Setiap daripada kita inginkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati. Namun tidak semua bernasib baik. Indahnya sesebuah rumah tangga pabila masing-masing tahu dan jalankan tanggungjawab masing-masing.
Jika sebaliknya, maka pincanglah rumah tangga yang dibina. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan apa kesannya jika rumah tangga tidak lagi seindah yang diimpi:
Antara nikmat, ujian dan musibah dalam perkahwinan…
Perkahwinan adalah sesuatu yang indah… Indah bagi mereka yang menjalankan tanggungjawab masing-masing… Indah bagi mereka yang melaksanakan kewajipan masing-masing… Indah bagi mereka yang memahami tugas masing-masing…
Buat tiga perkara ini, iaitu tanggungjawab, kewajipan dan tugas masing-masing dalam perkahwinan tersebut, maka perkahwinan itu adalah sebuah nikmat untuk mereka syukuri…
Pincang salah satunya, maka perkahwinan mereka adalah sebuah ujian… Ujian kekuatan, ujian kesabaran, ujian ketabahan, ujian kesetiaan, ujian air mata dan sebagainya… Mereka diuji dengan pasangan yang tidak bertanggungjawab, tidak melaksanakan kewajipan dan tugas yang Allah SWT sudah amanahkan pada bahu mereka…
Cara Allah SWT “menegur” pasangan sebegini ialah dengan memberikannya musibah yang berbentuk seperti bala…
Rezeki sempit, hutang keliling pinggang, gaji tidak naik, urusan harian menjadi sukar, hati tak tenteram, selalu jatuh sakit, harta benda asyik rosak, ada saja perkara yang berlaku dalam kehidupan hariannya yang membuatkan kehidupan tak bahagia dan tenang seperti orang lain…
Ads
Bala yang dihantar Allah SWT ini adalah satu bentuk teguran untuk menyedarkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan dalam alam perkahwinan itu yang mana ianya telah menyebabkan berlakunya penganiayaan atau kezaliman pada pasangan…
Buat baik dalam perkahwinan, kita dapat nikmat… Buat sebaliknya dalam perkahwinan, maka tunggulah “teguran” Allah SWT dalam bentuk musibah untuk diri kita…
Pilihan di tangan anda…
MW: Jika mak, ayah inginkan perkahwinan diberkati, berbuat baiklah pada pasangan dan tunaikan tanggungjawab sebaiknya. Barulah rumah tangga aman dan bahagia. Insyallah.
Anak mungkir janji berbuka puasa bersama. Bayangkan betapa gembiranya orang tua bila anak memberitahu nak datang berbuka bersama. Mesti pelbagai lauk pauk dimasaknya walaupun dalam keadaan dirinya yang tak berapa sihat.
Itu yang mengingatkan kita pada mak ayah di kampung. Tapi bagaimana kalau anak-anak yang tinggalkan mak ayah di rumah orang tua tanpa berita. Setelah sekian lama, dapat khabar berita untuk datang jemput berbuka puasa bersama. Alangkah gembiranya.
Namun, apakan daya semua itu tidak berlaku, anak mungkir janji berbuka puasa bersama. Bagaimanakah perasaan seorang ibu bila anak samggup berbuat demikian. Sudahlah tinggalkan ibu di rumah orang tua tanpa langsung menjenguk. Tergamaknya.
Kisah yang cukup menyentap perasaan setiap orang. Sanggup anak-anak tinggalkan seorang ibu yang lahirkan mereka di rumah orang tua. Sudahlah mungkir janji untuk datang berbuka puasa bersama setelah dua tahun tak jumpa.
Pengakhiran seorang ibu, meninggal dalam keadaan tertekan tanpa makan dan minum kerana terlampau sedih anak tak datang menjemput.
Perkongsian daripada ustaz Mohammad Yaakob Yusra ini mampu menitiskan air mata.
Makcik Azizah, nama yang terpampang pada katil kosong. Rupanya makcik ini baru meninggal. Anak-anak janji nak datang ambil dan buka puasa bersama pada hari lahirnya.
(Sudah 2 tahun Makcik Azizah tinggal di situ, Dihantar oleh anaknya dan 4 orang anaknya ini semuanya kerja hebat-hebat)
Doktor bertugas memberitahu sebulan sebelum tarikh tersebut. Dari hari itulah, setiap hari dia tandakan pada kalendar supaya tidak lupa
Sehingglah tarikh yang dikatakan itu, Makcik Azizah sudah bersiap sedia jam 5 pagi, sedangkan anak-anak berjanji nak datang ambil jam 5 petang dengan alasan supaya tak susahkan anak-anak menunggu.
Bayangkan dari jam 5 petang tak datang ambil, jam 6 petang pun tak juga. Sampai lepas berbuka pun tak datang. Makcik Azizah masuk ke dalam bilik tanpa makan sebutir nasi, terus tidur.
Pagi esoknya, doktor datang untuk kejutkan sahur. Tapi Makcik Azizah sudah meninggal. Dia meninggal dalam keadaan tertekan.
Pesanan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra:
Kisah ini berlaku lebih 12 tahun lalu, demi Allah, tiada sedikit ruang syurga buat anak-anak ini jika benarlah ibunya meninggal dalam keadaan tidak redha melainkan neraka selayaknya.
Berusahalah dengan cara macam mana sekalipun agar diberi keampunan. Usahalah dan minta ampun agar kemarahan Allah diberi keampunan.
Walau sekaya mana, setinggi darjah/pangkat, besar jasa dan harta, kalau mak ayah kecewa kepada kita selain daripada kemurkaan Allah.
Mingguan Wanita: Moga kita dijauhkan dari sifat begini dan sentiasa berbuat baik pada orang tua. Aamiin.
Anak masa kecil, macam-macam ragam yang dia buat. Kadang-kadang boleh menguji kesabaran mak-mak. Tak kena gaya, dapatlah secubit dua kat paha anak. Lebih-lebih lagi masa anak berusia dua tahun, dia dah mula panjang akal. Ada sahaja yang dia nak.
Sekali dua, boleh la mak-mak melayan tapi kalau dah banyak kali yang mak rasa itu tak boleh dan dia nak juga, mulalah mak-mak naik angin. Masa usia beginilah, mak-mak kena main peranan dan jangan ikutkan hati yang marah. Kesian anak. Dia tak tahu apa benda pun.
Inilah antara perkongsian daripada Faizatul Iman tentang bagaimana mak-mak kena faham apa yang perlu buat teurtamanya pada anak yang berusai dua tahun
.
Harini ini saya kongsi tentang “Fasa Individuating Anak Umur 2 Tahun” yang saya belajar melalui IbuRose
Apa yang perlu kita expect.
• Anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap.
• Sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya
• Ibu bapa akan menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil
Apa itu fasa individuating?
• Ia adalah fasa yang menegapkan kewujudannya.Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti
Sampai bila fasa individuating ni?
• Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap sahaja iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.
Apa yang kita perlu lakukan?
1. Jangan cepat melebel anak dengan lebel yang tidak elok sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya.
2. Marah berpatutanlah jika perlu sangat. Tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun jika kita marah.
3. Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat.
4. Jika dia meronta, pegang dan tenangkan anak. Kita perlu tarik nafas dan tenang. Jangan terikut sekali untuk mengamuk. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya.
Jadi, expect that without thinking anak itu degil.
Oh begitu rupanya,
Belajar tarik nafas dan tenang waktu anak meragam ye.
MW: Biasanya mak-mak bila cakap tak boleh, itu jugak la yang anak-anak nak kan. Bila dah tak dengar, mulalah mak naki ‘hantu’, last sekali cepat2 peluk anak kan. Kesian lak.
Isteri sesibuk mana pun dengan kerjaya, cubalah untuk memasak walau seminggu sekali. Tanyalah pada suami, tentu dia suka menikmati hasil air tangan isterinya. Jika di hari bekerja tidak berkesempatan untuk memasak, cubalah ‘pulun’ hujung minggu masak untuk suami.
Isteri Masaklah Walau Seminggu Sekali
Kata orang, hendak menawan hati suami, perlulah jaga perutnya. Bermakna isteri kena memasak dan menyediakan hidangan enak untuk suami. Mungkin ada wanita yang tak bersetuju tentang perkara ini. Tapi cuba tanyakan pada suami, pasti ramai yang mengiakan kata-kata itu!
Masaklah, Hati Suami Pasti Gembira
Ada juga suami yang cakap berlapik kerana tak nak menyakitkan hati isteri, “ saya tak kisah awak tak masak pun sebab faham awak penat kerja. Cuma, kalau awak masak, lagi saya suka. Rasa seronok sangat.”
Bagi isteri, penat bekerja dan melayan anak-anak membuatkan mereka rasa membeli makanan lebih mudah. Lebih-lebih lagi bagi yang anak-anak masih kecil. Belanja membeli makanan yang dah siap lebih murah berbanding membeli barang basah untuk dimasak.
Nak seronok, boleh ajak suami sama-sama beli barang basah. Itu juga sebenarnya masa kualiti suami dan isteri.
Berbunga-bunga Hati Suami Makan Hasil Air Tanganmu
Suami Sebenarnya Kisah
Itu kata isteri. Bagaimana pula bagi suami yang dalam diam sebenarnya ingin isterinya lebih rajin ke dapur dan menyediakan hidangan untuk dirinya dan anak-anak? Bukan dia tak faham kepenatan isteri, tapi dia teringin nak merasa air tangan isteri. Yelah, dah ada isteri takkan memanjang makan makanan beli.
Untuk isteri, jangan ambil kesempatan pula bila suami macam tak kisah kalau isteri tak masak. Suami mana yang tak nak makan masakan isteri? Sedap tak sedap belakang kita. Yang penting, effort atau usaha isteri nak masak paling penting.
Puji Masakan Isteri
Jika sesekali isteri masuk dapur untuk memasak, suami akan puji masakannya walau pun mungkin tidak selazat yang dibayangkan. Itulah sebenarnya tanda suami menghargai usaha dan penat lelah si isteri itu.
Kemudian suami akan komen, apa kekurangan masakannya itu secara elok-elok dengan niat supaya isteri boleh perbaiki mutu masakannya kelak. Contohnya, mungkin jika lebih pedas, akan lebih sedap. TAPI, suami jangan sesekali mengkritik masakan isteri dengan secara marah-marah atau merendahkan isteri. Silap hari bulan, isteri langsung mogok masak!
Masaklah Walau Lauk Yang Ringkas
Selain itu, suami sebenarnya TAK KISAH LANGSUNG walau anda hanya masak lauk yang ringkas untuknya. Hanya dengan satu lauk saja pun dia mampu makan bertambah. Tak seronok ke wahai isteri?
Namun, suami jangan terlalu cerewet kerana kadangkala skill masakan ini perlu diasah. Kalau rajin masak, lama-kelamaan gerenti memang sedap air tangan isteri!
Tawar Diri Jaga Anak
Memang betul, kadangkala isteri terkejar-kejar pulang kerja hendak uruskan anak-anak pula. Jadi, seeloknya suami tawarkan diri untuk menjaga anak ketika isteri sibuk di dapur. Jadi, isteri pun tak rasa terbeban bila tugas dikongsi bersama.
Suami boleh ambil tugas mandikan anda dan mempersiapkan anak. Waktu itu juga adalah waktu untuk anda bersama anak-anak setelah seharian bekerja. Itu juga tanda suami memahami kepenatan anda dan dia cuba ringankan beban anda! Bahagia tak?
Bantu Isteri Masak
Jangan salah sangka, isteri bukan malas nak masak tapi kadangkala dia memang penat kerana seharian bekerja. Jadi, jika suami hendak isteri rajin masak, anda juga kena rajin membantunya. Selain menjaga anak, suami juga boleh bantu isteri di dapur seperti tolong mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Percayalah, hilang penat isteri bila suami membantunya. Tak percaya, cubalah!
Bagi isteri yang tak berapa pandai masak, suami bagi semangat untuk belajar memasak. Kalau perlu, ambil inisiatif untuk ke kelas belajar memasak.
Suami Berkias
Ada suami yang suka ‘berkias’. Bila dia ingin isteri masak, mungkin ketika di pejabat, dia akan menelefon dan memberitahu yang dia teringin hendak makan sesuatu masakan dan tawarkan diri hendak singgah membeli barang keperluan balik kerja nanti. Secara tak langsung, dia memberitahu yang dia nak anda masak hari itu.
Masaklah, Jangan MALAS!
Tak dinafikan, ada isteri yang memang malas nak masak. Asyik nak membeli saja. Aduh. Susah juga tu. Tak boleh macam tu kerana itu tanggungjawab isteri untuk sediakan makanan untuk suami dan anak-anak.
Bahkan, bila masak sendiri, banyak faedah bila memasak sendiri. Boleh kawal perbelanjaan rumah dan makanan yang dimasak sendiri sudah tentu terjamin bersih berbanding di kedai yang kadangkala kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihannya.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...