Bagi yang biasa makan nasi dengan jenama biasa, tentu boleh rasa banyak kanji dalam nasi. Berbeza sangat dengan basmathi yang sesuai untuk kesihatan.
Walau bagaimanapun, harga beras basmathi pun boleh tahan juga harganya sebab memang ia dikeluarkan untuk kesihatan. Satu yang menarik juga bila guna basmathi, ia lambat basi.
Inilah yang boleh kita praktikkan dengan bers biasa. Ada cara untuk buang kanji terutamanya semasa tanak nasi. Malah, airnya boleh buat siram pokok tanaman lagi.
Nanti bolehlah cuba buat di rumah dengan buang kanji dengan menggunakan beras biasa. Seperti yang dikongsikan oleh Zinnirah ini.
Saya nak kongsikan cara bagaimana orang mamak tanak nasi tanpa kanji setiap hari. Ini saya tunjuk step by step.
Kelebihan nasi yang dibuang kanji
1. Tidak mudah basi 2. Rendah kanji dan gula 3. Sesuai dimakan orang yang ada diabetis, org tua dan mereka yang nak diet tapi tak boleh tinggal nasi atau sesiapa sahaja la. 4. Tak leceh pun, 8 minit dah siap 5. Air kanji boleh guna untuk siram pokok, bagi minum kucing atau jadikan masker.
Caranya:
Ads
1. Jerang air dan didihkan. Sukatan air (3/4) atau agak-agak saja sampai penuh. Jangan penuh sangat ye sebab bila masuk beras nanti, takut melimpah air panas.
2. Basuh beras 3 kali. Air dah didih, selawat dan masuk beras. Beras apa pun boleh guna method ni.. sesetengah orang mamak, kalau guna beras rebus (beras gemuk), mereka akan tambah secubit garam. Saya cadangkan tak payah la garam, jaga kesihatan.
3. Pilihan daun pandan, tak nak pun tak apa tapi saya dah biasa dengan cara ni. Nasi harum tapi ia tidak langsung menjejaskan rasa nasi.
Ada sesetengah orang mamak suka bubuh secubit serbuk kayu manis, pun tidak akan menjejaskan rasa nasi tersebut. Cuma saya suka bubuh daun pandan/
Ads
4. Biar mendidih angaran 5-8minit. Nak test senang je, picit beras, kalau dah lembut macam nasi, dah boleh tutup dapur. 8minit dah siap.
5. Ini kalau dah tutup api dapur. Nampak kanjinya dan daun pandan tu pun boleh buang.
Air kanji kalau nak buat masker muka pun boleh, simpan air kanji dalam peti sejuk (1-2 hari je), kalau nk beri kucing minum pun boleh.
6. Tapis dan biar seketika. Masuk balik dalam periuk. Tutup
Ads
7. Kalau nak panaskan, letak dalam api paling kecik dalam 2 minit. Nasi yang dah dibuang kanji, memang susah nak basi, Kadangkala 2 hari tahan. Tapi, jangan la simpan luar sebab tak basi, letak dalam peti ais pun boleh.
Mingguan Wanita : Kalau nak lebih sihat, boleh guna cara ini. Tak adalah remeh, senang dan ambil masa 10 minit saja untuk masak nasi tanpa kanji.
Info: Kalau biasa masak nasi dalam rice cooker, boleh rendam beras itu selama 15 minit dalam air. Selepas itu masaklah seperti biasa. Kanji tetap hilang dan lambat basi.
Rupanya dengan menggunakan sudu penyukat antara tip cara cepat untuk gentel jem nenas supaya tak melekat-lekat di tangan.Malah ikut tip ni, sukatan elok semua sama, tart pun cantik nanti tak terkurang atau terlebih inti.
Bukan apa, setiap kali tibanya musim raya kuih tart nenas memang menjadi pilihan ramai. Buat sendiri tart nenas ni lebih jimat, puas hati dan berbaloi. Tapi bab renyahnya bila nak gentel jem nenas satu persatu sebelum diletakkan pada doh. Memang makan masa nak menggentelnya.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh puan Qhaira Afiahini sebagai rujukan;
Saya kongsikan sedikit cara cepat untuk gentel jem nenas tanpa melekat pada tangan.
Ada caranya untuk buat sandwich tebal, banyak inti tak muak dan paling penting cantik potongannya tak senget mahupun berterabur. Bukan apa, bila tengok sandwich yang disediakan di hotel mahupun di restoran,nampak sungguh sedap, cantik elok potongannya dan tak muak.
Sempena sekolah dah kembali di buka ni, mak-mak boleh sediakan sandwich mudah ini macam kita makan di hotel atau restoran untuk anak-anak dan keluarga.Nak buat jual pun boleh sangat.
Ikut resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini.
Suami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul-betul macam makan di restoran atau hotel. Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak.
Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal. Saya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu-ibu mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal untuk anak-anak tersayang.
Dua potongan sandwich, kentang goreng dan telur rebus disaluti sos bijan panggang (kesukaan suami saya).Saya beli yang ini. Jenama lain, KewPie ade jual di pasaraya.
Setiap potongan sandwich mesti dibaluti tisu kertas supaya sandwish terletak kemas dan tidak berterabur.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
4 KEPING ROTI MIL (Wholemeal Bread)
(Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.)
Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Potong macam dalam gambar, serong ke depan bila nak memotong. Biasa saya tengok orang selalu potong mendatar atas roti. Kalau potong secara mendatar, inti-inti sandwich mudah teralih.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat sandwich tebal 3 tingkat, inti banyak tak muak dan paling penting elok potongannya tak senget dan berterabur. Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini nanti.
Gelang emas bila selalu pakai, lama-kelamaan ia nampak kusam dan berdaki. Maklumlah, pakai untuk ‘basahan’ dan hari-hari biasa.
Bilaberdaki, dah tentu tak lagi berkilat macam mula-mula baru beli kan. Ada mak-mak sanggup ke kedai emas untuk upah bersihkan. Mahunya ambil masa dua tiga hari untuk siapkan. Nak kena tunggu pula.
Rupanya, mak-mak boleh saja cuci gelang emas mahupun rantai berdaki dan kusam ini di rumah. Ambil masa 15-20 minit saja. Bahan pun hanya guna pencuci saja. Inilah yang dikongsikan oleh Rahaida Harun.
Masukkan pencuci glo dalam air panas. Rendam mana-mana barang kemas yang dah kusam selama 15-20 minit.
Boleh saja sental dengan menggunakan berus gigi. Jangan risau, sental guna berus gigi tidak akan lunturkan dan kopekkan barang kemas. Sebaliknya, elakkan dari rendam dengan mengguanakan alkohol atau bahan kimia.
Bila dah siap, bilas dengan air biasa dan keringkan. Hasilnya berkilat dan cantik.
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...