Sudah menjadi adat dalam pertandingan, ada yang akan menang dan kalah. Namun kejutan ditampilkan dalam Pentas Marhaban 2023 apabila diumumkan lapan kumpulan layak melangkah ke pusingan separuh akhir Pentas Marhaban 2023.

Enam kupmpulan yang berjaya melayakkan diri ke melalui pusingan kalah mati yang diadakan pada setiap minggu ialah Sinar Marhaban, Interacksee, Soutun Nadwah, Raudhatul Ashwaq, Al Maqari dan An Ni’matul Uzma.

Saksikan Lapan Kumpulan Bakal Berentap!

Pentas Semi Final “Pentas Marhaban 2023” Saksikan Lapan Kumpulan Bakal Berentap!

Dua lagi kumpulan marhaban yang turut berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir ialah Qalbun Hadi dan Al-Muhtadin yang dipilih berdasarkanmutu persembahan dan markah yang diperolehi adalam tertinggi sepanjang enam minggu Pentas Marhaban 2023 bersiaran.

Menurut penerbit program Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed, TV Alhijrah memberi kejutan dengan memasukkan lapan kumpulan ke pusingan separuh akhir setelah melihat beberapa kriteria yang penting dalam format rancangan tersebut.

“Selepas enam minggu bersiaran, pihak produksi telah merancang lebih awal walaupun pada asalnya tiada penambahan kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya.

IKLAN

Tetapi, apabila melihat terdapat episod di mana kedua-dua kumpulan yang bertanding mempunyai kelebihan yang baik dan setanding meskipun tersingkir, mereka mempunyai markah yang tinggi secara keseluruhan,” jelasnya.

Pentas Semi Final “Pentas Marhaban 2023” Saksikan Lapan Kumpulan Bakal Berentap!

Keputusan pihak produksi mendapat sokongan padu dari barisan juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis Gambus serta juri jemputan minggu keenam, Ustaz Tirmizi Ali.

“Tidak dinafikan terdapat asas yang kukuh apabila pihak produksi membuat keputusan yang memeranjatkan. Sememangnya ia amat berbaloi dan rugi jika ada di anatara kumpulan yang memiliki markah yang tinggi tetapi tidak berjaya layak ke peringkat seterusnya.

IKLAN

Ia telah membuka ruang untuk setiap kumpulan kembali berdaya saing dan sudah tentu pusingan seterusnya bukan mudah,” kata para juri.

Sempat berpesan kepada setiap pasukan yang bakal bertanding di peringkat separuh akhir, para juri menitipkan pesanan berilmu untuk setiap pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

“Kuasai pentas dan tingkatkan kualiti suara serta persembahan. Berikan yang terbaik dan kepuasan untuk para penonton. Sebaiknya dapatkan ilmu dari para guru dan usah anggap Pentas Marhaban sebagai satu pertandingan semata-mata, tetapi jadikan ia sebagai medan menimba ilmu.

IKLAN

Pentas Semi Final “Pentas Marhaban 2023”

Pentas Semi Final “Pentas Marhaban 2023” Saksikan Lapan Kumpulan Bakal Berentap!

Pada minggu keenam lalu, kumpulan An Ni’matul Uzma telah berjaya melangkah ke pusing separuh akhir mengetepikan Selawat Buskers. Kumpulan tersebut turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500.

Pentas Semi Final “Pentas Marhaban 2023” Saksikan Lapan Kumpulan Bakal Berentap!

Pusingan akhir bakal menyaksikan pemenang tempat pertama dan kedua secara keseluruhan bakal menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000. Pentas Marhaban bersiaran setiap sabtu jam 9 malam di saluran TV AlHijrah. Program ini telah dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau dan Tilmiz Fahmi.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI