Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal iaitu sebuah dokumen yang menggariskan langkah strategik bagi membantu dan memudahcara pemformalan usahawan informal sebagai perniagaan berdaftar. 

Bertemakan ‘Pemformalan Asas Perniagaan Mampan’ Pelan Pemformalan Usahawan Informal itu telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick pada 6 Julai bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC) Kuala Lumpur. 

Menurut Ahmad Zahid, Pelan ini antara usaha kerajaan menjadikan pendaftaran sebagai norma bagi perniagaan di Malaysia. 

“Pelan Pemformalan Usahawan Informal merupakan antara usaha Kerajaan dalam menjadikan pendaftaran sebagai norma bagi perniagaan di Malaysia. Dengan pelaksanaan Pelan ini, ia dapat membantu Kerajaan mengenalpasti sumber yang boleh dibangunkan bagi memangkin prestasi pertumbuhan ekonomi dan mengelakkan ketirisan dalam perolehan pendapatan negara.  

“Kerajaan juga akan terus komited dan lebih responsif dalam usaha membantu usahawan meningkatkan prestasi perniagaan mereka bagi menyokong pertumbuhan sektor ekonomi, demi kesejahteraan rakyat. Ekosistem dan sistem sokongan yang lengkap akan menggalakkan lebih ramai usahawan informal mendaftarkan perniagaan,” ujar Ahmad Zahid. 

Pemformalan Perniagaan Bolehkan Usahawan Nikmati Pelbagai Fasilitasi & Intervensi Kerajaan

Pentingnya Usahawan Daftar Perniagaan 

Pada masa yang sama Ahmad Zahid juga  menekankan kepentingan agar usahawan yang beroperasi di Malaysia mendaftarkan perniagaan mereka mengikut undang-undang yang berkuatkuasa. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka dikenal pasti sebagai entiti yang sah bagi tujuan penyaluran bantuan dan sokongan oleh Kerajaan dan penyediaan jaringan keselamatan sosial.  

Usahawan yang tidak mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan yang sama taraf dengannya seperti badan profesional atau pejabat daerah di Malaysia Timur tidak akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini. 

“Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Kerajaan menggalakkan pendaftaran perniagaan dalam sektor informal bagi membolehkan usahawan mendapat sokongan yang diperlukan seperti pembiayaan, pemasaran dan perlindungan undang-undang. Pemformalan membolehkan pelbagai fasilitasi serta intervensi Kerajaan bagi menyokong pembangunan perniagaan disalurkan kepada usahawan secara bersasar dan inklusif.”  

IKLAN

Laporan Survei Guna Tenaga Sektor Informal dan Pekerjaan Informal 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan peningkatan jumlah guna tenaga sektor informal kepada 1.30 juta berbanding 1.26 juta pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 955,400 atau 73.4% adalah terdiri daripada individu yang bekerja sendiri atau majikan yang mengusahakan perniagaan bersaiz mikro atau usahawan informal.

Pemformalan Perniagaan Bolehkan Usahawan Nikmati Pelbagai Fasilitasi & Intervensi Kerajaan

“Mahu Usahawan Informal Libatkan Diri Secara Serius Dalam Perniagaan” – Datuk Ewon Benedick 

Pada majlis yang sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pula menyatakan usahawan informal mempunyai akses terhad untuk mendapatkan bantuan dan fasilitasi perniagaan yang diperlukan serta mudah terdedah dengan pelbagai risiko dan ancaman krisis ekonomi, sosial dan alam sekitar berikutan status perniagaan yang tidak berdaftar, menjadikan mereka antara kumpulan sasar di bawah perhatian KUSKOP.  

Pemformalan Perniagaan Bolehkan Usahawan Nikmati Pelbagai Fasilitasi & Intervensi Kerajaan

 “KUSKOP akan memperkasa ekosistem keusahawanan sedia ada untuk menggalakkan pendaftaran perniagaan secara sukarela serta memupuk minda keusahawanan dan potensi pembangunan usahawan informal agar melibatkan diri secara serius dalam bidang perniagaan.  

“Melalui pelaksanaan 6 strategi yang disokong oleh 20 inisiatif, Pelan ini juga mendidik usahawan agar lebih beretika dan berintegriti tinggi dalam melaksanakan operasi perniagaan,” ujar Ewon.  

IKLAN

Selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan yang unggul dan inklusif menjelang tahun 2030, pelaksanaan Pelan ini dilihat berupaya meningkatkan kemampanan perniagaan serta memberi perlindungan perundangan dan sosial kepada usahawan agar kalis cabaran dan sentiasa berdaya tahan.  

Pemformalan Perniagaan Bolehkan Usahawan Nikmati Pelbagai Fasilitasi & Intervensi Kerajaan

Pemformalan Perniagaan Bolehkan Usahawan Nikmati Pelbagai Fasilitasi & Intervensi Kerajaan

Pemformalan Perniagaan Bolehkan Usahawan Nikmati Pelbagai Fasilitasi & Intervensi Kerajaan

Pemformalan Perniagaan Bolehkan Usahawan Nikmati Pelbagai Fasilitasi & Intervensi Kerajaan

Pemformalan Perniagaan Bolehkan Usahawan Nikmati Pelbagai Fasilitasi & Intervensi Kerajaan

IKLAN

Selain majlis pelancaran, pada majlis masa yang sama Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan pembiayaan TEKUN Nasional berjumlah RM104,000 kepada 10 usahawan TEKUN termasuk usahawan baharu mendaftar perniagaan sebagai salah satu insentif pasca pemformalan.  

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.kuskop.gov.my atau ikuti di mana-mana media sosial KUSKOP.   

Facebook: @OfficialKUSKOPMalaysia 

Instagram: @officialmedmalaysia   

TikTok: @kuskopmalaysia   

Twitter: @KUSKOPMalaysia   

Youtube: KUSKOP Malaysia 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI