Biasanya bila anak-anak demam, ubat yang tak habis digunakan mak-mak akan disimpan didalam peti sejuk. Dengan tanggapan bahawa dengan cara tersebut ubat dapat lebih ‘bertahan lama’, malah sayang nak dibuang.

Sebenarnya cara penyimpanan sebegini adalah tidak betul dan tidak selamat. Ubat demam yang telah dibuka tak perlu disimpan dalam peti sejuk, malah jika disimpan pada suhu bilik hanya bertahan 1 hingga dua bulan sahaja.

Baca penjelasan lanjut oleh Pegawai Farmasi, Salinda Sopian ini sebagai panduan.

SIMPAN UBAT DEMAM?

Soalan: Ubat sirap demam untuk anak-anak yang simpan dalam peti ais tu boleh tahan berapa lama ya?

Jawapan:

Ubat sirap paracetamol ataupun ubat demam sememangnya dibotolkan dengan saiz yang kecil, 60mL ataupun 100mL sahaja.

Ianya hanya untuk kegunaan sekali untuk seorang pesakit. Contohnya, sekiranya dos 5mL 4 kali sehari maka ubat tersebut akan habis selepas 3 hari.

Ubat sirap demam tidak sepatutnya disimpan.

IKLAN

Bertahan 1-2 Bulan Sahaja

Sekiranya masih banyak ubat yang berbaki, maka ubat tersebut boleh disimpan di tempat kering pada suhu bilik selama 1-2 bulan daripada tarikh ia dibuka.

Sekiranya hendak menyimpan ubat demam sebagai persediaan, seeloknya dapatkan ubat yang baru dan simpanlah ia di tempat yang kering pada suhu bilik dan bukan di dalam peti sejuk.

Ubat yang telah dibuka akan dimasuki oleh udara biasa yang mengandungi bakteria dan kulat.

Apabila disimpan di dalam peti sejuk, udara tersebut akan menjadi wap air melalui proses kondensasi.

IKLAN

Wap air biasanya berkumpul pada penutup botol di bahagian dalam.

Wap air ini menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat. Lama-kelamaan ia akan bercampur dengan ubat dan merosakkan ubat tersebut.

Jadinya, tak perlu lah simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya.

Tanggapan simpan ubat sirap demam dalam peti ais untuk lebih tahan lama adalah tidak betul.

IKLAN

Nota kaki:

Gambar dibawah adalah ubat sirap untuk anak-anak.
Lepas ni jom periksa peti ais masing-masing.
Buang ubat yang tak perlu okay.

Simpan Ubat Demam Tempat Kering, Suhu Bilik BUKAN Dalam Peti Sejuk!

Belajar sesuatu?

Salinda Sopian
Bukan tak berjimat tapi untuk selamat

Baca lagi Di Sini: Pegawai Farmasi Ini Ajar Cara Sebenar Simpan Ubat & 4 Perkara Perlu Ambil Perhatian!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah simpan lah ubat demam di tempat kering pada suhu bilik, bukan dalam peti sejuk untuk tahan lama.Namun untuk lebih selamat, jika ubat tak habis di guna buang sahaja.Tak perlu simpan ubat sirap demam yang telah dibuka di dalam peti ais berbulan-bulan malahan bertahun-tahun lamanya, demi nak jimat.

Sumber: Salinda Sopian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI