Memang lebih cantik malah menjimatkan kos apabila ‘tutup’ dinding di porch kereta menggunakan ‘Shera Plank’ ini. Bukan apa kebiasaannya apabila beli rumah teres, konsep dindingnya terbuka, kurang privasi dan boleh nampak rumah jiran.Kalau nak tutup terpaksa keluarkan kos sendiri dan memang mahal jika nak letak bata merah.
Sebenarnya kalau nak jimat boleh guna shera plank. Nampak lebih kemas dan cantik hasilnya. Seperti rekaan rumah di luar negara.
Boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Cik Puan Pae Faez ini. Boleh pasang sendiri je, seminggu siap dan kos pula dalam RM1,000 sahaja.
Projek gigih seminggu. Ni kami buat dekat homestay. Nak naik batu makan modal.So kita tutup pakai shera je senang.Cantik pun cantik.
Pastu terus datang idea nak buat ala-ala pagar macam kat oversea tu. Order lagi sheradan terus buat design pagar tu. Siap boleh cover sampai kolam!
Taraaa alhamdulillah walaupun homestay, tapi kami nak bagi guest yang menginap puas hati.
Total shera plank dalam 37 keping.Kos dalam 1k
Masa siap dekat 5 hari.Husband buat sorang.
Bila anak demam, perkara pertama yang mak-mak akan buat adalah guna tuala basah untuk diletakkan di atas kepala atau dahi anak. Maklum, hati mak-mak memang tak tenang. Risaunya tak payah cakap. Kalau boleh biarlah demam tu beralih pada mak.
Selalunya, kalau anak demam, mak-mak pasti akan basahkan tuala dan tepek atas kepala atau dahi anak. Kononnya dapat kurangkan haba panas dalam badan anak. Sementelah ada juga mak ayah bila demam akan selubung satu badan supaya haba panas keluar.
Tak kurang juga, ada mak-mak akan mandikan anak bila tengok suhu anak demam tinggi. Rupanya, cara yang mak -mak buat selama ini salah. Bukan untuk lepaskan haba tapi ada risiko lain yang menunggu.
Dengar apa yang doktor ini pesan. Sekadar untuk pengetahuan kita bersama.
Terdapat dua sebab kenapa kita tak pakai tuala basah pada anak-anak.
1. Haba panas akan perangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba panas itu keluar dari badan.
2. Kalau pakai, ia tak lama sebab anak akan tepis dan buang. Tak selesa.
Paling efisen untuk keluarkan haba panas dari badan anak adalah dengan ‘jerlum’ air di kepala anak. Sudah tentu anak tak boleh tepis.
Salah satu sebab juga elak menggunakan tuala basah pada kepala anak kerana ia menghalang haba keluar dan terperangkap di bawah tua. Apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik. Jadi, mak-mak kena ‘jerlum’ air pada kepala anak setiap 5 minit.
Lagi satu, mak-mak jangan kelam kabut untuk terus mandikan anak atau rendam kaki dalam air bila tengok suhu anak tinggi sebab ia boleh menggigil dan naik ke kepala.. Bahaya.
Boleh mandikan selepas diberi ubat, ‘jerlum’ air pada kepala. Mungkin dua tiga jam selepas itu.
Mingguan Wanita : Itulah yang selalu mak-mak buat. Tepek tuala basah pada dahi atau kepala. Lepas ini kena ‘beringat’ ye..jangan buat macam tu, kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku. Minta dijauhkan.
“Kena ajar & guide bukan suruh” prinsip ibu ini amalkan housekeeping, rumah maintain kemas. Sudah tentu rumah yang kemas pastinya idaman kebanyakkan orang, namun hakikatnya ia agak susah dilakukan apabila mempunyai anak kecil.
Pastinya ibu-ibu mahukan tip kemas rumah dengan mudah dan tidak berselerak. Rumah asyik bersepah, ini teknik mengemas rumah agar sentiasa bersih.
Panduan mudah kemas rumah dari Puan Sheila Samsudin ini pastinya cukup bermakna. Jom ikuti tip bagaimana maintain rumah kemas dan bersih walaupun ada anak-anak sedang membesar.
“Rules rumah saya yang utama ialah SETIAP BARANG BERADA DI TEMPAT MEREKA SENDIRI!
“Maksudnya bila dah guna barang tersebut, suami dan anak-anak kena letak balik barang tersebut di tempat dia. Ni rules paling utama dalam rumah saya. Bila rules ni semua ahli rumah ikut, confirmed tak bersepah rumah.
“Anak-anak memang saya didik mereka dari kecil rules ni. Contoh mereka balik dari sekolah, bag sekolah mesti kena letak terus di tempat bag sekolah, socks terus letak dalam washing machine, kasut letak terus dalam shoe rack & water bottle terus letak dalam sink. So mereka balik dari school keadaan rumah tetap sama seperti sebelum diaorg balik. Ni memang rutin mereka, if not saya akan tegur dan suruh buat lagi dan lagi (fasa awal ajar diaorg) sampai benda ni jadi rutin diaorg.
“Begitu juga mainan. Dah puas main bersepah atas lantai, bila dah tak nak main mereka kena terus simpan. Ni pun dari kecik kena didik. Ayat saya dari mereka kecil memang tak lekang di bibir “put them back” macam berzikir ayat tu.
“Sampai lah sekarang mereka dah sekolah, anak-anak tahu tugas housekeeping. Saya tak sekat anak-anak lasak dan bermain walaupun bersepah ketika main, tapi rules kena ikut bila dah habis main. Sebab tu rumah saya sentiasa kemas.
“Rule makan minum pula ialah hanya boleh makan minum di Dining Table. Memang takkan boleh nya anak-anak makan atas karpet ke, atas sofa, dalam bilik atau selain dari dining area lah.
“Setakat ini sofa rumah memang sentiasa bersih walaupun warna beige dah 4 tahun. Ya warna yang parents selalu takut bila ada anak kecik.
“Kalau mereka makan tumpah saya tak marah. Buat apa nak marah bising-bising kan? Better ajar dia ambil kain, basahkan, perah, dan lap apa yang tumpah tu.
“Kalau perlu sapu, suruh anak-anak ambil vacum atau penyapu kemudian bersihkan. Masa mereka kecil memang tak bersih la bila mereka lap dn sapu tapi kita ajar lah step by step. Percayalah merka akan mahir lama-lama nanti.
“Pinggan cawan pun mereka kena basuh sendiri tau. Rumah saya tiada keistimewaan untuk ‘lelaki hanya tinggalkan pinggan kotor atas meja atau sink, nanti perempuan basuh’.
“Nope never! Ni rules orthodox. Semua ahli rumah saya basuh pinggan cawan masing-masing. Anak teruna saya start umur 10 tahun masak mi segeraa sendiri pun dia akan basuh semua utensils dan lap semula dapur.
“Macam sekarang, diaorg suka melukis. Habuk pemadam memang banyak lah kan atas lantai. Tapi anak-anak tahu, lepas habis mereka melukis, Danish mahupun Amanda akan ambil vacum dan bersihkan habuk pemadam tanpa saya suruh. Alatan melukis akan disimpan semula. So keadaan rumah saya maintan kemas macam tak ada aktiviti berlaku.
“Saya train mereka dari baby lagi. Housekeeping ni kena AJAR & GUIDE BUKAN SURUH.
“Maksudnya, masa anak-anak kecil lagi, lepas diaorg habis main, kita ajak diaorg simpan semula toys dengan cara kita kemas bersama mereka.
“Baby kan suka tiru apa kita buat. Mereka akan ikut kita mengemas. Jadikan housekeeping ini RUTIN! Bukan ada time tertentu untuk kemas. Contoh hanya pukul 4 petang saja kena kemas rumah selepas bersepah, Bukan macam tu tapi SELEPAS SELESAI TERUS LETAK SEMULA BARANG KE TEMPAT ASAL.
“Setiap almari pasti ada drawer kan? Drawers di rumah saya sentiasa saya kemas setiap minggu. Ni pun rutin yang jangan skip sebab drawer ni tempat paling strategik anak-anak dan kita sendiri untuk mengelat.
“Ya kadang saya pun ngelat juga. Nak cepat main sumbat je apa-apa barang dalam drawer. Tapi sebab tu pentingnya Drawer Management.
“Setiap drawer hanya pegang 1 fungsi. Jangan campurkan semua barang dalam 1 drawer.
“Contoh: Drawer ubat hanya letak ubat. Drawer minyak urut/panas hanya letak minyak. Drawer facemask hanya letak facemask. Drawer stock stationery hanya letak stock stationery. Begitulah seterusnya.
“Dan setiap minggu kena kemas sebab pasti ada barang dah expired, plastik dah kosong, dan barang-barang bukan ahlinya akibat mengelat tu.
“Bila kita amalkan housekeeping rules ni pasti rumah korang kemas dan bersih sentiasa.
“Oops! tapi kena didik anak dari mereka kecik tau.
“Kalau korang nak start sekarang pun boleh lagi tapi kena berkeras sikit lah dengan ahli rumah sebab bukan rutin mereka sebelum ni. But better late than never!” kongsi Sheila Samsudin.
Mingguan Wanita : Seronoknya lihat rumah sentiasa bersih. Mak-mak ni biasanya kalau tak berleter anak-anak tak nak mendengar kata. Tip dari Sheila Samsudin ni sangatlah berguna.
Cantik berseri-seri sungguh apabila ‘make over’ peti ais lama yang berusia hampir 17 tahun ini. Cat pula dengan warna kuning retro, ‘matching’ sungguh dengan kabinet dapur.
Bukan apa, perkakasan elektrik seperti peti ais ni, walaupun nampak dah kusam atau lama, namun masih berfungsi dengan baik. Sayang sungguh nak tukar yang baru, apatah lagi harga peti ais boleh tahan juga mahalnya. Lebih-lebih lagi jika jenama antarabangsa.
Cadangnya nak cat peti ais ni warna kuning retro matching dengan kabinet dapur warna kuning.Ini hasilnya setelah beberapa hari berpeluh mengerjakan peti ais tu di laman belakang rumah.
Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Rumah telah pun meluluskan kerja-kerja mengecat peti ais ni. Harap-harap lulus dengan cepat la claim abang.
Sebenarnya idea nak mengecat ni timbul kerana memang abang nak Repair drain hole yang tersumbat yang menyebabkan air meleleh keluar dari peti ais. Peti ais ni pun dah sweet 17 umurnya. Tahun depan dah nak mengundi dah pun.
Pengajaran yang abang dapat dari projek ini ialah
1. Preparation itu penting dalam menghasilkan kerja cat yang berkualiti
2. Untuk warna-warna cerah, gunakan base coat putih atau kelabu dulu. Finishing dengan lacquer 2-3 coat.
3. Kalau ada buat kesilapan, tunggu cat kering dulu. Jangan cuba-cuba nak kikis atau lap cat yg masih basah.
3. Peti ais SMEG sama harga dengan Ysuku
4. Isteri gembira, keluarga bahagia.
2. Ini akibat cuba Repair cat ketika ia masih basah.
3. Anak abang spray Base coat. Masa ni ada terfikir gak nak buat atas warna kuning dan bawah warna putih. Tapi bos besar tak luluskan.
4. Base coat siap.
5. Black trimming.
6. Nampak macam original. Akak kau Happy.
7. Tak perfect tapi ok la untuk projek newbie. Cat pun dah habis. Kat Hardware pun dah habis kaler ni. 4 tin cat kuning, 1 tin cat putih dan 1 tin lacquer/clear.
Baru-baru ini anak kepada pelakon, Allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Nur Sarah Alisya menitipkan ucapan menyentuh hati buat arwah ibunya menerusi satu hantaran di TikTok.