Nooryana luah perasaan rindu, “sentiasa menunggu kepulanganmu tak kiralah selama mana masa diambil.

Nooryana Najwa Najib, puteri tunggal kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu hantaran sedih bercampur rindu terhadap papanya di insta stori miliknya.

Nooryana Luah Perasaan Rindu

Dalam hantaran tersebut, Exco Pergerakan Puteri UMNO ini memuat naik gambar ayahandanya  berbaju warna merah sambil meletakkan instrumen piano lagu berjudul ‘Fix You’ nyanyian Coldplay.

Nooryana Najib Luah Perasaan Rindu, “Sentiasa Menunggu Kepulanganmu, Tak Kiralah Selama Mana Masa Diambil…”

“Sentiasa Menunggu Kepulanganmu, Tak Kiralah Selama Mana Masa Diambil…”

 

Hantaran dimuat naik oleh Nooryana atau mesra disapa Yana itu dan menulis sentiasa menunggu kepulanganmu tak kiralah selama mana masa diambil.

Hari ini, Lembaga Pengampunan telah memendekkan hukuman penjara terhadap Najib kepada enam tahun dan tarikh beliau dibebaskan adalah pada 23 Ogos 2028 berbanding 12 tahun yang dikenakan sebelum ini.

IKLAN

Dalam surat edaran kepada media, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu turut mengurangkan denda kepada RM50 juta berbanding RM210 juta sebelum ini.

“Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

“Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara Najib akan ditambah setahun di mana tarikh pembebasan beliau pada 23 Ogos 2029,” katanya dalam kenyataan.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabit oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, kerana salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.

Dalam pada itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berkata, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Padah Hina Anak Najib, Doktor HKL Ditamatkan Kontrak Perkhidmatan

Berhimpun Beramai, Dr Noor Hisham Kecewa Dengan Kelakuan Penyokong Najib Razak

“Anda Boleh Menilai Seseorang Itu Jahat, Tapi Allah Yang Lebih Mengetahui..” Luahan Yana Najib

Sedihnya Pesanan Najib “My family, My love. 46 Tahun Daddy Pilih Kerja, Dari Subuh Ke Larut Malam Masa Makan Pun Bermesyuarat”

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah

Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI