Sama ada isteri bekerja atau tidak, stok cili kisar tahan seminggu ini seharusnya ada dalam list simpanan bahan mentah di dapur anda. Ianya benda wajib yang kelak memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak.
Tak adalah penat-penat urus anak atau balik dari tempat kerja nak menggodek satu-satu cili kering. Sebaiknya sewaktu hujung minggu, boleh usahakan untuk buat stok cili kisar ini.
Simpan dalam peti ais, bila nak guna boleh cedok saja. Ini petua yang dikongsikan oleh Arep Ismail akan cara beliau membuat stok cili di rumah ketika hujung minggu.
Guna Food Processor Asingkan Biji Cili Kering
Hari ni i nak share satu benda yang sangat membantu suri rumah dalam menyediakan masakan dengan pantas dan sedap. Almaklumlah kita ni rakyat Malaysia mana boleh lari dengan menu yang berkait dengan sambal dan cili.
Leceh kan bila nak masak time time tu la nak buat cili kisar atau lebih dikenali sebagai cili boh. Dah la kebanyakan masakan nak gunakan cili kisar ni. Nak buat kemain renyah, nak beli cili boh ada yang tak menepati citarasa.
Jom saya kongsikan cara saya sediakan stok cili kisar yang mudah dan sedap juga senang digunakan. First kita kena ada alatan bantuan yang memudahkan hidup iaitu food processor dan mesin kisar.
Ads
Guna Food Processer Untuk Buang Biji Cili
Ehhh mesin kisar tu memang la perlu, yang nak libatkan food processor tu apehal? Sabar sedara zaman dah moden apa nak buang masa gunting cili tu, masukkan je dalam food processor untuk asingkan cili dan biji nya untuk memudahkan urusan.
Stok Cili Kisar Tahan Seminggu Simpan Dalam Peti Sejuk
Bahan yang kita perlu adalah cili kering, bawang besar dan belacan. Cili kering tu lepas kita asingkan biji kita rebus dahulu selepas itu tos kan, masuk dalam mesin pengisar bersama bawang dan belacan maka kisar la sehingga menjadi cili paste.
Ads
Senang kan? Saya selalu buat untuk stok seminggu, dan petua penting untuk tahan lama simpan dalam bekas kedap udara taburkan sedikit garam dan gula. Kadang kadang saya campurkan sedikit minyak masak juga.
Nasi Dagang antara hidangan yang cukup popular bagi negeri-negeri di Pantai Timur. Terutamanya di Negeri Terengganu. Nasi beras pulut beraroma dimakan bersama gulai Ikan Aya atau dikenali Ikan Tongkol disamping Acar Timun. Memang sedap. Namun ada cara, petua dan tip lengkap nak masak Nasi Dagang Terengganu yang sedap dan menjadi.
Sebelum nak masak kena ambil tahu jenis ikan, jenis beras, campuran dan sukatan serta rempah gulai Nasi Dagang tu sendiri.
Everything U Need to Know About Nasi Dagang.
#tipsmasaknasidagang
Jika saing sobat yang lain ada tip dan petua boleh jugak sama-sama kongsikan buat kita bersama.
Ikan Aya ada 2 jenis, Aya Hitam dan Aya Putih. Kalu Aya Hitam orang KL panggil ikan Tuna. Nok kenal tengok pada sirip. Kalu panjang, tu Aya Hitam. Kalu sirip pendek tu Aya Putih.
Nok sedap rebus sehari sebelum nok makan. Cara dan bahan nok rebus macam-macam. Terserah mengikut style masing-masing. Antara bahan hok biasa orang guna untuk rebus ikan. Daun pandan ( Hilang hanyir), gula perang atau nisan, lengkuas, asam keping, garam dan cuka (Supaya isi ikan jadi pejal, terutamanya bila guna Aya Hitam sebab isi dia lembut).
Jenis beras.
Orang kate yang paling afdhal guna beras siam. Sebabnya dia bera, nasi jadi comel, sutir-sutir.
Beras wangi. Samada beras wangi saje, atau beras wangi campur beras pulut. Boleh jugok kalu beras wangi campur dengan beras Basmathi. Pun jadi jugok, comel jugok.
Beras Basmathi, ni kire nasi dagang moden doh ni. Boleh capor beras pulut ataupun tidak.
Bab beras saje ulama nasi dagang ada banyak khilaf, so jangan baloh. Boleh paka belake hok mana brase kena dengan selera.
Nisbah campuran beras, kalu nok caporlah, klau tak mboh capor pun xpe. Nisbah dia 4+1=5.
Sebaiknya guna beras pulut susu. Lembut dan mudah masak bila dikukuh.
Sukatan air nok arong. Nasi Dagang nok kena arong 2 kali.
Sukatan dia, untuk arong pertama 2 cawan air biasa atau 2 cawan santan cair. Nok mudah guna cawan atau penyukat yang sama masa nok sukat beras tu. Terlebih air beras akan “Pecah Perut”.
Arong kali kedua 1 cawan santan pekat. Conclusion dia, sekilo beras 2 cawan air untuk 1st arong, 1 cawan santan pekat untuk 2nd arong.
Untuk pengetahuan adik kakok. 1 cawan tu bersamaan 250 gram. so, kalu 4 cawan tu maknanya sekilo lah lebih-lebih kurangnye. Senang nok agok.
Sekilo nasi boleh makan antara 8 ke 10 orang. Kalu molok besor memang tak padan lah.
Untuk 1 kilo santan pekat pulok, ambe pernah tanya orang hok jual santan. Dia kate 1 kilo santan tu 4 utir nyior. Hokni, hok dia kate lah…. Makna kate setengah kilo tu 2 butir nyior doh. (Santan Pekat nih).
Masa nok kukuh nasi kena pastikan api tu besar, jangan besar sangat. Kalu api slow kekgi nasi dok kembang. Zaman dulu, bila wak nasi dagang dia dok kembang, orang dulu-dulu kate sebab ada hantu yang tenggek atas nasi. Padahalnya kayu api tu basoh, so api tak kuat. Menyebabkan beras yang dikukuh tu dok kembang.
Cara nok masok gulai ade banyak style dan gaya.
Style pertama, dok tumis.
Masuk santan dulu, tunggu dia awe awe nok pecoh minyok, pastu masuk belaka bahan kisar dan mesin. Style dan gaya ni orang panggil “Raja Berangkat”. Mungkin sebab dia masuk semua sekali macam rombongan nok gi lawatan.
Style kedua, tumis dulu cili boh
Ada yang paka belacan dan ada juga yang kata letak ikan kering sekor dalam kuah tu, untuk dapatkan rasa dan aroma ikan tu.
Cili boh nok kena guna banyak, baru comel kejadian gulai nasi dagang. Beringat jugok bab cili boh nih. Guna lada kering yang tak pedas. Kalau gi kedai dia panggil “Cili Kering Gemok”. Ambe dok kate ke sape-sape… Jangan berase pulok weh..
Untuk sekilo kuah gulai nasi dagang boleh guna 200g ke 250gram cili boh. InsyaAllah gulai nasi dagang kita tu dia jadi comel, warna dan tekstur dia.
Tumis cili dengan gula atau nisan. Supaya cili tumis tadi jadi kilat dan comel. Tumis sapa pecah minyak.
Kuah gulai nasi dagang sedak kalu pekat. Orang kata dok “Tupoh Kuah”. Untuk satu hidangan nasi dagang, kita tak paka banyak sangat kuah macam nasi kandar. Nasi kandar kena guna kuah dalam 100g ke 150gram kuah. Untuk nasi dagang padan doh kalu 50gram untuk satu hidangan. Sesenduk lah bahase mudahnya.
Sukatan kuah gulai untuk 1 kilo nasi dagang. Dalam 1000 gram ke 1500gram. Senang cite kalu bekas belender tu 1 setengah air bekas belender tu. Tidak termasuk santan.
Campur sekali air tadi dengan 1 atau 2 cawan air ikan.
Masuk 1 cawan dulu takpe, takut masam sangat kuah gulai tu. Sebab masa rebus ikan tu kita guna asam keping banyok. Terlebih masam payoh nok ejah. Masuk 1 cawan kemudian rasa. Kalu kurang tambah lagi sikit. Gitulah, agok-agok.
Masa nok bubuh ikan tu kena perati ikan tu molek, jangan wi ade asam keping tepek di ikan. Takut terlebih masam pulok kuah gulai ikan kita. Masa rasa tu ok doh. Pastu bila makan rasa masam. Rupanya asam pada ikan tu tadi yang buat gulai kita terlebih masam.
Untuk menambah aroma dalam kuah gulai nasi dagang, bolehlah masukkan sesudu halba ke dalam gulai nasi dagang kita tu.
Gitulah kurang lebih cara, petua dan tip untuk buat nasi dagang teganu kita. Sekadar perkongsian melalui himpunan-himpunan perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain. Mohon maaf atas segala kekurangan, sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.
Rupanya ramai yang masih tak tahu bahawa pemegang kad, waris mahupun mak ayah yang mempunyai anak OKU (Orang Kelainan Upaya) boleh memohon cukai jalan atau ‘roadtax’ secara percuma di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Hanya perlu bawa dokumen asal dan salinan yang diperlukan serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma. Roadtax sahaja, bukan INSURAN. Sebab ramai yang tanya insuran kena bayar jugak ke. Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma.
Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak oku. Bukan untuk OKU sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon. Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.
Contoh, Ali ada anak oku berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu. Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.
Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya. Bawa dokumen original dan salinan 1 keping.
Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya OKU tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.
1.Ada lesen memandu.
2.Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja.
3.Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
Mingguan Wanita: Jadi buat pemegang kad OKU, waris mahupun mak ayah yang ada anak OKU, bolehlah rebut peluang ini. Mohon cukai jalan percuma di JPJ ikut syarat dan bawa dokumen yang diperlukan.
Rupanya ada cara mudah untuk mengait buah pada pokok-pokok yang tinggi supaya buah tetap elok dan tak jatuh ke tanah. Biasanya pokok-pokok tinggi seperti betik dan mangga sangat sesuai dengan cara ini berbanding guna galah semata-mata, yang boleh menyebabkan buah jatuh pecah mahupun lebam.
Alhamdulilah..pokok betik dah tinggi hampir nak sama tinggi dengan tiang api. Terpikir macam mana cara-cara nak amik tapi buah tak rosak.
Cara ni berkesan dan buah pun tak rosak. Sebelum ni nak amik buah betik guna galah dan jatuh rosak macam tu ja.
1.Potong bahagian bawah botol minuman dengan gunting atau pisau.
2. Buatkan dua lubang seperti di dalam gambar dan masukkan cable tie.
3. Ikat cable tie tersebut pada batang kayu/mop dengan ketat.
Baru-baru ini Neelofa kongsi menu tahan lapar, ramai yang cuba kata berkesan. Jadi boleh lah mak-mak yang sedang mencari menu sahur cuba resepi ini nanti.