Satu ketika dahulu Norazlin Nordin, 45, pernah bertugas sebagai seorang penjawat awam manakala suami, Mohd Arifin Shah pula bekerja sebagai Jurutera Kanan di sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka negara. Namun, pasangan suami isteri ini tetap mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung keperluan keluarga kecil mereka.
Hutang Belajar
Tertekan dengan hutang pengajian suami ketika melanjutkan pengajian di luar negara yang perlu dilunasi, wanita ini mencari solusi lain bagi merungkai kemelut kewangan yang membelenggu dirinya.
Kekusutan itu menemukan dia dengan Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd, yang akhirnya memberi impak besar dalam kehidupannya.
“Walaupun saya dan suami mempunyai pekerjaan tetap, tetapi saya secara peribadi perlu memperuntukkan sejumlah bajet saban bulan bagi melunaskan hutang pengajian ketika melanjutkan pelajaran ke luar negara satu masa dulu.
“Dalam masa yang sama kami berdua inginkan kebebasan kewangan dan kebebasan masa sebelum berusia 40 tahun. Berbagai usaha kami lakukan untuk mencari pendapatan tambahan.
“Kami pernah menjual pakaian kanak-kanak, pakaian Muslimah, berniaga kain pasang, menjual tudung dan juga kerongsang. Selain itu kami juga pernah membuat pelaburan saham, MLM dan tidak ketinggalan menyertai pelaburan skim cepat kaya. Sebenarnya ia sedikit pun tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya kami berdua menanggung kerugian yang bukan sedikit.
“Sejujurnya kami hampir putus asa, saya kemudian menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana kerana beranggapan sebaik lulus nanti, gaji bulanan kami juga akan naik sekitar RM400 ke RM500 sebulan.
“Saya dan suami juga bersepakat untuk tinggal berasingan untuk tempoh lima tahun lamanya. Saya sanggup berkorban kerana ketika itu gaji yang ditawarkan kepada suami cukup lumayan,” kongsinya mengenai fasa sukar yang dilalui demi merencana perjalanan kewangan mereka dan menjadi sebahagian daripada memori suka duka rumah tangganya.
Ads
Stigma Negatif Tentang MLM
Selaku orang yang bekerja di dalam lapangan profesional, Norazlin agak skeptikal dengan MLM. Baginya konsep niaga sebegini punya pelbagai isu tersembunyi dan tidak menguntungkan.
“Sebagai seorang yang berkerjaya di bidang profesional ketika itu, MLM sememangnya terkeluar daripada senarai pilihan menjana pendapatan tambahan. Bagi saya secara peribadi MLM itu merupakan perniagaan untuk golongan kelas bawahan. Mungkin juga sebelum ini saya sering disogokkan dengan berita tak benar berkenaan MLM membuatkan saya cukup negatif apabila berbicara mengenainya.
“Benarlah kata pepatah lama, tak kenal maka tak cinta. Persepsi saya dan suami terhadap MLM berubah sebaik kami membaca sebuah buku berjudul, Rich Dad Poor Dad karya jutawan terkemuka dunia Robert Kiyosaki. Menurut penulisan beliau, MLM merupakan perniagaan yang paling mudah kerana sistem yang telah sedia ada untuk diikuti dan bermodal kecil.
“Saya kemudian menjadi pengguna produk di bawah Sahajidah Hai-O (SHOM) dan berpeluang merasai sendiri keberkesanannya. Berpuas hati dengan mutu produk, saya mula mengkaji Biz Plan SHOM dan mula aktif menjana pendapatan tambahan dengan menjual produk. Alhamdulillah, lama kelamaan minat dan pendapatan bertambah,” jelas wanita ini yang tidak menyangka MLM yang dibenci satu ketika dahulu hadir membawa rezeki luar biasa buat diri dan keluarganya.
Ads
Norazlin Nordin bergambar bersama lebih 1400 cikgu biz online dari 100,000 orang
Keberhasilan Yang Melegakan
Jika sebelum ini, walaupun pendapatan gabungan dirinya dan suaminya mencapai angka belasan ribu sebulan, dia cukup berkira dalam membelanjakannya kerana tidak mahu membazir. Namun, stigmanya berubah secara total selepas empat tahun pertama menuai hasil tambahan bersama SHOM.
“Dulu ketika makan gaji, kami cukup berkira-kira untuk reward diri sendiri. Kami tidak pernah melancong ke luar negara kerana merasakan kos yang diperlukan cukup besar, rasa sayang duit dan membazir. Walau bagaimanapun, empat tahun pertama bersama Hai O secara sambilan, saya layak menerima insentif berupa melancong ke luar negara secara percuma sebanyak sembilan kali.
“Rezeki empat tahun pertama telah membawa saya ke serata dunia, antaranya Shanghai, Perth, Kunming, Lake Toba, Istanbul, Beijing dan Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah juga secara percuma.
“Selain itu Swiss, Paris, German, Jerman, London, Itali dan Austria antara destinasi percutian yang saya jejaki bersama MLM yang saya pandang rendah satu ketika dulu. Sehingga kini lebih daripada 40 kali saya mendapat insentif melancong secara percuma. Apa yang sungguh menyeronokkan adalah insentif ini saya menikmatinya bersama suami dan beratus lagi rakan bisnes,”ujarnya lagi.
Ads
Norazlin, disamping suami tercinta; Mohd Arifin Shah sentiasa ada di sisi baik disaat susah mahupun senang
Target Tercapai
Ibu kepada empat orang cahayamata ini bersyukur kerana ada ramai pemimpin-pemimpin hebat dalam kumpulannya. Sehingga Februari 2020 ada 176 orang CDM (pangkat tertinggi). Jualan berkumpulan dalam masa sembilan tahun kebelakangan ini pula telah melebihi RM745 juta. Yang paling mengujakan beliau dan suami telah menerima pendapatan enam angka sebulan selama enam tahun!
Sebenarnya sebelum memilih janaan pendapatan menerusi medium ini, Norazlin dan suami amat mengambil berat peningkatan kerjaya. Mereka pernah menyasarkan mahu memandu sebuah kereta idaman mewah di usia melangkah ke angka 40 tahun.
“Sebelum terlibat dalam bisnes ini secara peribadi kami memasang impian untuk memandu sebuah kereta mewah di usia menjengah angka 40 tahun. Alhamdulillah dengan slip bonus bisnes, kami berjaya membeli kereta idaman yang diimpikan iaitu Honda Civic, Mercedes C-Class, Mercedes E-Class, BMW 5 Series berserta dua buah rumah. Apa yang lebih membahagiakan, kesemuanya sudah pun dibuat full settlement.
“Selain itu kami juga telah pun membeli sebuah lagi rumah impian dan hasil ilmu pengurusan kewangan dan bonus daripada berniaga, kami berkesempatan untuk membeli lot tanah, kebun kelapa sawit, emas fizikal, saham dan beberapa pelaburan lain yang kami lakukan sebelum berusia 38 tahun lagi. Alhamdulillah, banyak sasaran kami tercapai dan berjaya direalisasikan sebelum usia 40 tahun hasil komited dalam bisnes.
“Sejujurnya untuk sukses dalam bidang ini, anda perlulah berguru dengan mentor yang betul dan telah terbukti berjaya. Elakkan sifat negatif dan hati kena sentiasa baik. Apabila kita berjaya, jangan lokek membantu mereka yang sedang memanjat tangga kejayaan.
“Saya bersyukur kerana tiap langkah saya, diiringi dengan usaha serta dorongan berterusan suami. Kini tiba masa kami pula, membantu mereka yang di bawah untuk sama-sama sukses dan membebaskan diri daripada belenggu kewangan, hidup lebih bahagia dan gembira,”akhiri wanita ini dalam melakar kejayaan cemerlang di dunia niaga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Secara tak langsung, rambut yang sihat dan kuat membuatkan ramai wanita di luar sana terus positif menghadapi dugaan mendatang. Menyedari bahawa kekuatan wanita datang dari dalam, Dove mengambil inisiatif berkongsi kisah wanita luar biasa menerusi Kempen KekuatanMu, KecantikanMu agar menjadi inspirasi buat wanita di luar sana.
Kali ini Dove mengambil inspriasi dua kisah wanita luar biasa ini untuk memberi motivasi kepada wanita di luar sana yang turut dibelenggu masalah yang sama. Kadang-kadang dalam masalah orang lain terselit inspirasi buat anda untuk teruskan semangat hidup.
Kedua wanita ini mendapat kekuatan dalaman apabila bebas daripada masalah rambut yang membelenggu. Ujian yang berat dihadapi ternyata tidak mematahkan semangat kedua-duanya.
“Ada ketikanya saya benar-benar sedih, rasa diri keseorangan. Kenapa saya mendapat ibu, ayah macam ni… tapi saya tak nak mengubah mereka dan saya tak mahu ibu, ayah yang lain. Saya satu-satunya peluang mereka dan saya akan memikul tanggungjawab ini.” – Ashiqeen.
Sedari kecil, Ashiqeen dibesarkan dalam suasana yang agak tertekan tidak membuatkan dia putus asa dengan hidupnya. Sebaliknya ujian dalam hidup membuatkan wanita ini bertambah kuat untuk menempuh hari mendatang dengan membuktikan dia juga mampu mengejar cita-citanya untuk bergelar seorang peguam.
Sharifah terus bangkit menguruskan empat anaknya walaupun kadangkala tewas juga dengan perasaan sendiri. Maklum sajalah perlu menjadi ibu dan ayah dalam masa serentak kerana jauh daripada suami.
“Suami terkandas di Singapura, anak mestilah kerap bertanya mana daddy, kenapa daddy tak balik. Memang rasa penat terpaksa uruskan empat anak seorang diri dan dalam masa yang sama perlu bekerja.
“Saya rasa penat, hampir putus asa dan kesannya rambut saya mulai gugur dengan banyak. Setiap kali rasa putus asa, saya bertanya pada diri, siapa lagi yang akan menjaga mereka. Pendorong dan semangat kekuatan saya sebenarnya adalah anak-anak.”- Sharifah.
Peluang Untuk Menang Hadiah
Selain meraikan dua wanita hebat ini, Dove juga memberi peluang istimewa buat semua untuk memenangi hadiah dalam meraikan insan terhebat dalam hidup kalian. Setiap orang pasti saja mempunyai individu atau idola yang menjadi sumber inspirasi atau kekuatan selama ini.
Jom sertai kempen ini dengan cara yang cukup mudah bermula 1 hingga 28 Februari ini.
Langkah 1:
Calonkan nama seorang wanita yang mempunyai kekuatan dalam hidup anda dan muat naik gambar mereka ke Instagram dengan kapsyen (kurang daripada 100 perkataan)
Langkah 2:
Jangan lupa sertakan sekali #dovemy dan tag @dovemy. (Pastikan profil anda ditetapkan kepada PUBLIC)
Langkah 3:
Jika anda terpilih, anda akan berpeluang memenangi set pengering rambut berjenama dari Dove yang bernilai RM2199.
Kekuatan Diri Datang Dari Dalam
Rambut gugur boleh menjadi satu mimpi ngeri terutama bagi golongan wanita tidak kiralah bagi yang bertudung atau tidak. Keguguran rambut sebenarnya berpunca daripada pelbagai perkaranya, antaranya:
Tekanan fizikal
Sebarang jenis pembedahan trauma fizikal, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan kehilangan atau keguguran rambut.
Tekanan emosi
Tekanan emosi kurang berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut berbanding daripada tekanan fizikal, tetapi ia masih boleh berlaku. Ditinggalkan seorang diri, berjauhan dengan suami juga menjadi punca kepada rambut gugur.
Kehamilan
Kehamilan adalah satu contoh jenis tekanan fizikal yang boleh menyebabkan keguguran rambut (selain hormon). Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih ketara selepas bayi anda dilahirkan.
Keturunan
Rambut gugur dan makin menipis di kalangan wanita juga kadang-kadang juga berpunca daripada keturunan.
Hormon wanita
Perubahan dalam keseimbangan hormon yang berlaku semasa menopause dan pengambilan pil kawalan kelahiran mungkin juga menjadi punca rambut gugur.
Dilengkapi dengan kalsium micellar, rangkaian syampu Dove ini mampu menyuburkan rambut, mumulihkan dan melembapkan rambut rosak daripada akar sehingga hujung seterusnya mengurangkan keguguran rambut sehingga 10 kali lebih berkesan.
Sudah tentu, dengan penggunaan produk syampu yang sesuai akan membuatkan rambut wanita bertambah kuat dan sihat. Secara tidak sedar, rambut yang sihat membolehkan wanita sentiasa tampil yakin, kuat dan cantik sama ada dari dalam atau dari luar dalam menghadapi setip ujian yang mendatang.
Oleh itu jangan ketinggalan dapatkan sebotol sebotol kekuatan anda dari Guardian hari ini & dapatkan Kapsul Vitamin Dove PERCUMA* dengan pembelian RM60 untuk produk penjagaan rambut Dove (termasuk 1 unit produk rambut Dove Micellar).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Langkah terbaik untuk memastikan mak, ayah serta keluarga tidak dijangkiti Covid-19 adalah kekal duduk di rumah. Sejak itu banyak urusan harian semuanya dilakukan atas talian, termasuklah melakukan tugas-tugas pejabat di rumah saja, membeli-belah secara online dan anak-anak juga mengikuti sesi pembelajaran PdPR (pengajaran dan pembelajaran di rumah).
Terlalu lama mengadap telefon, komputer dan laptop tentu sahaja membosankan sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, apa kata mak, ayah ceriakan hari anda dengan melakukan sedikit senaman, aerobik atau pergerakan ringan demi menjamin kesihatan mental dan fizikal.
Tidak perlu keterlaluan, luangkan masa dalam 15-20 minit sehari. Lakukan bersama anak-anak dan ahli keluarga barulah seronok. Lebih manis, jika aktiviti ini dirakam dan dimuatnaik di akaun media sosial mak ayah.
Kempen #RexonaMoveForGood
Sebagai tanda menghargai dan sokongan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang terhimpit di tengah-tengah pandemik ini,
Rexona telah melancarkan kempen #RexonaMoveForGood yang bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos.
Kempen ini menjadi inisiatif Rexona mendidik masyarakat untuk percaya bahawa melalui kuasa gerakan mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga golongan kurang bernasib baik seperti OKU, paling penting kita semua kekal selamat dengan berada di rumah.
Semua orang tahu bahawa aktiviti gerakan mampu mengubah kehidupan dan ia turut membantu diri sendiri bertindak melebihi keupayaan.
Malahan gerakan juga mampu menyatupadukan rakyat, komuniti OKU dan merangsang perubahan sosial yang positif. Oleh hal yang demikian, semua orang harus mendapat manfaat semaksimum mungkin daripada aktiviti fizikal, mental dan juga sosial.
Percaya atau tidak, masih ramai lagi OKU yang berada di rumah tanpa dibawa bersukan dan berekreasi walaupun diketahui bahawa aktiviti ini boleh membangunkan fizikal dan minda mereka.
Bukan hanya pihak kerajaan dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan), OKU juga memerlukan sokongan daripada segenap masyarakat untuk mengubah gaya hidup mereka.
Muatnaik Video WorkOut
#RexonaMoveForGood
Oleh itu, jom muatnaik video senaman atau tarian anda dengan tanda pagar #RexonaMoveForGood di akaun Facebook atau Instagram. Bagi setiap video yang dimuatnaik, Rexona akan menderma RM10 kepada pertubuhan yang memerlukan.
Setakat ini Rexona berkerjasama erat dengan tiga pertubuhan NGO iaitu Persatuan Orang Cacat Malaysia, Independent Living & Training Centre Malaysia, Special Olympics Selangor yang percaya bahawa kehidupan atau kekurangan OKU boleh diatasi jika mereka percaya dengan keupayaan diri untuk bergerak bebas setelah memiliki inspirasi.
Menjadi objektif utama Kempen #RexonaMoveForGood dalam memastikan pertubuhan ini mendapat keperluan khas bagi membantu pergerakan seharian mereka. Antaranya, kerusi roda, anggota tubuh prostetik dan peralatan sukan yang bersesuaian untuk golongan OKU.
Bukan sahaja menyihatkan, malah menjadi lebih bermakna apabila video senaman atau pergerakan mak, ayah dapat membantu golongan kurang berupaya secara tidak langsung.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini berkaitan kempen #RexonaMoveForGood, ikuti Rexona di Facebook dan Instagram.
Deodoran Rexona Pilihan Terbaik
Sudah tentu aktiviti pergerakan atau senaman banyak mengeluarkan peluh dan kadang-kadang membuatkan mak, ayah kurang selesa jika badan berbau jika tersalah pilih deodoran.
Ternyata Rexona adalah pilihan yang terbaik dengan perlindungan maksimum sepanjang hari walaupun mak, ayah hanya berada di rumah. Uniknya deodoran Rexona direkakhas bagi memenuhi tuntutan yang berbeza sama ada lelaki atau wanita.
Bagi mak-mak hanya perlu menggunakan produk dari Rexona iaitu deodoran Rexona Brightening + Anti Stain yang dilengkapi dengan vitamin dan ekstrak buah lemon asli yang mampu mencerahkan kulit di bahagian bawah lengan secara semula jadi.
Manakala untuk ayah-ayah boleh dapatkan Rexona Natural Cool Fresh Lime ini untuk kekal segar sepanjang masa.
Malahan, deodoran ini juga dirumuskan dengan teknologi wangian kapsul yang dikenali sebagai motionsense dengan haruman segar buah sitrus.
Dengan adanya teknologi motionsense ini, pengguna akan menikmati 5 kali kesegaran daripada kebiasaan yang sudah tentu mampu mengekalkan bau wangi dalam setiap pergerakan yang dilakukan. Jadi pengguna tidak perlu risau untuk kekal aktif dalam melakukan aktiviti harian di rumah.
Di samping itu, deodoran dengan haruman sitrus ini seperti lemon atau limau dikatakan dapat merangsang pengeluaran serotonin iaitu hormon gembira. Oleh itu secara automatiknya, ia akan mengurangkan tekanan dengan membuatkan anda tenang walaupun sibuk beraktiviti.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari;
Perjalanan kehidupan sering menguji kekuatan Wanita. Bagi Noor Hamisah Binti Mohamed Sha’ari, cabaran yang datang tidak pernah mematahkan semangatnya. Dalam menghadapi kesukaran kewangan yang hampir meragut segalanya termasuk rumah dan kereta, Noor Hamisah atau lebih mesra disapa Kak Mimie bangkit dengan keberanian untuk mengubah jalan hidupnya.
Kini, dia adalah simbol kekuatan dan inspirasi, bukan hanya sebagai seorang pemandu Grab tetapi juga sebagai pendidik kecergasan serta ibu penyayang.
Pernah satu ketika, Noor Hamisah berada di persimpangan hidup. Pekerjaan yang diceburi ketika itu tidak memberikan kestabilan dari segi kewangan sekaligus menyebabkan dirinya terjerumus dalam hutang yang hampir menghancurkan segalanya.
Namun, enggan diri dibelenggu bebanan hutang yang tiada berpenghujung, dia memilih untuk bertindak. Keputusan untuk menceburi kerjaya sebagai pemandu Grab bukan sekadar pilihan, tetapi peluang untuk memulakan hidup baharu.
“Saya sangat berbangga kerana akhirnya dapat membeli kereta impian saya sendiri dan melangsaikan hutang tanpa bantuan sesiapa,” kongsi Noor Hamisah dengan penuh rasa syukur. Keberaniannya membuktikan bahawa kegigihan dan pengurusan masa yang baik mampu mengubah kehidupan.
Selain memandu Grab, Noor Hamisah merupakan seorang jurulatih kecergasan, pekerjaan yang telah lama menjadi minatnya. Baginya, menjaga kesihatan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga sebagai inspirasi kepada orang lain. Sebagai pemandu Grab yang sering duduk selama 8 hingga 10 jam sehari, dia amat menekankan pentingnya aktiviti fizikal untuk mengekalkan keseimbangan hidup.
“Saya tidak akan memandu Grab jika saya mempunyai kelas kecergasan. Saya pastikan tugas saya sebagai jurulatih selesai sebelum mula memandu,” katanya. Semangat ini menunjukkan disiplin tinggi beliau dalam mengimbangi kerjaya dan gaya hidup sihat.
Bagi Noor Hamisah, kerjaya sebagai pemandu Grab adalah peluang yang memberikannya kebebasan waktu. Tidak seperti pekerjaan tradisional yang memerlukan kebenaran majikan, Grab membolehkannya mengatur jadual sendiri, memberi masa yang berkualiti bersama anak-anak, memasak dan menjalankan tugas sebagai seorang suri rumah dengan tenang.
“Kerjaya ini memberi fleksibiliti untuk saya hadir dalam kehidupan anak-anak. Melihat mereka membesar dan menyediakan keperluan mereka tanpa risau tentang kewangan merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai,” kongsinya dengan penuh rasa bangga.
Selain manfaat pendapatan, Noor Hamisah juga menghargai peluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang melalui Grab. Menurutnya, setiap penumpang memberikan peluang untuk dirinya belajar sesuatu yang baharu. Lebih daripada itu, Noor Hamisah turut membantu mereka yang memerlukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
“Saya percaya kerjaya gig seperti ini adalah ruang yang besar untuk wanita menjana pendapatan. Janji rajin dan tahu mengurus masa,” jelas Noor Hamisah, menekankan bahawa kerjaya ini bukan sekadar pekerjaan biasa tetapi platform untuk pembangunan diri.
Keselamatan dan Profesionalisme
Noor Hamisah memuji teknologi keselamatan yang diterapkan oleh Grab, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk wanita. Baginya, aplikasi Grab bukan sahaja memberi kemudahan tetapi juga keyakinan untuk bekerja tanpa rasa ragu.
“Kerjaya ini memerlukan tahap kecekapan, fokus, dan motivasi yang tinggi. Anggaplah ia sebagai kerjaya profesional. Kita juga adalah duta kecil untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia,” pesannya kepada wanita lain yang berminat menceburi bidang ini.
Inspirasi untuk Wanita Lain
Kisah Noor Hamisah merupakan bukti bahawa kekuatan wanita tidak mengenal batasan. Dengan tekad, beliau berjaya mengatasi cabaran, membina kehidupan yang stabil, dan mencipta kebahagiaan untuk dirinya serta anak-anak. Fleksibiliti, dedikasi, dan keupayaan beliau mengurus masa menjadikan beliau sumber inspirasi kepada wanita yang ingin mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga.
Wanita ini telah menunjukkan sisi berbeza kerjaya gig seperti Grab bukan sekadar peluang pekerjaan, tetapi cara untuk membina kehidupan lebih bermakna. Dengan sikap positif dan keberanian, dia terus menjadi contoh bahawa wanita mampu berjaya dalam apa jua keadaan.
Kempen #SisBoleh Bersama Grab merupakan inisiatif pemerkasaan wanita yang diperkenalkan oleh Grab Malaysia. Ia bertujuan menyediakan sokongan menyeluruh kepada wanita yang menjadi rakan-pemandu dan rakan-penghantar di platform Grab, dengan penekanan khusus pada aspek keselamatan.
Melalui kempen #SisBoleh Grab Malaysia komited untuk memperkasakan wanita dengan menyediakan peluang pendapatan yang fleksibel, latihan kemahiran, dan sokongan komuniti, sekaligus mempromosikan kesaksamaan gender dalam ekonomi gig.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Kepada Penyondol, Bolehlah Jadi Nombor Satu Sekarang” itulah antara ayat yang dikongsikan oleh pelakon senior Farisha Irwayu menerusi sebuag video yang dikongsi di laman...