Pengantin sedih tiada momen di hari bahagia, videographer beri alasan lupa hari majlis. Setiap pasangan pengantin pasti mengimpikan adanya rakaman momen di hari bahagia mereka. Sama ada dalam bentuk gambar mahupun video kerana perkahwinan hanya sekali. Bahkan begitu ramai pasangan sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengupah jurugambar dan juruvideo di hari bahagia mereka.
Tapi impian tidak sama dengan realiti tambah jika alasan diberi tidak masuk akal seperti terlupa hari majlis.
Pengantin Sedih Tiada Momen Terakam Di Hari Bahagia
Luahan seorang abang, Todd Amir Fitri di fbnya mengenai ketiadaan jurugambar yang memberi alasan terlupa hari majlis kahwin adiknya membuatnya berkongsi perasaannya ini. Jelasnya, ia satu penganiayaan di hari bahagia adiknya.
Baca luahan dikongsi di fbnya.
SBXS PHOTOGRAPHY APA DAH JADI? Kenapa aniaya wedding adik aku mcm ni??
Terlebih dahulu salam perkenalan dari saya abang kepada pengantin lelaki Azmi Latif
Pertama sekali, posting ini bukan bertujuan nak cari gaduh atau mencari musuh. Jauh sekali berniat nak tutup periuk sesiapa.
Kedua, posting ni sama sekali bukan tujuan marketing, tak kisah lah org nk kata apa. Sy tak dibayar atau meminta bayaran untuk posting ni.
Ketiga, posting ni tidak akan dibuang/ hidden walaupun ‘kami’ pihak keluarga dan pihak syarikat SBXS telah menemui solusi yg dipersetujui kelak, insyaAllah anggap sebagai pelajaran kepada semua. Orang boleh menilai. Tak adil untuk pihak kami saja tersakiti… jika dpt solusi yg baik, insyaAllah semua orang dapat manfaatnya. Macam saya katakan. Orang boleh menilai. Kita sama2 tunggu dan lihat bagaimana ia berakhir..
So straight to the point jela. Bismillahirahmanirrahim.
Apa cerita videographer awak tak datang masa majlis wedding adik sy 20 Januari 2024 (Sabtu) kelmarin?
Ads
Habis wedding, sy tanya pengantin, photographer ada, tapi tak ambil videographer ke? Tup tupp baru dapat tahu, adik maklumkan videographer bagi alasan terlupa dan tak datang majlis. Whatt?? Why? Bang, kalau keracunan makanan ke, eksiden patah kaki boleh la terima, anggap takde rezeki. Tapi alasan terlupa? Seriously??
Videographer Beri Alasan Lupa Hari Majlis
Try to be empathy bos, letakkan diri awak dekat tmpat dia. Betapa cekal dan kuatnya hati Adik saya dan pasangannya hadap bende ni sepanjang majlis. Maintain senyum, ketawa like nothing happened. Tapi dalam hati REMUK KECEWAA. Tragis weh, korang aniaya dorang sampai macam ni! Pada hari bahagia dorang??!!
Habistu, moment2 potong kek? perarakan pengantin? Ucapan mak ayah pengantin? Moment nenda sy salam restu pengantin di pentas? Adik sy siap ambik pakej persembahan lampu LED, pelamin punya cantik, semua tu BERIBU bang memang sengaja diambil, dikhaskan untuk diabadikan dalam VIDEO MOMENT TERINDAH MEREKA! mcm mana ni?
Adik saya sendiri buat persembahan nyanyi, sekarang ni moment2 tu sepatutnya direkod dengan proper by ur so called profesional videographer, nak tunggu video yang sure gempak lepas korang edit nnti gunakan perkhidmatan syarikat awk ni but now TAKDE BRO! TAKDEEE!!
Adik saya dan pasangan habis BERIBU untuk hari bahagia, korang scam macam tu je???
Tuan/puan SBXS yang budiman,
Ads
ni bukan event birthday sambut setiap tahun,
ni bukan majlis merisik yang selalu kecil kecilan tu,
Ni wedding bro, majlis adik saya kahwin, hari raja sehari, hari impian setiap pasangan pengantin yg kahwin, its a dream wedding day! Kami ni hanya buat sekali bersama pihak pengantin lelaki dan perempuan takde dah resepsi lain, SATU MAJLIS SEUMUR HIDUP SAHAJA UNTUK MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN YG KAMI KASIHI.
Saya tak pasti apa masalah videographer awk dgn syarikat. Dorang nak game awak ke, bergaduh ke, kami tak peduli jika awk nak sub ke, direct memang staff awak ke, kami taknak tahu pun. Bayaran seperti dipersetujui dgn pengantin dah selesai RM1600 kepada SBXS, jika hasil bagus, awak akan claim kredit, jadi jika ada bad servis begini, awak BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA.
Saya tahu syarikat awak ni bukan biasa-biasa, memang diakui salah satu top service provider untuk gambar dan video ni, sebab tu adik saya pilih, tapi apabila tiba masa kejadian, ni yang awak beri? Syarikat ni memang takde sistem atau backup ke bila berhadapan videographer takde sivik macam ni??
Korang memang tak ambil tahu ke keberadaan staf/ sub yang korang assign tu? Takkan client pula nak monitor untuk korang? Nak kene remind bagai? Tau-tau job done, payment release kepada photographer / videographer. Macam tu ke? Memang tunggu job done je eh?
So ni msalah PENGANIAYAAN kt adik saya ni, nak setel macam mana? Bang ni majlis kahwin takde siaran ulangan, tergamak gila buat pelanggan macam ni. Awak nak kutip video-video dari kami-kami yang rekod pakai henpon masing-masing ni ke? Boleh ke camtu? Duit boleh cari, bukan duit refund RM1600 tu yg dikisahkan, memori-memori, moment-moment penting tu yang lebih bernilai.
Dan untuk makluman, videographer yg korang sub tu Mr Danny dari Gentlemen Lenses Production langsung tak gentelmen se gah namanya, sampai sekarang satu mesej maaf pun takdak! Ye, biadap dan bodoh tu free, dia borong habis semuanya.
Ads
Jadi saya nak tanya apa solusi? Dan alang2 tu nak tanya juga la nak minta pendapat yg bijak pandai, apa kita boleh buat bila syarikat videographer tak datang masa wedding?
Mcm saya katakan diawal perkara ketiga diatas. Orang boleh menilai. Kita sama-sama tunggu dan lihat bagaimana ia berakhir. Bagaimana syarikat awak selesaikan masalah ini.. apa tawaran penyelesaian yang akan diberi.
Tiada dendam, hanya menuntut penyelesaian.
Damage has been done. Now fix it SBXS
P/s sy abang pengantin lelaki bertanggungjawab kepada posting ini dan saya kongsikan ss wasap berkaitan serta video2 wedding yg kut kut korang nak tengok. Silakan. Isnin kata nk bincang dengan bos katanya..
Poligami; Suami Happy, Isteri dan Anak Yang Depresi
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memiliki gelaran ratu cantik, dikelilingi kehidupan penuh glamor dan dikenali ramai menjadi impian bagi sesetengah wanita. Namun, bagi bekas Ratu Cantik, Oanh Yen yang pernah memenangi beberapa pertandingan seperti Miss Vietnam 2008, Miss Vietnam World 2010 dan Queen of Beauty World 2019 di Korea kini memilih hidup bersederhana bersama mak ayah, suami dan enam anaknya di kampung sebagai petani.
Pilih Berpindah Ke Kampung
Menerusi laporan Wolipop, selepas berpindah ke kampung, penampilan figura itu berubah dari memakai makeup tebal dan bergaya kepada hanya memakai makeup nipis yang cukup minimalis dan juga berpakaian biasa.
Walaupun sudah meninggalkan dunia glamor tetapi peminat boleh melihat kehidupannya melalui media sosialnya. Dapat dilihat, figura itu masih mengekalkan bentuk badan walaupun sudah memiliki 6 orang anak.
Menariknya, meskipun memegang gelaran ratu cantik antarabangsa, Oanh Yen jarang bercakap mengenai kehidupan peribadinya. Untuk rekod, wanita ini menghabiskan masanya dengan bercucuk tanam menguruskan 4 hektar kebun sayur sayuran, selain menjaga anak-anaknya di rumah.
Tampak kebahagiaan dan ketenangan di wajah wanita beranak 6 ini, meskipun memilih kehidupan sederhana di kampung halaman dan bercucuk tanam.
Kematian itu pasti, cuma dimana tempatnya dan bagaimana caranya semuanya rahsia Allah. Perbanyakkanlah berdoa semoga cara kematian kita dalam keadaan ‘Khusnul Khotimah’ dan yang terbaik.
Bagi orang Islam, kesempatan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah peluang yang sangat indah dan sangat diharapkan. Apatah lagi nyawa diambil saat menyeru orang lain mendirikan solat iaitu melaungkan kalimah azan.
Innalillahi wainnailaihirajiun.Sungguh kematian yang dicemburui apabila lelaki ini yang merupakan AJK Surau dijemput sang pencipta dalam keadaan yang paling mulia, iaitu ketika sedang melaungkan azan Subuh.
Menerusi perkongsian daripada Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rayan, seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kerana azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara keadaan cemas.
Selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.
Meninggal Ketika Laungkan Azan
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.
Hari Ketiga Azan Subuh
Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :
“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
MW: Salam takziah buat seluruh keluarga arwah. Bertuahnya ‘dijemput’ ilahi dalam keadaan paling mulia.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Bayi sumbing adalah kelainan dan ketidaksempurnaan pada struktur bibir atau bahagian lelangit di mulut si comel. Ada ramai mak ayah terlepas pandang bila tengok anak yang dianugerahkan Allah itu tidak sempurna. Kadang bukan sengaja tetapi terlepas pandang.
Jadi untuk bagi semangat pada bayi sumbing ini daripada peringkat awal, baca perkongsian daripada Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Imelda Balchin ini…
Minggu lepas saya bertemu dengan ibubapa janin yang ada sumbing di bahagian mulut dan langit-langit.
Tidak ramai bayi dilahirkan sumbing, lebih kurang 2 bayi dalam 1000.
Sumbing boleh dilihat oleh imbasan ultrasound. Bila didapati janin mempunyai kecacatan ini, yang penting sekali ialah rujukan ke pakar Fetal Medicine untuk memastikan tidak ada kecacatan yang lain.
Kami selalunya memberi kaunseling kepada ibubapa, jika tidak ada kecacatan yang lain, ia boleh dibetulkan secara pembedahan dan anak-anak akan diberikan bantuan pertuturan, pendengaran, pergigian dan psychology supaya membesar dan mencapai gaya hidup yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Kami juga memberi nasihat kaedah menyusukan bayi yang baru dilahirkan. Walaupun mungkin terpaksa menggunakan botol yang diubahsuaikan bagi bayi yang tidak dapat menyedut susu secara biasa, kami masih menggalakkan susu badan ibu daripada susu formula.
Bayi yang sumbing lebih senang mendapat jangkitan kuman di dalam telinga (otitis media) tetapi kajian perubatan menunjukkan yang risiko ini boleh dikurangkan bila ibu memberikan susu ibu bila dibandingkan dengan susu formula.
Ada satu nasihat peribadi yang saya selalu bagi kepada ibubapa yang bimbang:
Iaitu, janganlah malu bergambar dengan bayi anda selepas bersalin. Ambil lah gambar sekeluarga dengan bayi yang baru dilahirkan seperti biasa. Jangan sesekali menunjukkan perasaan kecewa. Kanak-kanak ini boleh menjadi sensitif dan mendapat masalah emosi jika tidak ada gambar selepas kelahirannya seperti adik-beradiknya yang lain.
Tunjukkan lah kepada anak ini, anda bangga, kerana kecantikan di dalam adalah lebih penting daripada kecantikan di luar badan. Tunjukkan lah kepada anak ini, jika kecantikan di luar badan boleh dibetulkan dan kecacatan boleh diubah menjadi sempurna, apa lagi kemuliaan hati kita, kejujuran, kekuatan minda dan semangat. Semoga menjadi ihsan yang mulia dan berjaya dunia dan akhirat.
Prof Imelda, Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.