Pengantin baru hilang sehari selepas nikah, suami risau isteri hilang selepas hantar pesanan pelanggan
Kehilangan seorang pengantin baru, Anggi Anggereni yang baru bernikah pada 25 Jun lalu menjadi tanda tanda ramai pihak. Dikatakan keluar rumah untuk menghantar pesanan ayam geprek yang dipesan pelanggan, Anggi dikatakan terus menghilangkan diri hingga mencetuskan tanda tanda ke mana pengantin baru ini hilang, siapa yang menculiknya dan sebagainya lagi.
Pengantin Baru Hilang Sehari Selepas Nikah
Kronologi kesnya menjadi tumpuan media kerana sehingga hari ini dilaporkan sudah 8 hari pengantin baru ini menghilang hingga merisaukan ahli keluarganya.
Dalam kejadian di Bogor, Indonesia ini, baik di pihak suaminya, Fahmi dan juga ahli keluarga, semuanya tengah risau akan kehilangan pengantin baru ini.
Menurut suaminya, semasa kehilangan isterinya itu, dia ada menerima mesej yang Anggi ada meminta izin menghantar pesanan ayam geprek pelanggan. Namun sejak keluar itu selepas satu jam penghantaran dilakukan sejam, isterinya tidak juga balik.
Ads
Suami Risau Isteri Hilang Selepas Hantar Pesanan Pelanggan
Berasal dari Desa Mekarsari, daerah Rancabungur, Bogor, pasangan ini sama seperti pasangan bercinta yang lain dan tak tanda-tanda ia pernikahan dipaksa walau Anggi sebelum ini dikatakan mempunyai kekasih.
Malah selepas kes kehilangan isterinya, Fahmi sudah pergi ke rumah mantan kekasih isterinya namun tidak juga ditemui,” kata Fahmi memaklumkan, semasa isterinya membuat penghantaran itu, mereka sempat bergurau melalui panggilan video.
Namun ia tidak kerana Anggi memaklumkan makanan sudah siap dan bateri telefonnya juga tinggal sedikit. Jarak penghantaran dari rumah juga hanya 70 meter sahaja tetapi sehingga kini keberadaan anak saya tidak diketahui. Ia sangat merisaukan,”katanya lagi.
Ads
Fahmi mengakui bukan saja dia risaukan isterinya tetapi keluarga Anggi juga sama. “saya ingin dia pulang saja,”kata Anggi.
Suami isteri tinggal satu rumah selepas bercerai? Boleh atau tidak? Min pun jadi tertanya-tanya selepas tengok drama viral yang terbaru. Rupanya, macam tu ya jawapannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
asa dan pengorbanan guru sememangnya tidak terbalas. Apatah lagi guru yang ikhlas dan bertanggungjawab mendidik anak murid dengan sepenuh hati. Kesusahan yang dialami pasti akan dibantu oleh anak murid yang mengenang budi dan jasa bakti mereka. Tak kiralah dengan bantuan tenaga mahupun wang ringgit yang dihulurkan bagi meringankan beban.
Hadiah Hari Jadi Istimewa
Seorang guru ganti menerima hadiah hari jadi istimewa daripada anak muridnya, cek benilai AS$27,000 (kira-kira RM111,200).
Jose Villarruel, 77, tinggal di dalam kereta sejak Mei tahun lalu, berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu.Dia menamatkan khidmatnya selepas sekolah melaksanakan pengajian secara dalam talian (online) awal tahun lalu.
Anak muridnya, Steven Nava, 21, memutuskan untuk mengadakan sambutan dan kejutan untuk Villarruel yang dikenali sebagai Mr V, lapor fox29.com.Dia terserempak dengan Villarruel minggu lalu dan masih mengenalinya.
“Saya selalu nampak dia dan itu membuatkan saya terfikir untuk mengetahui keadaannya sekarang.
“Saya sangat terkesan dengan wabak ini dan bagaimana ia menyebabkan seorang guru tidak mempunyai pekerjaan.
“Sangat menyedihkan apabila melihat guru anda sendiri yang melaluinya sehingga hanya membuat anda ingin membantu lebih banyak lagi,” katanya.
Guna Platform Media Sosial Kumpul Dana
Nava pada mulanya memberi Villarruel AS$300 (kira-kira RM1,235) dan kemudian memutuskan untuk mencari dana melalui GoFundMe bagi membantu Villarruel dapat menjalani hidupnya semula.
Dia berkongsi di semua platform media sosial, dan menjadi tular di TikTok dengan lebih daripada 1.7 juta tontonan.
“Kuasa media sosial sangat luas dan ada ketikanya kita perlu menggunakannya untuk kebaikan, bukan sebaliknya,” katanya.
MW:Tahniah atas tindakan anak murid ini. Satu perbuatan yang bertanggungjawab dan mulia dalam membantu guru. Semoga lebih ramai anak murid yang mempunyai sikap sebegini. Tahu menghargai dan membalas jasa guru, meskipun bukan dengan wang ringgit, namun dapat membantu dengan seadanya.
Anak merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai bagi pasangan suami isteri. dan ramai pasangan yang mengimpikan untuk mendapat anak kembar. Rezeki bagi ibu muda ini Siti Habshah Mat Sohod, 29 dan suaminya Kamarul Arifin Razali, 34 dikurniakan 6 orang anak, melalui kelahiran secara single, kembar dua dan kembar tiga! Rezeki sungguh, 3 kali sakit bersalin dapat 6 orang anak sekaligus.
Wanita ini berkahwin pada usia 21 tahun dan suami 26 tahun pada tahun 2009, serta bunting pelamin semasa mengandung anak pertama. Anak-anaknya Taufiq Aniq,8, kembar dua (twin) Lutfiah Hana & Lutfiah Hani,7, kembar tiga (triplet) Lutfiah Aira, Lutfiah Aina & Lutfiah Aini, 3.
Menurut ibu muda yang tinggal di Klang ini, tidak mengamalkan sebarang tip, petua, supplemen atau kaedah untuk mendapat anak-anak kembar. Mungkin ia memang rezeki dan genetik sebelah suaminya yang memiliki ramai keturunan kembar serta adik beradik yang ramai 14 orang.
Menurut wanita ini, beliau dan suami terkejut dan teruja dikhabarkan oleh doktor bakal menerima kembar tiga, memandangkan kelahiran sebelum ini adalah kembar dua.
“Saya terkejut, sebab pergi 2 klinik dua-dua doktor cakap twin. selepas pergi chek up doktor hantar rujukan kepada doktor pakar di hospital untuk scan dalam rahim. Rupanya nampak ada 3 baby.Saya rasa teruja dan suami pun terkejut tak tahu nak cakap apa. Tapi saya tak terlalu berharap sangat untuk dapat anak kembar tiga. Tiada siapa pun yang tahu saya pregnant triplet masa tu. Mak mertua je tahu..sampai dah scan nampak baby masa 6 bulan baru saya bagi tahu keluarga dan mereka semua terharu dan terkejut.”
Kelahiran Pramatang
Salah satu risiko mengandung anak kembar adalah risiko bayi pramatang.Kedua-dua kelahiran kembar twin dan triplet wanita ini dilahirkan secara pramatang. Twin lahir 36 minggu dengan berat 1.9kg dan 2.2kg pada 21 September 2011, manakala Triplet lahir 28 minggu dengan berat 1kg,1.1kg, dan 1.2kg pada 8 Mei 2015, serta 2 bulan perlu duduk nicu dan sebulan dalam incubator. Bagi kelahiran single dan twin dilahirkan secara normal manakala kelahiran triplet melalui pembedahan malah mengalami masalah kesihatan sewaktu dilahirkan.
“Triplet pernah kena petussis kronik masa umur 6 bulan.Jangkitan paru-paru kronik masa baru lahir.Saya juga dulu hampir kehilangan salah seorang triplet saya disebabkan petussis(batuk kering)berjangkit dengan orang yang datang melawat anak saya.Tapi saya tak putus asa berdoa agar Allah lindungi anak-anak saya. Allah dengar segala rintihan dan doa saya.Alhamdulillah mereka semua sekarang membesar dengan sempurna dan tiada sakit berbahaya.Namun saya tetap jaga mereka sebaik mungkin,” ujar wanita ini.
Cabaran Anak Kembar
Memiliki anak kembar ada cabarannya yang tersendiri yang perlu tempuhi. Antaranya sewaktu berhadapan masalah kesihatan mereka, susun atur anak-anak didalam kereta, perbelanjaan sekolah dan segalanya yang berganda.
“Cabaran dalam membesarkan anak-anak ini ialah waktu mereka semua tidak sihat,waktu ke semua masuk sekolah,waktu nak pergi bercuti,waktu mereka bergabung explore satu rumah,waktu bawa ke kedai makan,waktu nak susun atur mereka dalam kereta,”
“Waktu demam biasanya mesti semua 6 orang demam skali, mungkin sebab berjangkit.Waktu sekolah pula time nak beli keperluan sekolah, semua nak sama.2 tahun lagi triplet pula sekolah.Perbelanjaan sangat tinggi,”
“Time nak bercuti jenuh kemas baju untuk 6 orang. Nak bawa semua pergi bercuti sangat susah nak handle.Bila nak keluar masuk kereta ayah mereka pening nak susun atur anak-anak.sebab kereta tak muat,”
“Kadang kala bawa anak-anak pergi kedai makan selalu jadi tumpuan sebab meja kami penuh dengan anak 6 orang, baby chair pun ada 3 sekali. Namun, alhamdulillah dapat uruskan mereka semua sendiri dari anak pertama lagi pantang pun sendiri,”ujar suri rumah ini.
Cara Uruskan Anak-Anak
Memandangkan anak yang ramai, jarak rapat-rapat dan masih kecil, Habshah membuat jadual tugasan khas setiap hari untuk uruskan anak-anak. Malah membuat ‘pagar’ atau penghadang untuk melindungi keselamatan anak-anaknya bermain dan memudahkan beliau membuat kerja-kerja rumah.
“Memandangkan saya tiada pembantu setiap hari ada jadual tugasan.Jadi tak susah sangat lebih-lebih lagi sejak abang dan kakak twin dah sekolah. Masa mereka 1 hari di sekolah.Jadi saya hanya uruskan triplet je di rumah.Saya ikut jadual tugasan saya setiap hari..Alhamdulillah mudah..lagipun rumah saya di bahagian depan memang suami letak pagar sebab tak nak bagi mereka main benda bukan-bukan lagi-lagi ke bahagian dapur dan tandas,”
“Saya pula memang jenis ambil berat tentang keselamatan anak-anak.Selalu risau banyak benda..mengutip,takut masuk bilik air,takut pergi dapur terkena air panas ke..minyak panas ke..banyak benda yang difikirkan..jadi saya terpaksa buat penghadang ni semua..sebab saya tak dapat nak pantau diorang setiap masa. Masa baby mereka semua main dalam ni..jadi mudah saya buat kerja tak risau..dah siap kerja baru saya keluarkan mereka, “jelas wanita ini.
Kos Tinggi Anak Kembar
Ramai orang suka nak anak kembar, tapi ramai yang terlepas pandang dengan kos perbelanjaan, yang double atau triple yang perlu ditanggung. Menurut ibu muda ini, berkenaan dengan kos perbelanjaan membesarkan anak-anak kembar diakui memang tinggi dan berganda-ganda. Seperti belanja sekolah,susu,pampers, tapi alhamdulillah rezeki anak-anaknya sentiasa ada. Perlu bijak berjimat dan ajar anak simpan duit serta tidak mewahkan mereka.
“Saya tak suka mewahkan anak-anak itu salah satu cara saya mengawal bajet. Saya jarang belikan anak-anak apa yang mereka nak, contohnya mainan, gajet,junk food. Sangat jarang saya bagi.Saya akan beli bila saya rasa saya nak beli.Jadi anak-anak pun dah faham dan tak meminta-minta.Saya selalu ajar kalau mereka nak apa-apa saya akan suruh simpan duit.Saya ada sediakan setiap orang 1 tabung,” jelas wanita ini lagi yang suaminya bekerja sendiri dalam bidang renovation dan iron works.
Mengenai perancangan untuk menambah ahli keluarga, menurut Habshah masih tiada lagi dalam perancangan. Beliau dan suami hanya mahu membesarkan anak-anak yang ada sekarang, namun tetap berserah pada kuasa Allah andai diberi rezeki, mereka menerima dengan hati terbuka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada banyak cara mak-mak simpan lauk basah dalam peti tetapi kali ini, tip yang Puan Noraniza Azmei kongsikan adalah bertujan untuk mudahkan anda yang suka masak dalam kuantiti sedikit.
Cara ini lebih praktikal sebab mak-mak cuma perlukan plastik dan lauk basah yang berbeza.
TIPS MALAS JADI RAJIN
Bila dah beli lauk pauk untuk seminggu setiap lauk saya asingkan ikut portion nak masak banyak mana dalam setiap plastik. Bukan tak nak guna tupperware tapi nak jimat ruang.
Tujuan asingkan dalam plastik sebab senang keluarkan satu plastik je lauk yang dah beku lepas itu kita rendam lauk yang nak masak je.
Kadang kita campur semua, rendam lepastu rasa banyak simpan balik peti ais kan. Buang masa satu hal. Renyah satu hal lagi.
Nampak macam malas..Tapi percayalah korang terus rajin nak masak lepas ni.
Hah, esok bolehlah terus cari lauk basah dan plastik untuk kemaskan peti macam yang ibu ini buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...