Diam tak diam, Syawal bakal menjelma. Pasti ramai yang mahu tampil bergaya di hari lebaran. Jika sudah miliki baju cantik, pastinya juga kita mahu wajah tampil berseri kerana raya hanya setahun sekali.

Namun penampilan cantik tak akan sempurna jika kulit wajah kusam, tona kulit pun tak sekata selain masalah kulit berbintik-bintik gelap yang akan merosakkan mood hari raya kita. Tapi jangan bimbang kerana set Premium Whitening Lotion dari Hada Labo akan memberikan sinaran berseri kepada wajah. Pasti si dia jatuh hati.

Sebagai jenama penjagaan kulit terkenal dari Jepun, Hada Labo bukanlah asing bagi wanita. Menekankan prinsip selamat dalam penjagaan kulit dengan ramuan yang berkesan, Hada Labo telah mempromosikan Japanese Way of Beauty untuk mendapatkan kulit berseri seperti diinginkan semua wanita.

Dalam budaya Jepun, air melambangkan penyucian dan kehidupan. Jika tidak ada air, tidak akan ada kehidupan. Samalah seperti kulit kita, penghidaratan sangat penting kerana kulit yang sihat adalah kulit yang terhidrat.

Apabila kulit terhidrat, semua masalah kulit lain (tona kulit kusam dan pigmentasi) boleh diselesaikan. Kulit kusam boleh diatasi kerana apabila kulit terhidrat, sel menjadi kenyal, cahaya dapat memantulkan lebih baik pada kulit dan akan memperbaiki tona kulit jadi lebih sekata.

Untuk mendapatkan wajah berseri dan bersih di pagi raya, apa yang diperlukan adalah  rangkaian Hada Labo Premium Whitening yang mengandungi triple brightening iaitu Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C yang mampu memberikan tiga kali kuasa pencerahan pada kulit wajah.

IKLAN

Tidak menggandungi sebarang minyak mineral, wangian, alkohol, sumber haiwan dan pewarna, setiap dari kita boleh menggunakan Hada Labo sebagai rutin penjagaan wajah sebelum mengenakan sebarang solekan bagi mendapatkan hasil yang licin dan mulus.

Lebih menakjubkan sebanyak 95 peratus pengguna mengakui keberkesanan produk mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat seawal 14 hari sementara 87 peratus mengakui kulit lebih cerah, bercahaya dan lebih berseri selepas menggunakan Hada Labo.

Sinaran Wajah Sempurna Di Pagi Raya Dengan Regime Penjagaan Kulit Dari Jepun
Inilah pencuci muka Hada Labo Premium Whitening yang buihnya boleh mengelakkan permukaan wajah kita menjadi kering.Lepas guna kulit rasa bersih dan lembut selain menghilangkan kusam pada wajah.

Mulakan rutin penjagaan wajah anda dengan Pencuci Muka Hada Labo Premium Whitening. Mengandungi tiga jenis hyaluronic Asid, kulit akan terhidrat dengan lebih mendalam selain mengelakkan permukaan wajah menjadi kering.

IKLAN

Hasilnya kulit wajah akan terasa bersih dan lembut selepas cucian serta menghilangkan kulit kusam.

Kemudian tuangkan Premium Whitening Lotion ke atas telapak tangan dan tepuk-tepuk bahagian wajah hingga menyerap.

Sinaran Wajah Sempurna Di Pagi Raya Dengan Regime Penjagaan Kulit Dari Jepun
Lepas cuci muka, tuangkan Premium Whitening Lotion ke atas telapak tangan dan tepuk-tepuk bahagian wajah hingga menyerap. Penggunaannya mampu mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat, selain mengecilkan pori-pori, menghidrat dan mencerahkan kulit. Terasa kembali remaja.

Mengandungi triple brightening dengan formula baru telah dinaik taraf memberikan pencerahan pada kulit wajah, Premium Whitening Lotion mampu mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat, selain mengecilkan pori-pori, menghidrat dan mencerahkan kulit. Ia juga membantu penjagaan kulit seterusnya untuk menyerap dengan lebih baik. Arahan penggunaan, gunakan dua kali sehari selepas membersihkan muka.

IKLAN

Akhiri rutin penjagaan wajah dengan mengoleskan Premium Whitening Water Gel. Dengan tekstur gel yang ringan, mudah diserap dan tidak melekit, ia menjadikan kulit terasa sangat lembap saat diratakan pada wajah.

Sinaran Wajah Sempurna Di Pagi Raya Dengan Regime Penjagaan Kulit Dari Jepun
Akhiri rutin penjagaan wajah dengan mengoleskan Premium Whitening Water Gel. Dengan tekstur gel yang ringan, mudah diserap dan tidak melekit, ia menjadikan kulit terasa sangat lembap saat diratakan pada wajah.

Sesuai digunakan sebelum mengenakan mask, ia juga membantu meratakan tona dan mencerahkan kulit.

Jadi untuk kelihatan menawan dan miliki wajah berseri di hari raya ini,  dapatkan set rangkaian Pemutihan Premium Hada Labo, tersedia di semua rangkaian farmasi utama!

Boleh juga layari laman web www.hadalabo.com.my dan follow laman sosial Hada Labo di Facebook, Instagram dan YouTube.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI