“Nak makan cari sendiri, dibenci tanpa sebab.” Tak mampu, terpaksa tinggal dalam rumah roboh sejak Oktober tahun lalu. Begitulah realiti hidup, bila susah orang membenci.
Namun apalah yang difahami anak sekecil ini. Kisah hidup Adik Akid ini menjadi viral setelah dikongsikan oleh TikTok myfundaction. Posting ini mengundang emosi melihat luahan Adik Akid yang terpaksa hidup susah.
Rumahnya yang roboh teruk dikatakan berpunca daripada ditiup angin dan Adik Akid tinggal di rumah sebegini sejak tahun lalu.
Ternyata anak kecil tidak mengeluh sebaliknya berusaha mencari makan sendiri dengan mengambil upah membersihkan surau berdekatan. Berat mata memandang, berat bahu yang memikul.
Ternyata anak kecil tidak mengeluh sebaliknya berusaha mencari makan sendiri dengan mengambil upah membersihkan surau berdekatan.
Namun tak semua memahami keadaan Akid, malah mengalir air matanya apabila orang membencinya dan dalam video ini dia bertanya dan hairan kenapa orang membenci dia, padahal dia tak berbuat salah.
Luahan ikhlas Akid ini mendapat respon netizen yang turut mengalami situasi yang sama iaitu dibenci kerana hidup susah.
Pesan Diana jangan malu belajar mengaji walau usia lanjut. Belajar mengaji pada usia lanjut adakalanya membibitkan perasaan malu bagi segelintir orang.
Namun sebenarnya rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama. Sementelah, menuntut ilmu itu merupakan kewajipan ke atas setiap insan.
Begitu juga dengan pesanan dari pelakon wanita yang kini telah berhijrah dan istiqamah dalam perjalanannya sebagai seorang Muslimah sejati.
Menurut Diana perjalanan dirinya dan pembelajaran al-Quranada jatuh bangun. Namun dirinya tanamkan dalam hati untuk terus mencari guru dan memperbetulkan bacaan.
Paling penting buat diri ibu kepada dua orang cahaya mata ini, Khawlah Al Azwar dan Khadijah Azzehra dalam menimba ilmu jangan pernah malu untuk mengaji walaupun usia sudah lanjut.
“Perjalanan Diana dan Al-Quran ada jatuh bangun, tapi Allah suka hambaNya yang istiqamah kan?
“Terus mencari guru dan betulkan bacaan, jangan pernah malu walaupun usia tak berapa muda. Semoga dikurnia hati yang sentiasa dekat dengan Al-Quran, amin,” ungkap Diana.
Sempena sambutan Nuzul Quran Diana telah dijemput untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran menerusi sebuah program ilmu.
“Jzk @mcplus.my jemput diana, tumpang berkat majlis ilmu yang dijalankan di hari yang mulia bersama sahabat-sahabat dan guru yang mulia, banyak salah sy ni.
“Doakan terus diberi kefahaman agama dan kefasihan lidah, insyaAllah untuk menjadi ahli AlQuran, amin.
“Kali kedua duduk kat podium baca AlQuran, masih tak biasa lagi, dupdapdupdap , @hanaalmauzah duk seblah duk kena kacau ngan kita, sabarlah hana..
“Alhamdulillah ‘ala kulli hal, mashaAllah hebatnya hafiz hafizah, qari qariah, boleh duk lama dengan nafas panjang gitu.
“Kalau saya tak mampu, hopefully anak-anak akan mampu menjadi sehebat qari-qari qariah di luar sana, amin,” luah Diana menerusi perkongsin di akaun rasmi Instagrmnya.
Menerusi perkongsian ramai yang mendoakan terbaik buat Diana sekeluarga. Diana jug begitu terharu, “Salam, Haza Min Fadhli Rabbi, terima kasih semua untuk doa yang baik-baik, semoga Allah pelihara ikhlas dalam hati, ampunkan kita di bulan Ramadhan ni, dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. JZK semua”.
“Pengguna salah faham. Saya maksudkan hauk itu untuk penjual pelitup tiruan guna jenama saya” Jovian.
Begitulah luahan dan penjelasan daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie mengenai hal berkaitan isu pelitup muka ‘hauk’.
Menurut Jovian yang juga pengusaha pelitup muka banyak pihak yang salah faham akan isu yang diutarakan.
Isu pelitup muka ‘hauk’ itu sebenarnya ditujukan buat pihak pengusaha pelitup muka Jovian tiruan. Merek mengambil kesempatan ke atas produk keluara Jovian hingga menyebabkan pengguna tertipu.
“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka “hauk” tempoh hari. Banyak yang salah faham, apa yg saya maksudkan tu ialah pelitup muka “Jovian Mask Tiruan” yang berleluasa di pasaran.
“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran.
“Lebih 2 tahun Jovian Mask tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami, dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna.
“Saya rasa sesuai lah saya gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia!
“Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan statement saya, tak ada niat nak guris hati anda.
“Issue sirim, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. FYI, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers?
“Dari mana pulak saya akan untung lebih? And I can guarantee you all that my brand is not the first to have sirim stamp. Banyak brand di luar yang dah ada sirim stamp. Kita ni baru je nak apply.
“Ramadhan bulan suci ni, bukan saja puasa perut.
“Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kut nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang business saya.
“Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain.
“Alhamdulillah, Jovian Mask berjaya berada dalam pasaran kerana sokongan semua Jovianista atas kualiti nya yang memang bagus. Anti jerawat dan mudah bernafas tu tak boleh dinafikan. Jovian Mask kini dipasarkan oleh lebih 6000 pengedar; 7 Eleven, Aeon Mall/Big, Watson, Lotus, Shopee, Jstore, Jovian VIPPS, Dropshippers, Shell, @jovianselcare dan banyak lagi farmasi di pasaran.
“Saya harap isu ini habis di sini. Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu.
“Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat,” kongsi Jovian.
Pesan Cikgu Fadli, mak ayah jangan masuk campur anak gaduh sekejap tak simpan dendam. Benarlah nasihat yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi hantaran perkongsian di akaun rasmi Facebooknya.
Bagi mereka yang sering melayari Facebook pasti mengetahui guru ini sangat aktif berkongsi penulisan mengenai kisah anak-anak muridnya.
Kali ini Cikgu Fadli berjaya menyelesaikan sebuah kes yang melibatkan salah laku murid. Perkara tersebut berjaya ditangani dengan cara yang baik.
Seperti mana yang dicoretkan, Cikgu Fadli yang juga bertugas sebagai guru disiplin telah menerima aduan daripada seorang guru kelas tentang kelakuan salah seorang anak muridnya yang bertindak kasar terhadap anak murid yang lain sehingga ibu mangsa membuat aduan.
Paling menyentuh hati netizen selepas disoal siasat, si pelaku dan mangsa telah berbaik semula. Kejadian berlaku kerana kes tolak menolak sewaktu hendak pulang.
Paling membahagiakan selepas itu mereka berpimpin tangan balik ke kelas semula.
Begitulah kisah anak-anak yang biasanya jika bergaduh tak lama dan tidak menyimpan dendam. Sebagai ibu bapa seharusnya kita faham dan tidak campur tangan hal mereka.
“Seorang ibu mengadu kepada guru kelas anaknya kena sepak kat tulang kering sampai ada kesan lebam masa pulang semalam.
“Guru kelas memaklumkan pada aku memandangkan aku guru disiplin. Tanpa buang masa, aku panggil murid berdua ni untuk soal siasat.
“Pelaku mengadu ada sepak kawan dia. Isunya masa beratur nak pulang kawan tu dok tolak-tolak dia.
“Kan cikgu dah pesan, jangan pukul kawan, tumbuk ke, sepak ke. Kalau kawan buat awak awak jangan balas, report pada cikgu. Ni awak dah buat kawan awak sampai lebam.
Mak dia marah. Ayah dia marah. Cikgu cukup tak suka murid yang suka buli orang lain ni. Awak tahu tak apa awak buat ni salah?” soalku dengan tegas.
*Kepala diangguk berkali-kali. Mata tunduk memandang lantai.
“Awak nak cikgu panggil mak ayah awak datang sekolah dan bagitahu apa yang awak buat kat kawan awak?”
*Kepala digeleng. Muka penuh kekesalan. Mata dah bergenang.
“Tanpa aku suruh, budak tu pegang tangan kawan dia dan cakap,
“Awak. Kita minta maaf. Kita tak buat lagi,” airmata mula gugur.
*Kawan dia angguk kepala lepas tu cakap,
“Nanti kita balik sama-sama ya”.
“Okey”.
“Airmata dilap. Kes selesai. Pelaku yang masih sedih dipujuk pula oleh mangsa. Haha, comel betul.
“Lepas tu mereka berpimpin tangan nak balik ke kelas semula. Aku intai dari jauh, mangsa siap peluk lagi kawan yang sepak dia tu. Jelas mereka sebelum ni memang kawan baik.
“Cuma mungkin semalam reflek budak tu bila kena tolak, terus kaki terangkat. Huhu.
“Ah, budak-budak gaduh ni kejap je baik. Sebab tu orang dewasa jangan campur tangan jika anak-anak bergaduh. Kejap je tu, kemudian baik la semula.
“Cuma kalau anak dibuli, jangan biarkan. Laporkan segera agar tidak terus menerus menjadi mangsa buli dan pembuli dapat dididik untuk berhenti jadi pembuli,” kongsi Cikgu Fadli.
Ternyata kejadian seperti itu sememangnya sering berlaku di sekolah dan melibatkan anak-anak kita. Jadi mak ayah kenalah faham ya situasi yang berlaku.
Menerusi ruangan komen, pelbagai pendapat diberikan oleh warganet. Ada yang teringat pesanan dari arwah ayah dan ibu mereka jika anak-anak bergaduh orang dewasa jangalah masuk campur. Tidak kurang juga yang bercerita tentang gelagat anak-anak sendiri.
Kechara Soup Kitchen di Jalan Imbi kini dinaik taraf dengan pusat dapur 2-dalam-1 untuk agihan makanan serta program kemahiran bagi membantu komuniti lebih berdikari.