Apabila kerajaan umum beri kebenaran untuk merentas negeri mulai 10 Jun, ramai yang berhasrat untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Namun perlu ingat, sebelum memulakan pergerakan ke lebuhraya rancang dulu baik-baik perjalanan, lebih-lebih lagi jika tempoh jarak yang jauh. Perjalanan balik kampung dalam keadaan norma baru tak lagi sama seperti dahulu. Berdasarkan SOP Rentas Negeri sebelum ini, pengguna lebuhraya berkemungkinan berdepan dengan situasi berikut.
Rancang baik-baik perjalanan anda kerana berkemungkinan :
Tiada sebarang kemudahan makanan dan tempat solat disediakan di kawasan rehat dan rawat (RnR).Kalau kedai makan di RnR buka pun nanti, nasihat saya bungkus ja makanan sebelum masuk Highway. Lagi kurang contact dengan orang luar, lagi selamat diri kita.
Hanya tandas awam sahaja yamg dibenarkan beroperasi di RnR.
Pengguna tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali ke tandas.
Dilarang melakukan aktiviti berkumpulan ketika dalam perjalanan.
Stesen Minyak hanya beroperasi untuk masa-masa yang tertentu sahaja.
Tiada perkhidmatan “Tambah Nilai” di Plaza Tol.
Ini SOP Rentas Negeri sebelum ni. Tunggu SOP baru pada atau sebelum 10hb June ni untuk rentas negeri.
Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pakat-pakat balik tengok orang tua dulu sebelum nak ke tempat lain.
Ads
Nota kaki : Kalau boleh, kurangkan berhenti di RnR, hanya singgah untuk ke tandas sahaja. Lagi kurang contact dengan org lain, lagi selamat diri kita dan keluarga kita.
Kena ingat ya, nanti bila singgah RnR, tandas ramai, kedai makan ramai, nak beli jajan pun ramai.So, bagi ada rasa takut sikit bila dah ramai-ramai macam tu. Sebab ramai-ramai tu datang dari negeri yang lain-lain tu. Extra caution guys.
MW: Semoga sama-sama kita ambil langkah berjaga-jaga. Hati-hati bawa kereta bila balik kampung, kurangkan singgah di R&R dan seeloknya amalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri sebaiknya. Ingat kita masih belum menang, sama-sama putuskan rantaian covid19 ini.
Bukan semua suami mampu nak bahagiakan anak-anak perempuan dan isteri dengan hadiahkan barang kemas. Jadi, bila tengok orang lain bahagiakan ahli keluarga dengan gelang emas, ada suami telan je air liur.
Dan berdoa semoga suatu hari nanti, mampulah untuk sampaikan niat mahu bahagiakan anak-anak perempuan malah isteri dengan hadiah semacam itu. Sebab, suami yang sentimental dia memang faham betapa emas itu amat bermakna untuk orang perempuan.
Bila dia ada duit lebih, dia tak lokek pun nak hadiahkan anak-anak dan isteri, gelang emas yang jadi idaman setiap wanita.
Kisah Pe Chey dan tiga orang anak daranya ini dah viral pun di media sosial. Macam mana dia berniat simpan duit moratorium sejak bulan April lagi, untuk hadiahkan setiap anak gelang tangan emas.
Hadiah isteri pun dia beri surprise gitu kat kedai emas itu juga. Tetap, usaha itu memberi bahagia buat orang rumahnya. Yang manisnya, dari perkongsian viralnya itu, ada isteri yang berkongsi cerita, suami mereka pun dah mula ikut jejak.
Hadiahkan isteri barang kemas dengan duit moratorium yang mereka ada. Saiz itu tak pentingkan.. yang penting itu, niat nak beri tu sampai.
Okay, ini perjalanan kisah Pe Chey dan anak-anak daranya yang sehingga saat ini sudahpun mencecah 16,000 perkongsian kisahnya di facebook.
Duit moratorium, aku dah niat, nak belikan “gelang getah” untuk anak-anak dara aku. Dari bulan April hari tu lagi aku dah bagitahu orang rumah,
“Yang, abang teringin nak belikan budak-budak ni “gelang getahlah”. Kesian, diaorang tak pernah merasa pakai “gelang getah” lagi.
Sebagai ayah, bila aku tengok diaorang togel je kat tangan, aku rasa bersalah. Kurangnya adalah seurat besar gelang getah pun jadiklah.
Jadinya, tadi, aku ajaklah orang rumah dengan budak-budak jalan-jalan. Konon. Padahal aku hala ke kedai jual “gelang getah’. Bila sampai, orang rumah pun dah besarkan mata.
Aku sengih kambing.
Bila masuk kedai, budak-budak bersorak,
“Ayah nak belikan kami gelang ke yah. Uiyooo seronoknya yah.”
Kita nak yang tu yah, kata Qaisara. Ecya nak ni. Keena je senang, dia tunggu je. Ragam, 3 anak dara aku yang makin membesar.
Bila, gelang dah terlekat di tangan, ketiga- ketiganya peluk aku, siap cium. Pekerja di kedai dan pelanggan yang lain menyaksikan adegan penuh sentimental itu.
“Ayah tak banyak duit. Ayah dapat belikan yang kecik ni je ye. Kalau ayah ada banyak duit, ayah belikan yang besar sikit. Korang suka tak?”
“Suka yah. Terima kasih.”
Serentak suara ketiga anak dara aku menjawab. Aku sebak di dada bila mereka nampak ketara gembiranya siap terus pakai. Tangan masing-masing dah rupa tangan patah. Kekok bila ada “gelang getah” di tangan.
Kesiannya anak-anak dara aku. Salah aku sebab tak belikan untuk mereka dahulu lagi.
Orang rumah senyum tengok anak-anaknya.
Aku tanya,
“Ayang nak tak? Carilah satu yang lebih kurang macam bebudak punya. Abang takdelah banyak bajek, tapi kalau kena harga, abang belikan. Nak tak?”
Terus bercahaya matanya. Orang rumah pun jarang aku belikan. Silap aku, sebagai seorang suami yang tak memahami psikologi wanita.
“Abang biar betul. Cukup ke duit? Tak payahlah. Belikan je untuk budak cukup. Orang takde tak apa.”.
Orang rumah aku, memang tak menyusahkan. Aku nak belikan, dia tetap begitulah soalannya.
“Dik, kau carikan untuk akak ni satu, yang designnya sama dengan budak-budak, yang harganya sama macam budak-budak punya.”
“Baik bang“.
Laju budak tu buat kerja, tau-tau di tangan orang rumah, terpasang seutas gelang getah baru. Aku suka tengoknya. Suka tengok dia senyum. Senyum bahagia sebab tak sangka kot aku belikan seutas untuk dia.
Inilah kisah seorang ayah dan suami yang berwajah bengis. Petang ini dia kalah dengan anak dara dan isterinya. Jauh di hatinya,
“Kalau aku mati, taklah aku ralat sebab tak belikan untuk diaorang seutas gelang getah yang mungkin jadi kenangan abadi sepanjang usia mereka di dunia ini. ”
Sebak dada aku bila tengok kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka berempat petang ini. Semoga rezekiku melimpah ruah.
#NfI #gelanggetah
Ecya tanya,
“Ayah, bole tey titey patai gelang ni masey tido nanti? Keney butak tey ayah?”.
“Pakailah Cya, Ecya sukey tan pakai tu?”
Kami pun berpelukan. Bahagia.
Kata Pe Chey, tak rugi sebenarnya dia bahagiakan anak-anak dan orang rumahnya. Rupanya selepas kisahnya viral rezekinya semakin mencurah. Malah, ramai terkesan secara positif dengan kisahnya itu.
MW : SWEET! Sungguh kisah famili ini. Tiba-tiba rasa macam nak hadiahkan juga ‘gelang getah’ dekat anak dara sendiri.
Selepas tujuh hari melahirkan cahaya mata sulungnya, pelakon Ardell Aryana dan suami, pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi nama bayi perempuan mereka, Arwa Malaikha Urwa yang dilahirkan pada 5 Mei 2020 seawal 2.22.22 saat pagi Jumaat
Nadzmi yang turut memuatnaik video bayi perempuan mereka itu memaklumkan usia anaknya sudah pun memasuki 7 hari. Dan video yang dikongsikan itu adalah sebaik saja bayinya lahir dan diiqamatkan.
Patutlah sedap sungguh nama bayi Ardell dan Nadzmi ini. Rupanya diambil sempena dua nama srikandi Islam yang terkenal.
Semasa proses melahirkan bayi perempuan mereka ini, Ardell perlu bertarung nyawa selama 16 jam. Malah, Ardell cuma dapat mendapat bayinya selepas tiga hari bersalin.
Kerana sebaik melahirkan, Ardell alami muntah dan terus pengsan. Keesohan harinya barulah Ardell berusaha untuk bangun. Dan dimandikan oleh jururawat.
Semasa di bilik air itulah Ardell muntah lagi dan pengsan untuk kali kedua di dalam tandas. Ini kerana, dia alami turun darah yang banya.
Bagaimana pun, Ardell tetap kuat dan masuk hari ketiga barulah Ardell dapat bangun dan tak pengsan lagi. Malah dapat mendakap bayinya itu.
Sesungguhnya tak mudah untuk seorang isteri melalui proses bersalin. Benarlah kata orang, ibu yang melahirkan ini bagaikan bertarung dengan nyawanya sendiri. Sebab itulah, ibu yang meninggal semasa melahirkan ini boleh dianggap syahid.
Tentunya mana-mana suami yang berdepan sendiri dengan situasi cemas isteri di bilik bersalin akan lebih menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri selama 9 bulan dan melalui detik-detik melahirkan.
Didoakan semoga Ardell terus sihat dan bayi perempuannya yang comel itu membesar dengan sihat malah melalui proses berpantang yang membahagiakan.
Sebelumnya, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew ada berkongsi tentang pembukaan pasaraya ElewsMart adalah sebahagian daripada usahanya untuk membantu orang susah.
Bagi melancarkan operasi pasaraya, Ustaz Ebit membuka peluang pekerjaan kepada 100 orang yang berminat untuk jawatan Branch Manager, Assistant Manager, Marketing Officer, Supervisor dan Retail Staff.
Yang mana, jawatan ini bakal mengisi kekosongan pekerja di 10 cawangan pasarayanya. Sebagaimana yang disenaraikan sebelum ini, iaitu di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
Anda yang berminat bolehlah hantarkan resume ke hrelewsmart@gmail.com
Kongsi Ustaz Ebit,
Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 ElewsMart dan DC kami sedang renovate.
Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan Elewsmart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 restoran Paramount Coffee House. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart.
Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank. Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.
Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3 hari jer dah habis. Di situ saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.
Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak reda Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.
Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan ye semua. Terima kasih semua.
MW : Semoga usaha Ustaz Ebit Lew ini akan ‘terbang’ lebih tinggi lagi. Dan dapat memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukan.
Ini kisah lucu pelakon wanita, Ramona Zamzam mengenai rumah tangganya selama berkongsi hidup dengan suaminya yang berasal dari Timur Tengah sepanjang 11 tahun perkahwinan.