Memang seronok ada anak ramai berderet apatah lagi beranak ramai pada usia yang masih muda. Namun perlu ingat setiap anak yang lahir, mak ayah perlu sertakan dengan amanah dan tanggungjawab pada anak-anak tersebut. Dijaga, diberi perhatian, kasih sayang serta dibimbing sebaiknya.

Ini yang dikongsikan oleh pelakon Rozlinawaty Ismail,39 atau lebih dikenali sebagi Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan,36 dalam instagramnya baru-baru ini. Pasangan ini diketahui mempunyai anak yang ramai iaitu 5 orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.

Kongsinya;

“NYAWA… selalu jumpa makcik-makcik mesti diorang akan cakap.. bagus muda-muda dah anak berderet.. tapi kalau tanya laki aku jawapan dia;

“Sayang, kalau you pregnant lagi mesti best kan.. sekali dapat girl.. dah cukup dapat 3 laki 3 pompuan..” dalam hati aku.. “Ehh ehhh orang tua nih.. dia ingat aku nih kilang biskut? Tekap dapat tekap dapat..”

IKLAN

“Kalau nak ikutkan 7 orang dah anak kitorang.. 2 dah standby tunggu kitorang.. takde rezeki nak peluk kat sini.. korang suka tak anak ramai.. aku suka.. tapi tanggungjawab kena seiring la..jangan reti beranak jek pastu anak terbiar, pantang betul aku”

“Untuk aku nak beranak ramai ke sikit ke bergantung pada individu.. ada orang cakap anak nih pun rezeki jugak.. iyeee anak rezeki.. So kena jaga.. tanggungjawab kita bukan setakat besarkan, bagi makan pakai..tanggungjawab kita besar, sebab anak-anak nih wujud sebab kita yang nak.. so Allah bagi..jangan diabaikan”

“Nak mendidik kita perlu membimbing, bukan mengarah.Banyak aku belajar.. setiap anak banyak benda baru aku dapat.Dengan anak la aku belajar segalanya. Semakin hari semakin positif dan kami belajar untuk jadi yang lebih baik.”

IKLAN

“Penat?? Yes!! Tapi berbaloi.. aku happy, bersyukur! So saja la nak tanya.. kalau korang la kan.. patut ke aku dengar cakap laki aku suh ngandung lagik.. aku kalau boleh tak mo umur 50.. anak aku masih sekolah lagik..aku suka pikir banyak benda. Macam sempat ke tengok anak kawin.Ntah pape tah kan aku.. ke korang pun sama??

View this post on Instagram

NYAWA… selalu jumpa makcik2 mesti dorg akan ckp.. bagus muda2 dh anak berderet.. tp kalau tanya laki aku jawapan dia “Sayang, kalau u pregnant lagi mesti best kan.. skali dpt girl.. dah cukup dpt 3 laki 3 pompuan..” dlm hati aku.. “ehh ehhh org tua nih.. dia ingat aku nih kilang biskut?? Tekap dpt tekap dpt..” kalau nak ikutkan 7org dh anak ktorg.. 2 dh standby tunggu ktorg.. xde rezeki nak peluk kt sini.. korg suka x anak ramai.. aku suka.. tp tanggung jawap kena seiring la.. jgn reti beranak jek pastu anak terbiar.. pantang betul aku..utk aku nak beranak ramai ke sikit ke bergantung pada individu.. ada org ckp anak nih pun rezeki jugak.. iyeee anak rezeki.. so kena jaga.. tanggungjwp kita bukan setakat besarkan, bg makan pakai.. tanggungjwp kita besar.. sb anak2 nih wujud sb kita yg nak.. so Allah bg.. jgn diabaikan.. nak mendidik kita perlu membimbing.. bukan mengarah.. byk aku belajar.. setiap anak byk benda baru aku dpt.. dgn anak la aku belajar segalanya.. semakin hari semakin positif dan kami belajar utk jadi yg lebih baik.. penat?? Yes!! Tapi berbaloi.. aku happy, bersyukur! So saja la nak tanya.. kalau korg la kan.. patut ke aku dgr ckp laki aku suh ngandung lagik.. aku kalau boleh xmo umur 50.. anak aku masih skolah lagik..aku suka pikir byk benda.. mcm sempat ke tgk anak kawin.. 🤣🤣 tah pape tah kan aku.. ke korg pun sama?? Share la..

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

IKLAN

Baca Lagi Di Sini: “Jangan Derhaka Pada Ibu, Seburuk Mana Pun Dia Tetap Yang Sumbat Mulut Kita Masa Kecil!” Ozlynn

MW: Memang ada benarnya..Setuju dengan apa yang dikongsikan oleh Ozlynn ini. Anak ramai ke sikit ke perlu disertakan dan seiring dengan tanggungjawab.

Sumber: jozlynnhanania

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI