Bila tengok orang lain cerdik dalam akademik, kita tentunya rasa bangga atas kejayaannya. Mula tertanya-tanya bagaimana dia uruskan masa antara belajar dan masa terluang.
Begitulah kita. Kalau boleh kita mahu pun anak-anak cerdik dalam bidang akademik dan dapat anugerah yang hebat. Itulah menjadi kebanggan untuk mak ayah dan orang lain juga.
Bila cerdik dalam akademik, kita terbayangkan masa depannya yang cerah dengan kerja yang hebat dan gaji besar nanti. Bagaimana pula dengan orang yang tak pandai, mungkinkah sebaliknya terjadi pada masa depannya.
Selalunya begitulah tanggapan kita pada orang yang cerdik dalam akademik. Pasti akan hidup senang. Jangan terus beranggapan bahawa tidak berapa pandai tidak boleh cerdik dalam hidupnya.
Malah, mungkin yang tercicir dalam pelajaran masa dulu-dulu, kini hidup lebih baik daripada orang yang cerdik masa kita belajar dulu. Rezeki yang Allah telah tentukan.
Selalu dengar, orang yang cerdik ini, hanya mampu ‘makan gaji’ tapi orang yang tercicir masa belajar dulu, kini jadi ‘bos’ sebab dia hebat dalam mencari duit. Kita tak tahu.
Itulah yang dikongsikan oleh peguam ini, Hayat Muhamad tentang istilah cerdik yang bukan hanya pada akademik saja ye. Jadi, anda tergolong dalam cerdik yang mana?
Hanyalah salah satu kecerdikan. Dalam pendidikan, dia skor. Highest. Pointer 4.2 Sekolah dia paling pandai. Cikgu ajar 10 perkara, 10 perkara masuk dalam kepala. Kalau buka buku, halaman sebelah kena tutup, kalau tidak semua masuk sekaligus.
Ads
2. Cerdik Mengurus
Akademik mungkin tak berapa pandai. Tapi bahagian mengurus, dia nombor satu. Urus rumahtangga, kebun mahu pun urus kilang. Kalau kendalikan majlis kahwin, dia kepala. Sekolah dia tak pandai. Dia nampak step awal kena buat apa hingga selesai.
3. Cerdik Survival
Orang macam ni dia banyak perancangan. Kalau Plan A tak boleh, Plan B ada. Begitulah seterusnya. Dia boleh berfikir dari banyak segi. Dalam kepala dia banyak cara untuk capai matlamat dia. Tak ada kapak, pakai batu, tak ada batu, pakai kayu, tak ada kayu, hempas ke tanah.
4. Cerdik Hikmat
Orang macam ni dia banyak mutiara kata. Cakap pun tak banyak. Langkah dia pun perlahan. Tapi sekali dia bercakap, kata- kata tu panduan. Kena pada tempat. Terpanah di sudut hati. Orang macam ni biasa dekat dengan Allah. Afala tatafakkarun.
5. Cerdik Duit
Sekolah tak pandai tapi pandai buat duit. Bagi modal 50 jadi 100. Bagi 100 jadi 500. Nampak je idea nak jual apa. Gifted jugak. Mulut manis je. Jumpa orang ada je benda nak jual. Kalau campak ke mana pun, dia boleh hidup.
Mingguan Wanita : Setiap orang Allah dah tetapkan rezeki dan jalan hidupnya. Paling penting nak capai semua itu, kena usaha.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Demi ‘cinta’ dan harta ramai yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi hasrat hati. Hinggakan mudah terpedaya apabila dijanjikan dengan pelbagai janji manis dan ganjaran mewah.
Terbaru, seorang wanita sanggup mengeluarkan ‘modal’ RM4,200 demi memenuhi hasratnya menjadi isteri seorang ‘menteri’ yang dikenali melalui laman sosial Facebook, awal bulan ini.
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Dihubungi Menerusi Aplikasi WhatsApp
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki tersebut menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp bagi menyatakan hasratnya itu.
Menurutnya, sekiranya mangsa setuju, dia diminta berurusan dengan seorang wanita bernama Siti yang bertugas sebagai pengurus bank kepada ‘menteri’ itu.
“Mangsa yang bersetuju untuk menjadi isteri lelaki tersebut diminta membuat bayaran RM4,200 sebagai yuran proses perkahwinan mereka.
“Pada Jumaat lalu, mangsa membuat bayaran seperti diminta melalui mesin deposit sebuah bank ke akaun bank atas nama seorang lelaki,” katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.
Buat Laporan Polis
Mohd Wazir berkata, selepas bayaran itu dibuat, mangsa mula curiga dan syak bakal suaminya itu penipu yang menyamar dengan menggunakan nama menteri berkenaan.
“Mangsa yang mengalami kerugian RM4,200 tampil membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh pada Ahad.
“Tindakan itu diambil mangsa kerana bimbang dengan keselamatan diri, keluarga dan hartanya di kemudian hari,” katanya.
Tambah beliau, polis percaya suspek menggunakan identiti salah seorang menteri untuk menipu mangsa hingga mengalami kerugian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya.
Mingguan Wanita: Pesanan buat wanita, jangan mudah terpedaya dan ‘melayan’ mesej atau panggilan daripada orang yang tidak dikenali. Apatah lagi jika tak pernah bersua muka. ‘Terdesak’ bagaimanapun dijanjikan ‘bulan dan bintang’, sebaiknya siasat dahulu betul-betul bagi mengelakkan diri daripada ditipu.
Keadaan bayi ‘hamil’ mengandungkan janin meskipun tidak dapat diterima fikiran namun ia tidak mustahil berlaku dalam dunia perubatan.Kejadian yang berlaku di New Delhi, India, seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan janin tumbuh di dalam tubuhnya selamat menjalani pembedahan baru-baru ini.
Menurut ibu bapa kepada Prinsa Rathava yang kini berusia tujuh bulan, menyedari terdapat benjolan yang tumbuh dengan cepat dalam tubuh anak mereka.
Manish dan Motisingh Rathava membawa bayi tersebut menjalani pemeriksaan di mana sepasukan doktor melakukan pembedahan di Hospital Awam di Gujarat untuk membuang janin cacat itu pada 19 Februari lalu.
Hanya 200 Kes Seluruh Dunia
Dunia perubatan menggelarnya sebagai ‘fetus in fetu’ yang mana keadaan itu jarang berlaku dan hanya 200 kes pernah dilaporkan di seluruh dunia.
Ketua Jabatan Pembedahan Pediatrik, Dr Rakesh Joshi berkata, 130 gram janin dikeluarkan dari bahagian usus dan buah pinggang bayi terbabit.
“Dia harus membesar dengan sihat. Dalam kes ini, janin belum berkembang itu mempunyai jalur vertebra normal, tisu otak, kepala, tunas anggota badan dan dubur.
Ibu bapa bayi tersebut mula menyedari struktur seperti benjolan itu ketika dia berumur lima bulan. Benjolan itu kemudiannya membesar pada kadar membimbangkan.
“Pembentukan itu berlaku disebabkan oleh pemisahan kembar tidak lengkap yang gagal berkembang dan sebaliknya menjadi parasit dalam badan kembar yang sihat,” jelasya.
Ujarnya lagi, prosedur pembedahan itu agak sukar, namun Prinsa semakin pulih, tiada komplikasi pada masa depan dan dia akan membesar secara normal.
Macam-macam jenis penyakit ada, jaga pemakanan dan gaya hidup serta berdoalah banyak-banyak agar diberi kesihatan yang baik buat diri dan keluarga kita.
Sedihnya apabila melihat sebuah video yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew tentang kedaifan sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah pondok buruk di celahan semak.
Bagus sungguh, Ustaz Ebit Lew sikapnya yang mulia dan prihatin tak pernah putus semangat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia.
Sedihnya, 6 Bulan Keluarga Ini Tinggal Di Pondok Buruk
Keadaan keluarga daif itu yang tinggal di Kajang cukup menusuk sanaburi, malah khabarnya pasangan suami isteri dan dua orang anak remajanya itu sudah enam bulan tinggal di pondok buruk itu.
“Sayunya hati. Tadi kami ke Kajang Selangor. Dapat berita sepasang suami isteri dengan dua orang anak remaja sudah enam bulan tinggal dalam pondok buruk di celah semak sebelah laluan kereta api.
“Kasihan mereka. Mak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara. Ujian mereka. ayah bekas askar. Anak lelakinya 18 tahun kerja kutip sampah. Rajin orangnya. Tiada SPM last belajar darjah 6. Saya tengok ic. Alamat Kajang.
“Menangis Melihat Keadaan Adik Ini”
“Menangis melihat keadaan adik ni. Saya minta team ambil mak dan adiknya. Supaya semua dapat duduk semula kembali. Saya carikan rumah sewa untuk mereka. InsyaAllah kita akan bayar sewa bulannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri. Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin. Adik ni nak buat part time disitu.
“Adik ni menangis gembira. Muda lagi dapat beri kehidupan baru buat keluarga. Kata saya,dulu saya tiada duit keluarga saya susah. Sekarang Allah beri rezeki lebih sikit pada saya tapi mak ayah saya dah tiada. Adik syukur muda-muda kerana rajin Allah takdirkan kita berjumpa disini. Terima kasih ustaz.
“Terima kasih kak Rose dan keluarga yang mesej saya dan masyarakat sekitar yang selalu dan banyak membantu.
Semoga Allah Bantu Mudahkan
“Adik tadi nak belajar solat dan lain-lain. InsyaAllah kami akan membantu. Doakan ye buat keluarga ini yer.
“Semoga Allah bantu mudahkan. Terima kasih semua masyarakat badan kerajaan dan bukan. Terima kasih Masjid dan Pusat Zakat. Terima kasih NGO semua. Terima kasih yang bersama usaha ini. Terima kasih jiran masyarakat prihatin. Terima kasih semua. Kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha yang besar ini.
“Dengan pertolongan Allah juga. Tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah. Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara,” tulis Ustaz Ebit.
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...