,
Kakak yang manja tiba-tiba.
Bahan yang diperlukan:
Budu
Bawang putih dan bawang merah cincang
Udang
Ikan panggang tawar/ ikan rebus
Telur
Satu batang serai dihiris nipis
Ciliapi potong
Biji lada hitam yang ditumbuk
Semua bahan di atas boleh anggarkan sendiri mengikut saiz nasi yang mahu di goreng.
Boleh juga tambah ayam,sotong dan lain-lain.
Selepas tumbuk biji lada hitam. Boleh terus tumbuk hancur isi ikan panggang tadi. Jika suka isi ikan kasar kasar, tidak perlu tumbuk hancur.
Panaskan kuali dan minyak untuk menumis bawang cincang tadi. Kemudian masukkan udang galah.Ikuti langkah seterusnya pada gambar di bawah.
Apabila udang telah separuh masak, masukkan budu. Sukatan budu adalah mengikut tahap masin yang anda gemari.
Masukkan telur. Pada kali ini, kita gunakan 3 biji telur ayam.Saya tidak tahu ini telur ayam jantan atau telur ayam betina. Maka lebih baik jangan bertanya.
Setelah telur masak, masukkan hirisan timun. Jika tiada timun. Masukkan carrot pun tak mengapa.Ketika ini,terus masukkkan isi ikan dan lada hitam yang di tumbuk tadi. Garam dan perasa pun letak masa ni.
Aroma lada hitam dan isi ikan sangat wangi.
Terus masukkan bahan seperti didalam gambar.
Masukkan nasi dan kacau sehingga sekata. Pernah termakan nasi goreng sekejap tawar sekejap masin rupanya chef tu tak gaul rata.
Kaup letak dalam mangkuk.Masa study kat Jepun dulu, kami di rumah sewa tiada mangkuk, selamba kawan kakak letak dalam besen.

Sedapnya makan ramai ramai dalam besen sebab tiada pinggan.
Keropok tu jadi sudu. Sudu yang boleh di makan. Hebatnya.
Abaikan peha ayam garing tu. Bukan hangit ya. Bukan..
Sekian laporan task masakan dari Hajar Mohd yang menentukan kakak di terima balik kerja di Majalah Terasa atau tidak. Syarat terima adalah apabila dapat like sejuta baru dapat masuk ofis balik.
Baca Lagi Di Sini:
RPA Kongsi Resipi Nasi Goreng Mentega Berlada, Masak Guna ‘Kuali Legend’
MW: Menarik dan nampak sedap nasi goreng budu ni. Boleh cuba nanti.
Sumber: Hajar Mohd
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI