Wanita Kereta Ditunda Lalui Hidup Sukar ’Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain..’

Sebelum ini tular video seorang wanita berbaju kurung, bertudung merah jambu yang bertindak di luar kawalan selepas kenderaan miliknya yang diparkir di tepi jalan mahu ditunda oleh petugas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketika petugas mahu meneruskan kerja-kerja menunda, wanita terbabit mula bertindak agresif, melompat-lompat tidak berpuas hati. Apabila cuba ditenangkan petugas dan orang awam, tindakannya lebih berani dengan meludah ke arah mereka. Malah membaling kon ke arah petugas.

Video yang dimuat naik di Twitter milik Duurianne itu menjadi tular, sehingga mencecah 7,000 retweet dan 4,300 like.

Tentunya ramai netizen memberikan reaksi balas, segelintirnya mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan cuba menghalang petugas dari melaksanakan kerja mereka.

Apa pun, petugas tetap tenang berhadapan dengan situasi panik sebegitu.

Wanita Kereta Ditunda Lalui Hidup Sukar ’Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain..’
Kredit foto : Francis Ngu Hown Hua.

Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain

Daripada komen yang dikongsikan, menerusi pengguna facebook, Francis Ngu Hown Hua mendakwa punca yang menyebabkan wanita berkenaan mengamuk adalah disebabkan masalah depresi yang dihadapinya.

IKLAN

Dia dikatakan pernah menjadi pensyarah di kolej matrikulasi. Bagaimana pun, anak keduanya meninggal selepas dilahirkan. Manakala suaminya berkahwin lain dan menceraikannya.

Suami kemudiannya mengambil anak sulung daripada wanita berkenaan dan tinggallah ibu itu dalam sakit depresi.

Dakwanya lagi, “wanita ini menanggung kesakitan dalaman yang keterlaluan. Bagi mereka yang menganggap tindakannya lucu, saya berharap anda tidak akan melalui apa yang wanita ini alami.”

IKLAN

Francis juga menegaskan yang dia tidak menyokong tindakan wanita berkenaan yang melanggar undang-undang. Namun, sekadar menjelaskan kemurungan yang dialami wanita itulah penyebab dia bertindak di luar kawalan sedemikian rupa.

Wanita Kereta Ditunda Lalui Hidup Sukar ’Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain..’

Keluarga Bawa Wanita Itu Ke Hospital

Bagaimana pun, tindakan menghalang petugas PBT daripada melaksanakan tugas mereka tetap menjadi satu kesalahan untuk mana-mana individu sekali pun.

Ada juga netizen yang memberikan maklumbalas, ketika ini keluarga wanita berkenaan telah membawanya ke hospital. Memandangkan, wanita ini tidak konsisten mengambil ubat untuk mengawal sakitnya.

IKLAN

MW : Logiknya siapa pun yang normal, tidak mungkin akan bertindak di luar kawalan sebegitu. Dan sebagai seorang netizen yang bertanggungjawab, seharusnya fikir dalam-dalam sebelum mendedahkan aib seseorang.

Jika petugas PBT boleh bersabar melayan kerenah seorang wanita yang sedang mengamuk seperti itu. Tentunya anda juga perlu lebih bertenang dan bermuhasabah diri. Fikir dulu sebelum menulis komen.

Baca sini : 12 tahun terseksa bersuamikan kaki judi, isteri bertahan kenang mentua terlalu baik.

Sumber/Foto : Mstar, Ohbulan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI