Kredit foto: myMetro

Dr Noor Hisham sangat kecewa dengan kelakuan penyokong Datuk Seri Najib Razak yang berhimpun secara beramai-ramai.

Buat masa sekarang memang tidak sesuai untuk berhimpun beramai-ramai seperti yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Najib Razak. Perhimpunan yang diadakan di luar mahkamah yang melibatkan satu jumlah yang ramai langsung tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Dr Noor Hisham Kecewa Berhimpun

Ketua  Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah jelas terasa hati dan kecewa dengan kelakuan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak mengamalkan penjarakan sosial ketika berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia patuh kepada SOP (prosedur operasi standard) untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan,” ciapnya di Twitter.

Beliau memberi reaksi itu selepas seorang wakil rakyat dilaporkan bimbang berlaku kluster baharu susulan himpunan solidariti menyokong Najib di luar mahkamah, hari ini.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Walaupun Ziarah Dibenarkan Ikut SOP, Tapi Perlu Waspada, Lebih Baik Duduk Rumah Saja

Rancang Baik-Baik Perjalanan Balik Kampung, SOP Rentas Negeri Berdepan Situasi Ini

IKLAN

Untuk info menarik, klik saja di sini. 

Bimbang berhimpun Akan Wujud Kluster Baru

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata, wabak itu masih menular dalam negara dan sebarang usaha pencegahan perlu dilakukan dengan berdisiplin.

“Terutamanya apabila hari ini kita dengar ada satu himpunan di mahkamah, kita bimbang berlaku kluster baharu akibat daripada satu perhimpunan yang tidak dikekang dan dikawal.

IKLAN

“Langkah pencegahan wajib diamalkan malahan lebih berdisiplin secara bersama bagi memastikan penularan ini benar-benar tamat. Kita tidak kalah, tetapi kita belum menang,” katanya.

MW: Sekarang bukan masanya lagi untuk kita berhimpun beramai-ramai tanpa mengikut SOP. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, kes meningkat. Sebaik-baiknya mak,ayah jagalah keluarga dan cuba mematuhi SOP sebaiknya lebih-lebih lagi di musim perayaan.

Sumber: myMetro

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI